MAKLUMAN

Blog ini dibina pada 1/1/2010 dan diaktifkan pada 1/2/2010.

Sekian terima kasih.

BAHAGIAN 2 : PEMIKIRAN SALURAN 1 SEORANG BEKAS KETUA PENGARAH

Sambunga dari PEMIKIRAN SALURAN 1 SEORANG BEKAS KETUA PENGARAH, menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan dalam tulisannya>

2. Bolehkah cerdik pandai Melayu kita luangkan sedikit masa untuk bincangkan isu sokongan PAS kepada DAP dalam menghadapi pilihanraya akan datang ?

Jawapan :

Insya allah andai benar itu kehendak penghantar SMS yang mendapat perhatian penulis maka saya bersedia untuk berdiskus dengan penulis yang merupakan bekas Ketua Pengarah, bagi mewakili penghantar SMS itu. Walau pun saya bukan hebat dan bukan seorang tokoh PAS namun untuk berdepan dengan orang yang mempunyai Pemikiran Saluran 1, cukuplah berdiskus dengan saya. Tetapi ingat !!! saya hanya bukan tokoh PAS sahaja tetapi saya bukan seorang yang mempunyai Pemikiran Saluran 1.

3. Masa depan Orang Melayu di Sarawak berada di hujung tanduk. Bila-bila masa mereka dapat ditenggelamkan oleh kaum Cina dan Iban Sarawak.

Jawapan :

Kalau benar dakwaan di atas, ternyatalah bahawa kerana Kerajaan pimpinan UMNO/BN lah maka jadinya begitu. PAS dan DAP tak pernah perintah Sarawak. Dan saya mengajak rakyat Sarawak supaya buatlah keputusan yang nekad dan muktamad untuk berubah dengan mengundi PAS, PKR dan DAP dalam pilihanraya akan datang agar Kerajaan Pakatan Rakyat dapat meletak kembali orang Melayu Sarawak atas bumi nyata bukan lagi atas hujung tanduk.

4. ....... tetapi masa biasa DAP dok susun strategi hapuskan hak-hak Melayu.

Jawapan :

Apakah dakwaan itu benar atau sebaliknya, saya tak pasti tetapi kalau dilihat kepada jawapan saya terhadap persoalan pertama maka ternyata P. Pinang yang ditadbir oleh DAP sekarang ini sedang menjaga hak-hak orang Melayu termasuk meneliti semula kedudukan tanah-tanah wakaf yang dikatakan banyak disalahurus dan berlaku penyelewengan oleh Kerajaan UMNO/BN dulu. Lagi satu, kalau benar DAP sedang susun nak hapus hak-hak orang Melayu maka sebenarnya DAP terpaksa menghabiskan masa yang banyak untuk mencari mana satukah hak orang Melayu yang hendak dihapuskan kerana telah banyak hak orang Melayu telah dihapuskan sendiri oleh UMNO yang didakwa pejuang Melayu.

Apakah DAP yang menghapuskan keistiumewaan raja-raja Melayu? Apakah DAP yang serahkan tanah Singapura kepada orang-orang Cina? Apakah DAP yang mengurangkan tanah rizab Melayu atau UMNO/BN? Sila baca di sini   Apakah DAP yang tidak memberi biasiswa kepada pelajar Melayu, sebaliknya ditukar kepada pinjaman sehingga pelajar terpaksa berhutang semasa belajar lagi? Apakah DAP yang serahkan 2 kawasan bertelaga minyak kepada Brunei yang dianggarkan mempunyai nilai RM320 bilion dan yang tebaru penyerahan Tanah Melayu milik KTMB secara resmi kepada Singapura? Apakah DAP yang menukar cuti Hari Jumaat kepada Ahad di Johor? Dan banyak lagi hak-hak Melayu yang dihapuskan oleh UMNO sendiri.

bersambung ..

Baca Selanjutnya...

PEMIKIRAN SALURAN 1 SEORANG BEKAS KETUA PENGARAH (BAHAGIAN 1)

Saya telah membaca satu cetusan seorang bekas Ketua Pengarah salah sebuah agensi kerajaan Malaysia. Agensi itu pula adalah lubuk ilmu. Bila membaca rencana tulisannya maka saya dapati ianya seolah-olah rencana terhasil terhasil dari seorang Ketua Cawangan UMNO. Tak menggambarkan ia seorang bekas Ketua Pengarah sebuah agensi yang terdapat banyak buku-buku untuk menjadikannya sebagai seorang ilmuan hakiki.

