MAKLUMAN

Blog ini dibina pada 1/1/2010 dan diaktifkan pada 1/2/2010.

Sekian terima kasih.

BERITA TERBALIK TAPI TERBURUK

1. Malaysia memang mempunyai penduduk 26 juta tetapi separuh daripadanya adalah Muslim. Maknanya lebih kurang 13 juta rakyat Malaysia adalah Muslim. Pelik juga bila rakyat yang bukan Islamnya hanya sekitar 13 juta orang tapi Malaysia pula menjadi antara 10 negara yang tertinggi mengambil arak. Sedangkan banyak lagi negara lain yang terdiri dari orang bukan Islam dengan jumlahnya yang ramai. Kalau semua rakyat Malaysia yang seramai 26 juta orang itu terdiri dari orang bukan Islam dan Malaysia pula berada antara 10 negara yang tertinggi ambil arak maka itu bukanlah suatu berita yang terbalik. Baca di sini.

2. Bangunan yang baru dibina dah runtuh. Universiti pulak tu... Di Terengganu lagi...!!! Ini satu berita terbalik. Sepatutnya kalau nak runtuh pun, tunggulah siap dibina dulu dan digunakan bertahun-tahun. Tapi Kerajaan UMNO berjaya mencipta banyak berita terbalik tapi semuanya buruk belaka. Baca di sini.

Banyak lagi berita terbalik tapi terburuk yang berlaku di Malaysia seperti stadium runtuh sedangkan baru digunakan, injin kapalterbang tiada, kapal selam tak boleh menyelam, orang yang buat lapuran polis mengenai salah laku dan penyelewengan pemimpin UMNO akan disiasat dan ditangkap sedangkan orang sepatutnya disiasat dibiarkan.

Hanya satu cara untuk menamatkan berita terbalik tetapi terburuk ini iaitulah kita semua mesti bertekad menumpaskan Kerajaan BN. Untuk menumpaskannya kita mesti bersatu atas nama Pakatan Rakyat dengan mengenepikan dulu perbezaan pendapat dan mengutamakan persamaan kehendak ialah UMNO/BN mesti ditewaskan dalam PRU 13 nanti.

Jangan ada yang merasa kasih atau was-was dengan hasrat yang mulia ini. Sekiranya UMNO dapat ditumpaskan, Insya Allah kita akan dapat mencipta banyak berita terbalik tapi terbaik. Contohnya bekas MB Perak DS Nizar beri lot tanah kepada orang Cina. Kenapa? Sebabnya Islam suruh beri atas nama manusia dan mereka berhak untuk mendapatkannya. TGHH semasa menjadi MB Terengganu telah beri geran tanah kepada orang yang telah menduduki tanah tersebut sejak lebih 40 tahun. Betapa terbaliknya berita itu sehingga penerima geran tak percaya dan ada yang menangis gembira kerana sejak sekian lama mereka mengharapkan Kejaan UMNO/BN bagi geran tiba-tiba MB Kerajaan PAS yang beri. Mana tau Kerajaan Negeri Pimpinan DAP akan lebih mesra Melayu dan Islam lebih dari UMNO!!??. Dan banyak lagi ..
Baca Selanjutnya...

LAGI BERITA TERBALIK TAPI TERBAIK

1. Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng mempersoalkan ke mana pergi wang untuk saham bumiputra sebanyak RM52 bilion setelah disahkan hanya tinggal RM2 bilion sahaja yang dapat dinikmati oleh bumiputera. Terbaliknya sebab sepatutnya LGE tak tanya fasal hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan orang melayu sebab dia orang Cina. Tak perlu bela orang Melayu. Lagipun yang buat penindasan dan penipuan terhadap orang Melayu ialah pejuang Melayu sendiri iaitu pemimpin UMNO. Tapi LGE pulak yang nak bela orang Melayu. lihat di sini.

2. Masih ingatkah lagi LGE terpaksa meringkuk dalam penjara kerana nak bela anak gadis Melayu yang telah dinodai oleh bekas pemimpin UMNO di Melaka. Terbaliknya ialah kerana sepatutnya LGE tak perlu susah payah nak bela orang Melayu lagipun yang usik anak gadis melayu tu pun orang Melayu juga. Pemimpin yang lidahnya sentiasa berzikir mengungkapkan perkataan ‘kita akan bela nasib orang Melayu’.

"Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 .

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Cucu saya, Noryati binti Mohamad Yusop, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.

Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.

Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.

Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.

Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.

Semoga Allah S.A.W. boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka .

