MAKLUMAN

Blog ini dibina pada 1/1/2010 dan diaktifkan pada 1/2/2010.

Sekian terima kasih.

Apakah Yang PAS/PR Nak Bagi Kat Kami ...???

Kadang-kadang saya terfikir kenapalah manusia ini tidak suka kepada perjuangan Islam yang suci dan indah lagi menyuci dan mengindahkan. Islam suci dan indah kerana ianya agama yang diturunkan Allah swt. Bukankah Allah itu indah!!!

Islam akan menjadikan kehidupan ini suci dan indah jika diamalkan. Artinya Islam ini akan menyuci dan mengindahkan kehidupan manusia yang berpegang teguh pada ajarannya.

Persoalannya kenapa ramai orang Islam sendiri menolak Islam. Tak mau sokong perjuangan, parti dan jamaah Islam??!! Apakah mereka tidak mau kepada benda yang suci dan satu ajaran yang boleh mengindahkan hidup mereka?? Mustahil mereka tak nak.

Saya seringkali berborak-borak dengan orang-orang kampung dan juga orang-orang bandar serta orang-orang korporat yang tak nak sokong Islam. Ikut dia orang kata, dia orang pun menyampah dengan UMNO ni. Dia orang pun tau UMNO ni jahat, belasah duit rakyat, duit kerajaan habis dirembat, akhirnya masih banyak rakyat yang hidupnya merempat walaupun Malaysia kaya dengan minyak, yang kalau hendak dikira memang tak larat.

Habis kenapa dok sokong juga UMNO?? Sebenarnya kami nak sangat sokong PAS ni tapi kami tak tau apa yang PAS nak bagi kat kami kalau PAS perintah nanti. Kami-kami ni nak tau hak tu bukannya kami nak tau jahat dan khianatnya UMNO/BN. Jahat & khianat UMNO/BN ni kami dah tau.

Rupa-rupanya orang atas pagar dan penyokong UMNO/BN ni nak tau apa yang PAS/PR nak buat kebaikan dan kebajikan untuk dia orang kalau mereka sokong PAS/PR.

Sebab itu lah kita tengok rakyat tak berganjak bila kita dedahkan kejahatan dan pengkhianatan UMNO/BN. Pada perkiraan kita, PAS mesti dah menang lama dah tapi akhirnya kita terus menerus kecundang. Tapi bila PAS/PR mempromosikan tentang Negara Berkebajikan, kita lihat rakyat mula bagi peluang pada PAS/PR. Peluang ini akan terus terbuang jika terus menghabiskan terlalu banyak masa menghitung kejahatan dan pengkhianatan UMNO/BN.

Saya cadangkan PAS/PR kena banyak mengkaji apa yang boleh dibuat oleh PAS/PR jika diberi mandat memerintah nanti. Umpamanya apa yang PAS/PR boleh buat untuk peneroka FELDA jika kita memerintah nanti. Bukankah peneroka FELDA lah antara talian hayat terpenting UMNO/BN sekarang ini.

PAS kena kaji apakah jenis kebajikan untuk kakitangan awam. Apakah ada kenaikan gaji mengikut grednya.Kalau PAS boleh bagi kenaikan gaji tentu akan berlaku ledakan yang hebat dalam PRU13. Kenapa?? Sebabnya kalau dah pegawai-pegawai kerajaan ni yakin begitu maka tentu dia orang akan minta mak ayah mereka di kampung (saluran 1) supaya undi PAS/PR. Mak ayah pun terfikir, mesti ada habuan juga untuk mereka bila gaji anak mereka dinaikkan dengan satu jumlah yang besar.Maklumlah Malaysia kan kaya dengan minyak.

Banyak lagi jenis kebajikan untuk rakyat yang boleh dibuat oleh Kerajaan PAS/PR, sesuai dengan Malaysia yang dianggap sebagai salah sebuah negara terkaya di dunia jika dinisbahkan kepada jumlah penduduknya yang hanya lebih kurang 26 juta orang.

Saya mohon maaf sekiranya pandangan ini tak betul.

Dr. Hamzah Jaaffar
Baca Selanjutnya...