Beliau juga menceritakan bahawa beliau baru pulang dari Mekah kerana menunaikan Ibadah Umrah. Sepatutnya pemikirannya telah menjadi suci sesuci jiwanya yang baru pulang dari Umrah. Tetapi malangnya, apabila membaca tulisannya dalam sebuah akhbar harian dalam ruangan cetusan pada hari ini 26.5.2010 maka ternyata pemikirannya masih berserabut dan cemar dengan ketaksuban melulunya kepada UMNO. Maka jadilah pemikirannya bagaikan ‘Pemikiran Saluran 1’ iaitu satu pemikiran yang amat susah untuk berubah kecuali tetap pendiriannya dengan UMNO. Alasannya ialah kerana UMNO lah kami yang dulunya makan ubi kayu tapi kini akhirnya kami makan nasi. Tulisannya boleh dibaca setiap minggu. Saya rasa terpanggil untuk turut menulis menjawab isi kandungan tulisannya terutamanya yang berkaitan dengan politik tanahair.

Antara tulisan beliau yang diutarakannya bersandarkan SMS dari rakan-rakannya setelah kembali dari UMRAH ialah :

1. Kekecewaan dengan trend kepimpinan Melayu dan Islam dengan mengenengahkan satu persoalan, apakah YAB Menteri Besar Kelantan sedar atau arif tentang ancaman kepada umat dan Islam sekarang dengan kebangkitan DAP, terutama muda mudi Cina yang telah diasuh dan dididik secara halus dan terancang supaya bencikan Kerajaan (sama ada Kerajaan pula sedar atau tidak) di sekolah-sekolah SJKC sejak lebih 20 tahun?

JAWAPAN
1. Kenapakah kita harus merasa kecewa dan terancam dengan kebangkitan DAP yang mana kebangkitannya sama dengan kebangkitan PAS & PKR bahkan PAS telah mendahului kebangkitan itu dengan menolak UMNO/BN sejak Tahun 1959 dengan menawan Kelantan dan Terengganu. Kemudian bangkit semula pada Tahun 1990 dengan menawan kembali Kelantan dari UMNO/BN sehingga sekarang. Pada Tahun 1999, PAS sekali lagi berjaya menawan kembali Terengganu dan kekal hingga Tahun 2004. Diikuti pula dengan Kedah pada Tahun 2008 hingga sekarang. Manakala DAP pula baru saja bangkit dengan berjaya menawan Pulau Pinang dan PKR pula berjaya mengurus tadbir Kerajaan Selangor hingga sekarang. Yang jelas dan perlu diketahui dan disedari ialah kebangkitan ini adalah kebangkitan rakyat bukan kebangkitan PAS, PKR dan DAP.

2. Umat Islam dan Bangsa Melayu tidak terancam sama sekali dengan kebangkitan DAP itu. Yang jelas, pemimpin UMNO/BN yang terancam kerana susah untuk hidup tanpa rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan harta rakyat dan tidak berpeluang memunggah hasil negara. Sejak Pakatan Rakyat memerintah termasuk DAP di P. Pinang, projek-projek dibuat secara terbuka tetapi ianya tetap memihak kepada Kaum Bumiputera seperti mana tender yang telah berjaya diraih oleh lebih kurang 67% kaum Bumiputera di P. Pinang. Termasuk 1 tender Program Perlindungan Insurans Komprehensif untuk Bangunan & Harta Tetap Perbadanan Pembangunan P. Pinang yang dimenangi oleh Syarikat Melayu iaitu STMB yang menawarkan harganya RM777351.40 sedangkan Starling Insurans Broker Sdn Bhd pula menawarkan harga tendernya sebanyak RM777351.48. Ini menjadikan STMB (yang dimiliki oleh bumiputera) memenangi tender tersebut dengan perbezaan 8 sen.

Lain pula dengan tender yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN yang mana harga komputer riba bagi satu set bernilai lebih kurang RM5000.00 tetapi agensi kerajaan di bawah Kerajaan UMNO/BN pula memilih untuk membayar sehingga RM84,640 untuk dua set komputer riba bagi kegunaan makmal Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau. Ini adalah teguran oleh odit Negara bukannya PAS atau PKR atau DAP.

Jadinya, Melayu dan Islam tidakpun terancam bila berlaku kebangkitan DAP. Yang terancam ialah pemimpin UMNO/BN.Buat makmal, makmal runtuh. Buat stadium, stadium runtuh. Buat univesiti pun runtuh juga. Itulah nasib bila projek dibuat berasaskan rasuah.

Di P.Pinang , DAP telah memperuntukkan kepada Hal Ehwal Agama Islam sebanyak RM24.3 juta pada Tahun 2010 dan RM20.5 juta pada Tahun 2009 manakala UMNO pula hanya memperuntukkan sebanyak RM12.5 juta sahaja. Pada Tahun 2008 seramai 102 penghafaz al quran telah menerima RM300 manakala pada Tahun 2009 pula seramai 137 orang penghafaz al quran menerima RM500.