3. LGE memperuntukkan satu peruntukan yang besar untukHhal Ehwal Agama Islam berbanding dengan Pulau Pinang tambah peruntukan Hal Ehwal Agama Islam. Yang lebih pelik lagi, LGE juga menubuhkan Majlis Syura Kerajaan Negeri. Sepatutnya Kerajaan pimpinan UMNO yang meningkatkan peruntukan untuk Hal Ehwal Islam dan menubuhkan Majlis Syura tapi Kerajaan pimpinan DAP yang buat.

oleh : Mohd Sabri Said (Harakahdaily)

GEORGETOWN, 15 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2010 berjumlah RM24.3 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM20.5 juta. Menurut beliau, peruntukan tahun lalu pun melebihi apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) berikan iaitu hanya RM 12.5 juta sahaja. “Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dilihat apabila menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam iaitu meliputi peruntukan pembangunan sebanyak RM7.2 juta, peruntukan mengurus RM13.4 juta dan sebagainya RM3.7 juta, ” tegasnya pada Majlis Perlantikan Majlis Syura Kerajaan Negeri, di sini, pagi ini. Pada majlis itu, lapan orang wakil PAS Negeri dilantik menggangotai majlis itu yang diletakan di bawah kelolaan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim.

Mereka yang menerima watikah perlantikan daripada Guan Eng ialah dua orang Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Taqiudin Hamzah dan Rosidi Husain, Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man, bekas Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Mazani Abdullah, Ketua dan Setiausaha Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Ustaz Suhaimi Abdullah, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri dan kawasan Bayan Baru , Ustazah Rahmah Md Isa dan Puan Asnah Hashim.

Turut dilantik ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Hashim Haji Yahya, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Elias Zakaria, Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, Dato’ Haji Mustaffa Kasim, Fellow Kanan Akademi Kolej Univesiti Antarabangsa Selangor (KUIS), Prof Madya Univesiti Tun Husein Onn, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Pakar Motivasi, Dr Danial Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Haji Rhafoor Haji Mahmood, Profesor USM, Prof Kamarulazizi Ibrahim. Majlis tersebut turut dihadiri olehe Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Hassan Haji Ahmad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein

Kesimpulannya, boleh jadi Allah swt nak ajar umat Melayu Islam khususnya penyokong tegar UMNO melalui orang bukan Islam. Mudah-mudahan orang Melayu Islam berfikir bahawa UMNO dah tak mampu nak jaga Melayu dan Islam. Maka rugilah mereka yang terus menerus menyokong UMNO apatah lagi mereka yang berfikir untuk menyokong dan bekerjasama dengan UMNO. Wallahu 'alam.
Baca Selanjutnya...

PAS, PKR & DAP TAK KUAT ..???

Saya ingin memperlihatkan di sini bahawa parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah parti yang lemah sebagaimana lemahnya parti-parti yang bernaung di bawah payung Barisan Nasional (BN). Lemah yang saya maksudkan di sini ialah lemah dari sudut kemampuan menumbangkan lawan antara satu sama lain khususnya dalam setiap pilihanraya yang telah berlalu. Namun kekuatan terserlah apabila parti-parti bersatu atas nama PR.

Cuba kita lihat beberapa unsur kekuatan PAS yang boleh kita banggakan (selain daripada kekuatan dalaman seperti iman dan seumpamanya), tetapi ia tetap lemah dan tak mampu menumpaskan BN.

1. PAS telah melalui suatu zaman dan keadaan di mana apabila diadakan ceramah maka PAS dapat menghimpunkan sejumlah pendengar yang cukup luar biasa. Bahkan bila diadakan kutipan derma PAS mampu mengumpul sejumlah wang melebihi RM10,000 setiap kali diadakan ceramah. Kalau diadakan pertandingan dalam konteks kemampuan menarik pendengar teramai dan kemampuan mengumpul kutipan derma terbanyak maka PAS mampu menjadi juara secara hatrick bahkan hatricknya mungkin akan berganda-ganda. Jadi, kemampuan menarik orang ramai untuk mendengar penjelasan isu-isu semasa dan mengumpul wang kutipan derma adalah salah satu kekuatan yang ada pada PAS. Kekuatan itu pula banyak bergantung kepada kemampuan pemidato PAS dalam mengenengahkan isu-isu penyelewengan UMNO/BN yang terlalu banyak seperti isu BMF, Memali dan seumpamanya.Namun PAS tetap gagal dalam memenangi hati rakyat untuk menumpaskan BN walaupun mempunyai kekuatan ini.

2. PAS juga mempunyai kekuatan jentera dengan bilangan cawangan yang cukup banyak. Jumlah cawangan PAS hampir mampu menandingi jumlah cawangan UMNO. Kekuatan jentera dengan jumlah cawangan yang banyak ini menyebabkan ahli dan pimpinan PAS merasai bahawa kita adalah parti yang kuat. Tak salah kalau dikatakan bahawa akar umbi juga terpedaya dan tertipu dengan kekuatan ini sehingga sukar untuk menerima hakikat ‘berkongsi kerusi’ dengan rakan PR terutama DAP dan PKR. Disebabkan perasaan ‘terasa kuat’ dek kerana jentera dan cawangan yang banyak inilah maka ahli bawahan meminta agar semua kerusi di kebanyakan kawasan parlimen samada kerusi parlimen atau DUN, ditandingi oleh PAS. Kalau letak calon selain PAS maka mereka tak berminat untuk bekerja memenangkan parti lain yang diamanahkan untuk bertanding. Aksi ini telah menyebabkan Mursyidul ‘Am PAS, Tok Guru Nik Aziz pernah melontarkan kata-kata hikmatnya dengan berkata ‘Kita jangan kedekut, parti lain pula jangan tamak’.