Kutipan zakat di P. Pinang pada Tahun 2008 ialah sebanyak RM41.76 juta manakala pada Tahun 2009 pula sebanyak RM47.95 juta. Kerajaan DAP P. Pinang juga telah menubuhkan Majlis Syura yang dianggotai oleh seramai 29 orang anggota sedangkan Kerajaan UMNO/BN pula memecat mufti yang menentang perbuatan mungkar mereka.

Yang terbaru Kerajaan UMNO/ BN telah meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia tetapi pemimpin DAP seperti YB Anthony Lok, YB Lim Kit Siang dan lain-lainnya telah menentang dan meminta kerajaan membatalkan hasrat tersebut.

Yang terbaru lagi ialah lenyapnya 2 lubuk minyak Malaysia yang dibuat oleh UMNO/BN tetapi DAP pula yang meminta supaya disiasat isu ini. Persoalannya kenapa penulis dan orang seumpamanya tidak berzikir k eseluruh negara atau paling tidakpun berzikir dalam tulisannya dengan menyatakan ini adalah satu pengkhianatan terhadap negara?! Dan banyak lagi bukti bahawa kekuasaan UMNO/BN adalah ancaman kepada rakyat, negara, bangsa dan negara.

3. Penulis yang mewakili penghantar SMS telah tahu samada secara sedar atau tidak tentang wujudnya gerakan bencikan kerajaan sejak 20 Tahun yang lalu maka penulis dan penghantar SMS itu hendaklah bertanggungjawab melapurkan kepada polis. PAS, PKR dan DAP telah banyak membuat lapuran polis tentang penyelewengan pemimpin UMNO/BN serta apa jua ucapan dan tingkah laku yang boleh menimbulkan huru hara dalam negara tetapi tidak mendapat aksi yang sewajarnya dari pihak keselamatan bahkan orang yang membuat lapuran pula yang disiasat bukannya orang yang kena lapur. Jadi eloklah penulis buat lapuran polis sesegera mungkin atas gerakan anti kerajaan itu.

Bersambung ...
Baca Selanjutnya...

BERITA BARU : RAKYAT BOLEH TERUS JUMPA NAJIB JIKA ADA MASALAH..!!!??

Berdasarkan perkhabaran, ternyata Saiful telah berjumpa Dato’ Seri Najib. Sebelum ini beliau jumpa Najib kerana nak mohon biasiswa. Lepas tu ‘ubah sebab’ kepada jumpa Najib kerana nak buat aduan. Aduannya ialah, Dato’ Seri Anwar meliwat beliau. Cara liwatnya pula, kadang-kadang ‘sukarela’ dan kadang-kadang ‘dipaksa’.

Apa yang menarik ialah layanan istimewa Najib pada rakyatnya yang bernama Saiful. Layanannya itu sesuai dengan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Selepas Saiful mengadu, ACP Rodwan Yusof terus telefon Saiful. Jalan ceritanya menarik tetapi orang boleh ‘baca’ bahawa ini adalah satu perancangan.

Kalau itulah cara Najib layan rakyat maka saya mengesyorkan agar mana-mana rakyat yang ada masalah, terus jumpa Najib. Ceritalah apa masalahnya. Insya Allah Najib akan selesaikan secepat mungkin.

Kalau rakyat ada masalah tanah, Najib akan beri No. HP pengadu kepada Menteri Besarnya supaya Menteri Besarnya boleh terus buat panggilan kepada pengadu.

Kalau masalah biasiswa atau pinjaman untuk menyambung pelajaran, Najib akan terus bagi No. HP pengadu kepada Pengerusi atau pengarah yang berkaitan dengan PTPTN supaya pihak PTPTN menghubungi pengadu.

Seandainya ada rakyat yang membuat aduan tetapi Najib tidak melayan aduan itu sebagaimana beliau melayan Saiful maka sahlah kes Saiful vs Anwar ni ada udang disebalik batu.

Kebiasaannya kalau ada apa-apa aduan pun kepada mana-mana ‘orang besar’, habis tinggi ‘orang besar’ akan bagi memo. Tak la sampai bagi nombor HP pengadu kepada ‘orang kecil’ di bawah.

Biasanya ‘orang besar akan bagi No. HP kepada pengadu supaya hubungi atau jumpa ‘orang kecil’ yang boleh menyelesaikan masalah pengadu. Tak La samapai ‘orang kecil’ kena telefon pengadu.

Ohhh..., hebat sungguh lakunan tetapi lakunannya dapat dihidu oleh orang lain.
Baca Selanjutnya...