Dalam keadaan PAS begitu terpesona dengan kekuatan ini, PAS terus kecundang dalam setiap pilihanraya yang telah dilalui sejak sekian lama hingga terbentuknya PR. Maksud kecundang di sini ialah gagal membentuk kerajaan.

Hal yang sama turut di rasai oleh DAP yang merupakan parti yang agak lama wujud dipersada politik tanahair. Kalau nak dibahas, DAP adalah sebuah parti yang tidak banyak cawangan tetapi ia mampu meraih kemenangan cemerlang sehingga mereka berjaya menempatkan parti mereka sebagai Ketua Pembangkang untuk tempoh yang agak lama. Di Jerantut, DAP hanya ada 1 cawangan.

Pada Tahun 2004, DAP bertanding di DUN Damak tetapi kalah dengan majoriti yang kecil iaitu 2239 (BN memperolehi 7563 undi & DAP memperolehi 5324 undi). Pada Tahun 2008, ada calon bebas bertanding di DUN Damak. Mengikut kata calonnya, Cikgu Koh, dia tiada jentera. Jenteranya hanya diwujudkan sehari sebelum penamaan calon. Tetapi, Cikgu Koh dapat lebih 3295 undi, calon PKR dapat lebih 5165 undi dan calon BN 5674 undi dan menang dengan kelebihan 509 undi. Tennyata dari contoh di atas, kekuatan jentera dan cawangan yang banyak bukanlah kekuatan mutlak untuk menang dalam pilihanraya.

Berbeza pula dengan PKR di mana kelahiran mereka terus disambut oleh abang-abang yang terdiri dari PAS dan DAP. Adik yang baru lahir dengan usianya yang masih muda menjadi kuat kerana mereka akur bahawa mereka adalah adik yang baru lahir lalu mereka terus bergabung bersama abang-abang mereka iaitu PAS & DAP. Mereka dibantu dan mereka membantu abang-abang mereka untuk menundukkan musuh mereka bersama yang jahat iaitulah UMNO/BN.

Walaupun PKR dianggap adik yang baru lahir tetapi ia lahir di zaman yang serba canggih terutama kecanggihan alam maya dengan kemudahan internet. Macam adik-adik zaman sekarang juga. Mereka lebih bijak dari abang-abang mereka kerana suasana sekarang adalah suasana dunia cyber.

Adik yang bernama PKR ini mempunyai kepantasan menguasai ilmu politik kerana mereka adalah bekas-bekas ahli politik. Cuma parti mereka sahaja bertaraf adik. Banyak perkara yang tidak ada pada abang-abang tetapi ada pada adik ini. Begitu juga banyak kelebihan yang ada pada abang-abang ini yang tidak ada pada adik PKR. Adik ini mampu membongkar kejahatan dan kebusukan UMNO agar rakyat benar-benar dapat mencium dan mengesahkan bahawa UMNO memang jahat dan busuk. Adik ini pula memiliki seorang pejuang yang mampu mencipta gelombang walaupun terpaksa merelakan dirinya untuk terseksa.

Gelombang yang pertama yang tercipta dari pejuang ini telah menghasilkan sebuah lagi kerajaan PAS di Terengganu pada Tahun 1999. Pada waktu itu, beliau terseksa di penjara. Namun pada tahun berikutnya iaitu Tahun 2004, parti politik pembangkang dilihat berpecah dan tak kemas. Bila berpecah maka jadilah kita lemah. Bila lemah, kita kalah lalu tumbang satu negeri dan hampir tewas satu kerajaan negeri dengan hanya kelebihan 1 undi.

Pada Tahun 2008 PR rakyat menghadapi PRU 12 dengan gabungan yang cukup kuat walaupun tidak mantap dek usia gabungannya yang masih mentah. Natijahnya kita menang bergaya sehingga 5 negeri berada dalam genggaman PR. Itulah berkat dan berkuasanya bila kita bergabung atau bersatu. Apa kata kalau gabungan itu dijaga dan bajai sebaik mungkin untuk mendepani hari-hari muka. Yakinlah bahawa satu yang luar biasa akan berlaku dalam PRU 13 nanti. Allah swt tidak teragak-agak untuk menolong orang yang bersatu. Bukankah Nabi saw telah menyatukan orang-orang kafir di Madinah setelah berlakunya peristiwa hijrah? Penyatuan itu membentuk satu kekuatan untuk sama-sama mempertahankan kota Madinah dari serangan musuh.

Kalau diimbas kembali sejarah kemenangan PAS di Kelantan pada Tahun 1990 sehingga menang 39-0, kita akan dapati kemenangan itu juga dianugerahkan Allah swt dengan sebab bersatu dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang bergabung di dalamnya Semangat 46.

Oleh yang demikian, saya ingin rumuskan bahawa 3 ketumbukan pasukan iaitu PAS, PKR dan DAP hanya akan kuat sekiranya mereka menyatukan segala kelebihan dan kekuatan ke dalam satu pasukan yang telah dinamakan sebagai pasukan Pakatan Rakyat. Kalau 3 ketumbukan yang masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan ini membentuk satu ketumbukan yang bernama PR maka Insya Allah, kita akan menyaksikan satu perubahan yang besar akan berlaku dalam PRU 13 nanti.

PAS mempunyai kekuatan jentera dan cawangan yang banyak bergabung dengan PKR yang mempunyai kemampuan mencipta gelombang manakala DAP pula mempunyai kekuatan sokongan Kaum Cina maka jadilah kita sebuah ketumbukan yang kuat. Pastinya BN mampu ditewaskan. Orang yang merasakan kekuatan itu hanya ada pada jentera atau petugas semata-mata samalah seperti orang memiliki ‘handphone’ semata-mata. HP tetap tidak berguna selagi tidak ada gelombang. Maka HP hendaklah bergabung dengan gelombang, barulah ada gunanya.

Benarlah di pihak PAS apabila pimpinannya membuat keputusan untuk bergabung dan berpakat dengan PKR dan DAP. Cuma, pimpinan PAS harus memperturunkan kefahaman kepada petugas di peringkat cawangan, mengenai peri pentingnya kita berpakat dalam PR dalam usaha menumbangkan BN dala PRU 13 nanti demi mencari keadilan dan kebenaran hidup berasaskan Islam.Semuga Allah swt merahmati dan terus memberi petunjuk serta pertolongan kepada pimpinan PAS.
Baca Selanjutnya...

BERITA TERBALIK TAPI TERBAIK !!!

Apabila DAP mengesyorkan supaya Kerajaan UMNO/BN mengurangkan lesen judi maka ia merupakan satu kejutan. Baca di sini dulu. Kita terkejut kerana selama ini pemimpin UMNO kata, judi tidak boleh dihapuskan kerana ia budaya cina. Ternyata kini, DAP yang dianggap anti Islam oleh UMNO telah mencadangkan suatu yang mengejutkan dan bertentangan dengan DAP yang disifatkan sebagai anti Islam. Sedangkan pemimpin UMNO pula terus menyuburkan aktiviti judi bahkan kekadang dilihat seolah-olah mempertahankan judi meskipun ia dilihat bertentangan dengan UMNO yang mana bekas PM, Tun Dr Mahadhir Mohamad semasa pemerintahannya pernah menyifatkan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam dan Tun Abdullah Ahmad Badawi pula melaksanakan Islam Hadhari dalam pemerintahannya. Betapa hebat dan kuatnya Islam UMNO tetapi terus membiarkan aktiviti judi dan betapa kuatnya DAP anti Islam tetapi meminta UMNO kurangkan judi. Ini sepatutnya dijadikan berita. Baca di sini 

Saya pernah menulis bahawa tak mustahil satu hari nanti, pemimpin DAP akan mencadangkan supaya UMNO/BN melaksanakan hukum hudud atas dasar demi mengurangkan kadar jenayah yang mengacau semua orang tak kira orang PAS, UMNO, DAP, PKR, MCA,MIC dan lain-lain. Baca di sini. Tetapi jangan terkejut sekiranya pada masa pemimpin UMNO akan berhelah dan menentang agar hudud tidak dilaksanakan kerana ...

Satu lagi berita yang boleh dibuat berita ialah bilamana rombongan Sinar Harian berkunjung secara resmi ke Pejabat Perhubungan PAS Pahang. Biasanya wartawan atau pihak media tak berminat untuk berkunjung ke premis parrti PAS atau parti pembangkang yang lain. Hatta kalau kita minta nak membuat lawatan pun belum tentu mereka melayan tetapi kini Sinar Harian yang datang membuat kunjungan resmi ke pejabat PAS maka ia adalah satu berita. http://pahangkini.net/berita/negeri/107-pakatan-rakyat-pahang-terima-kunjungan-hormat-kakitangan-sinar-harian

Mudah-mudahan ada perkembangan yang baik untuk kebenaran dan keadilan di Malaysia.
Baca Selanjutnya...

KALAULAH PAS/PR PERINTAH PAHANG ...

Kalaulah PAS/PR memerintah Pahang maka antara perkara pertama yang akan saya uruskan sebagai YDP PAS Kawasan Jerantut ialah menyelesaikan masalah perhubungan bagi penduduk di Ulu Tembeling. Hidup mereka terseksa lebih 50 tahun dan sering menjadi mangsa penipuan dan kerakusan pemimpin UMNO. Mereka ditipu kerana setiap kali pilihanraya maka pemimpin UMNO berjanji akan memulakan pembinaan jalanraya. Namun sehingga kini, tidak berlaku. Kenapa? Sebabnya mereka rakus dengan khazanah negeri yang ada di situ iaitu balak. Kerana balaklah mereka tak mungkin membina jalaraya. Jalanraya menghalang mereka untuk mengeluarkan balak. Jalanraya akan rosak teruk bila balak dikeluarkan.
(Gambar atas : Jeti di Kuala Tahan digunakan untuk pergi ke Ulu Tembeling menerusi jalan air. Tetapi kini airnya cetek maka terasa kesukarannya apabila menggunakan jalan air ini kerana perahu atau bot akan terkena pasir)

Tahukah anda sekiranya jalanraya dibina maka ia akan menyenangkan kehidupan penduduk Ulu Tembeling dan juga mereka yang ingin ke Terengganu. Kerana jalanraya tersebut akan terus menghubungkan Jerantut ke Dungun melalui Ulu Tembeling. Taraf hidup penduduk akan meningkat kerana hasil pertanian akan dapat dipasarkan dan dihantar dengan mudah seperti sayur-sayuran dan juga getah. Tetapi pembinaan jalanraya itu juga akan menyusahkan pemimpin UMNO untuk menggondol kayu balak yang terdapat begitu banyak di kawasan sekitar.
(Gambar kanan : Sebahagian bukit yang telah diratah balaknya)

Saya yakin seandainya Pakatan Rakyat (PR) memerintah Pahang, kita mampu membina jalanraya tersebut. Mungkin kita tiada wang kerana Kerajaan Pahang terpaksa menanggung hutang lebih kurang RM2b yang diwarisi dari Kerajaan BN nanti sama seperti yang dihadapi oleh Kerajaan PR di Kedah yang terpaksa menanggung hutang peninggalan Kerajaan BN namun saya rasa yakin jalanraya tetap akan dibina jua. Kalau tiada wang, apa salahnya kita wujudkan satu syarikat yang menguruskan pembalakan dengan memperuntukkan sejumlah hektar yang mencukupi untuk membiayai pembinaan jalanraya yang diimpikan oleh penduduk Ulu Tembeling.

Sesungguhnya rakyat di Ulu Tembeling telah berjaya di ‘hulu’kan oleh Kerajaan BN manakala pencapaian pemimpin UMNO menghabiskan balak di Ulu Tembeling diutamakan. Siapa saja yang mempunyai perasaan akan terasa hiba bila melihat bukit telah gondol lalu menjadi dogol kerana disondol oleh pemimpin UMNO sedang penduduk sekitarnya terus menerus menderita hidup dalam kesusahan yang berpanjangan. Masih adakah lagi insan yang sayangkan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang korup?

Gambar-gambar dan cerita selanjutnya di http://paskawasanjerantut.blogspot.com/
Baca Selanjutnya...

MAZLAN ALIMAN : MEMECAH KANTUNG UMNO DI JERANTUT, DITAHAN DI RAUB

Sekitar jam 7.45 pagi 10.3.2010, saya telah menerima panggilan telefon dari Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu bahawa Saudara Mazlan Aliman telah ditahan di Ibupejabat Polis Daerah Raub. Beliau tidak dapat hadir ke Raub atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Lantas pemberitahuannya itu kepada saya mungkin atas nama Timbalan PJ PAS Pahang Zon Barat (Jerantut, Lipis, Cameron Higland, Raub & Bentong) menyebabkan saya terus bergegas ke Mahkamah di Raub dan selamat sampai sekitar jam 9.15 pagi.(Gambar kiri : ketika berada dibilik menunggu sebelum ke kamar majistret)

Di perkarangan mahkamah, saya terus bertemu dengan sahabat-sahabat yang telah lama menunggu. Saya bertanya peguam yang menguruskan kesnya iaitu Saudara Mohd Haris Abdullah yang juga Ketua Cabang PKR Raub. Beliau menyatakan sekitar jam 9.30 pagi Sdr. Mazlan akan dibawa ke mahkamah untuk mendapat perintah tahanan reman. Sementara menunggu ketibaannya saya sempat bertanya khabar susur galur peristiwa penahanan Mazlan Aliman dari saksi-saksi yang terlibat secara langsung.

Antaranya ialah seorang penduduk di Kg. Lembah Klau yang telah menjadikan Sdr Mazlan Aliman sebagai tetamunya untuk beliau berehat dan mandi manda. Mengikut ceritanya, Sdr. Mazlan telah tiba awal sekitar jam 12 tengahari. Perjumpaan dengan peneroka dijadualkan sekitar jam 3 petang. Perjumpaan hanya sekadar untuk berdialog dengan penduduk mengenai masa depan anak-anak Peneroka Felda. Dan sekitar jam 3 petang jugalah pihak polis bantuan Felda lengkap bersenjata mengawal pintu masuk ke Kg. Lembah Klau. Mereka sangka Sdr Mazlan akan tiba pada jam 3 petang sedangkan Sdr Mazlan telahpun berada di rumah salah seorang penduduk kampung.(Gambar kanan : Mazlan sedang menaiki kereta polis untuk menjalani tahanan lanjutan)

Sdr Mazlan dijadualkan berucap dan berdialog di balairaya namun balairaya telah dikunci. Akhirnya Sdr Mazlan dibawa berceramah ke sebuah rumah yang lain dan dihadiri oleh penduduk sekitar 15 orang. Satu hal yang menarik ialah cerita bagaimana pihak polis menyatakan kepada penduduk yang membenarkan Sdr Mazlan Aliman mandi manda bahawa menjadi satu kesalahan sekiranya membenarkan seseorang masuk ke Felda tanpa mendapat persetujuan Pengurus Felda dan apatah lagi sekiranya mengadakan perhimpunan yang melebihi 5 orang walaupun di rumah. Amat melucukan tetapi pak cik yang tak mengaji tinggi tu pun pandai menjawab dan berkata “ini kan rumah saya. Ikut saya lah nak bawak sape. Nak berhimpun berapa ramai dan sampai pukul berapa pun, itu hak saya. Kalau semua nak lapur kepada pengurus Felda, boleh juga tetapi larat ke pengurus nak layan”. Akhirnya polis tewas dengan hujah orang kampung.

Berbalik kepada kes Sdr Mazlan ditahan, pihak peguam memaklumkan kepada saya, beliau ditahan atas pertuduhan menceroboh kawasan Felda tanpa kebenaran pengurus. Rupanya nama Sdr Mazlan (Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda) dan Wan Rahimi (peguam yang telah memenangi kes Peneroka Felda Sungai Kemahang, Kelantan lawan FELDA) telah tidak dibenarkan memasuki kawasan Felda seluruh negara.(Gambar kiri : Mazlan sedang menjamah makanan yang dibawa oleh seorang sahabat)

Mengikut kata peguam, arahan sebegitu rupa terpaksa dibuat kerana Felda adalah benteng terakhir bagi Kerajaan UMNO/BN. Seandainya peneroka sedar bahawa selama ini mereka ditipu maka dalam PRU13 nanti, BN akan tumbang. Johor, Pahang, Perak, Terengganu, Kelantan dan sedikit di N9 mempunyai sejumlah peneroka yang besar. Kalau peneroka berjaya diberi ubat atau suntikan untuk memulihkan kembali ubat pelali yang telah disuntik oleh pemimpin UMNO terutama PM yang berkuasa ke atas Felda maka kita akan menyaksikan negeri-negeri tersebut akan hidup lebih aman di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat. Bukan peneroka sahaja yang hidup lebih bahagia malah anak-anak mereka (generasi kedua) juga akan menikmati hidup yang lebih tersusun. Kini, peneroka hidup bagaikan dalam neraka di bawah Kerajaan UMNO/BN sehingga peneroka terus menerus dibebani dengan hutang sepanjang masa. (Gambar kanan atas : Mazlan keluar dari kamar majistret untuk menjalani tahanan selama lebih kurang 24 jam lagi)

Sebenarnya Kerajaan UMNO/BN mula gusar dengan perubahan peneroka yang mula sedar bahawa selama ini mereka ditipu oleh pemimpin UMNO. Penipuan dan penindasan ini telah didedahkan dalam Konvensyen Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan Kali 1 yang berlangsung di Dewan Kompleks Imam Al Syafie’ (KIAS) iaitu sebuah kompleks milik PAS Jerantut pada 20.2.2010. (sila lihat dalam blog ini sedikit ulasan mengenai konvensyen tersebut). Konvensyen telah dihadiri lebih kurang 1000 orang dari seluruh negara yang turut dihadiri oleh Saudara Mazlan Aliman, Wan Rahimi dan YB Dr Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR sebagai pembentang kertas kerja. Pada sebelah malamnya pula diadakan ceramah perdana yang disertai oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Dato’ Tuan Ibrahim, Dato’ Seri Chua Jui Meng, Dato’ Zaid Ibrahim dan Dato’ Fauzi Rahman. Sebab itulah saya katakan bahawa kantung UMNO/BN telah dipecah di Jerantut. Sebab itu UMNO marah kerana benteng mereka yang terakhir telah hampir robek dan bersedia untuk pecah. Akhirnya salah seorang tukang pecahnya yang amat konsisten bekerja memecahnya iaitu Sdr. Mazlan Aliman, ditangkap di Raub. Sdr Mazlan telah mencatatkan penipuan Felda dan Kerajaan UMNO/BN terhadap peneroka Felda dalam bukunya bertajuk "FELDA .. Dulu Tolong Sekarang Along..". Katanya akan terbit buku kedua yang menceritakan hikayat peneroka yang boleh disifatkan sebagai 'Harimau Mati Meninggalkan Belang, Peneroka Mati Meninggalkan Hutang..". (Gambar kiri atas : Mazlan sedang makan sementara menunggu ke kamar Majistret)

Lama saya berbual dengan peguam dan sahabat-sahabat yang lain sambil menunggu kedatangan Sdr Mazlan ke mahkamah. Akhirnya beliau tiba ke mahkamah sekitar jam 11.15 pagi dalam keadaan tangannya bergari bagaikan seorang penjenayah, dan masuk ke kamar majistret pada jam 1.20 tengahari dan diputuskan tahanannya dilanjutkan selama 24 jam lagi.

Salah seorang wartawan wanita dari sebuah akhbar yang baru sampai sempat melihat Sdr Mazlan keluar dari kamar menunggu menuju ke kamar majistret dengan tangannya bergari lantas saya melihat wajah beliau sugul dan berkata ‘kenapa dia dilayan macam penjenayah’.Saya lihat air matanya bergenang di kelopak mata. Sebenarnya saya sendiri dan mungkin juga sahabat-sahabat yang lain agak tersentuh hati apabila melihat Sdr Mazlan memakan makanan yang dibawa oleh seorang sahabat dengan ber’sudu’kan penutup polistrin yang dikoyakkan. Dalam masa yang sama, saya amat mengkagumi apabila saudara Mazlan kelihatan sentiasa tersenyum seolah-olah beliau lupa bahawa anak-anak dan isterinya mungkin sedang menangis. Itulah senyuman seorang pejuang keadilan dengan melupakan tangisan orang tersayang.(Gambar kiri atas : duduk dari kiri Sdr Mohd Haris (peguam dan juga Ketua PKR Raub), Sdr. Roslan Zainal, Dr. Hamzah, Ust. Azman Syapawi, Dr. Nilam dan Hj. Suhaimi)

Sementara menunggu beliau ke kamar, saya, Sdr Roslan Zainal (SU Perhubungan PAS Pahang), Ust Syukri (Pengerusi Lajnah Peneroka PAS Pahang), Ustaz Azman Syapawi (Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat), Dr. Nilam (YDP PAS Raub) dan beberapa sahabat yang lain sempat bergambar dan seterusnya membuat sidang akhbar di mana saya diamanahkan untuk bercakap bagi pihak PAS Pahang. (Gambar kanan : Raju & YB Choong dari DAP, Dr. Hamzah dan Sdr Mohd Haris dari PKR)

Bagi saya kita amat dukacita dan kesal dengan penahanan Sdr Mazlan kerana kalau pun ada arahan tidak membenarkan beliau masuk ke kawasan Felda maka sepatutnya pihak Felda membuat notis di pintu masuk Felda di seluruh negara bahawa Sdr Mazlan Aliman dan Sdr Wan Rahimi tidak dibenarkan masuk ke kawasan Felda.

Saya juga melahirkan rasa terharu dan berterima kasih yang tidak terhingga atas sokongan rakan dari Pakatan Rakyat di mana pihak PKR telah memberi khidmat guaman percuma kepada Sdr Mazlan yang dikendalikan sendiri oleh Ketua Cabang PKR Raub, Sdr Mohd Haris Abdullah. Manakala YB. Choong dari DAP juga turut hadir ke mahkamah. Ya.. saya terharu atas sokongan mereka kerana serangan media yang mewakili UMNO/BN menggambarkan seolah-olah PR telah lemah ekoran lompatan Ahli Parlimen PKR yang berlaku mutakhir ini. Namun kehadiran mereka menggambarkan solidariti dan kaloborisasi antara anggota PR amat kuat dan utuh. Sesungguhnya kami cukup bersedia untuk mencabar BN dalam PRU13 nanti. (Gambar kiri atas : keratan akhbar cina 'Sin Chew Press, mengenai berita tangkapan Sdr Mazlan keluaran 9.3.2010)

YB Choong sempat menunjukkan kepada saya 2 akhbar cina telah memaparkan berita penahanan Sdr Mazlan pada 9.3.2010 (Selasa). Begitu bebasnya akhbar cina dan begitu bebalnya akhbar yang dimiliki UMNO yang berbahasa Melayu.
(Gambar kanan : keratan akhbar cina 'Cina Press, mengenai berita tangkapan Sdr Mazlan keluaran 9.3.2010)






Mengenai penipuan Felda, sila layari :



Baca Selanjutnya...

OH TUHAN... DERITANYA HIDUP PEJUANG KEBENARAN.

Iktibar Dari Kisah Said Bin 'Aamir
Said bin Aamir adalah salah seorang pemuda yang sempat menyaksikan pembunuhan yang dilakukan terhadap Khubaib Bin ‘Adiy. Pembunuhannya dibuat penuh penyiksaan di khalayak ramai. Badannya dipotong satu persatu demi memuaskan hati pemuka kafir quraisy. Dan yang lebih penting dari itu ialah tidak ada lagi orang yang mahu menganut Islam kerana takutkan penyiksaan.

Khubaib Bin ‘Adiy, Insan kerdil tetapi berjiwa mantap yang sedang diikat pada sebatang kayu berbentuk salib tiba-tiba bersuara dan berkata “Jika dibenarkan, izinkan daku untuk sujud pada Allah sekadar 2 rakaat sebelum tubuhku dirobak rabik oleh kamu semua. Selesai sahaja aku mengerjakan solat maka lakukanlah apa yang kamu semua mahu lakukan pada diriku”.

Lantas Khubaib terus menghadapkan wajahnya kepada tuhan yang sedang bersedia menyambut ketibaan ruh hambaNya yang sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya. Beliau mengerjakan solat 2 rakaat dengan tenang dan sempurna. Selesai sahaja solatnya beliau berkata “ Demi Allah, sekiranya tidak bimbang, kamu menyatakan bahawa aku takut kepada penyiksaan ini nescaya aku akan memperbanyakkan lagi dan memanjangkan lagi solatku ini kerana jiwa ku cukup tenang bila berbisik dengan kekasihku, Allah”.

Selesai sahaja solat, tubuh Khubaib terus dipotong satu persatu, sedikit demi sedikit semata-mata untuk menyiksa. Darah terus memercik dan mengalir yang akhirnya mengalir dengan lemah selemah tubuh Khubaib yang menerima penyiksaan kerana perjuangan Islamnya. Di kala itu, pemuka kafir quraisy bersuara dengan berkata “ Apakah engkau sudi dan bersedia menggantikan Muhammad di tempat engkau ini sedang engkau kami bebaskan!!!???

Meskipun tubuhnya telah lemah longlai, Khubaib sempat berkata “Demi Allah, aku tidak suka dan tidak redha sama sekali berada dalam keadaan aman dan bersuka ria bersama dengan anak isteriku sedangkan Nabi Muhammad dihina dan disakiti…”

Sepantas kilat, tiba-tiba pemuka kafir quraisy bertempik sehingga suaranya memenuhi angkasa dengan tempikan “bunuhlah segera, bunuhlah segera si Khubaib itu…”

Di saat itu, Said bin bin ‘Aamir yang menyaksikan bersama orang lain melihat Khubaib memandang ke langit dan terdengar suaranya yang terakhir “Ya Allah, hitunglah bilangan mereka yang sedang hendak membunuh dan mencarik-carik tubuhku ini, bunuhlah mereka semua sehingga tidak tertinggal walau seorang sekalipun..” Doanya adalah lafaz yang terakhir yang terpancut dari mulutnya sedang darahnya sudah berhenti mengalir. Tak semena-mena, datang ribut taufan sehingga membunuh sebilangan orang-orang kafir yang sedang menyiksanya.

Dari sini kita dapat lihat bagaimana tulusnya akidah Khubaib Bin ‘Adiy dalam hidup bertauhidkan tauhid yang betul bersama dengan hidayah ilahi. Cubaan seperti ini mungkin ada berlaku dalam hidup pejuang kebenaran dan keadilan di masa kini. Diri mereka diaibkan dan disiksa tanpa peri kemaknusiaan. Mereka dipisahkan bertahun lamanya dari anak isteri. Mereka difitnah dan dituduh dengan pelbagai fitnah dan tuduhan samada yang masuk akal ataupun tidak. Namun itulah ujian untuk menjadi kekasih Allah.

Seandainyalah ujian yang terpaksa dilalui maka tiadalah kemampuan untuk kita menolongnya melainkan hanya doa semata-mata sebagaimana doa Nabi saw kepada Bilal ra yang sedang disiksa dihadapanNya. Hanya secebis doa dan tutus kata penetap dan penyedap hati sahaja yang mampu Rasulullah saw ungkapkan dengan berkata tetaplah kamu wahai Bilal dengan Aha.. Ahad dan Bersabarlah. Sesungguhnya syurga sedang menggamitmu wahai Bilal.. Allahu Akbar ….

Manakala mereka yang diuji pula hendaklah sentiasa berbual dengan Allah swt menerusi Solat dan Zikir kerana dengan amalan itu, Insya Allah akan menyejukkan hati yang resah gelisah, menenangkan fikiran yang berserabut, meredakan sakit badan yang menderita malah meringankan beban siksaan yang tidak mampu ditanggung oleh insan lain melainkan mereka yang dekat dengan Allah swt dengan amalan tersebut.

(Kisah Said bin ‘Aamir akan bersambung lagi)
Baca Selanjutnya...

PENGANUT HINDU GIAT SOKONG PAS…!!!

Islam dengan Hindu bagaikan langit dengan bumi. Penganut Islam dengan Penganut Hindu pula bagaikan air dengan minyak, sukar untuk bercampur dan kadang-kadang bagaikan minyak dengan api, mudah terbakar dek permusuhan.

Namun kini telah berubah segala-galanya khususnya di Malaysia. Orang India yang kebanyakannya beragama Hindu serta penganut-penganut agama lain seperti Buddha dan Kristian telah mula berjinak dengan PAS yang membawa obor suci iaitulah ajaran Islam sejak lebih 50 tahun yang lalu.

Dulu mereka takut dengan PAS yang dirasa dan dianggap ekstrem dan pelampau. Mereka takut kerana ditakutkan oleh Orang Islam sendiri iaitulah UMNO. Dikibas pula api ketakutannya itu oleh MIC dan MCA. Suntikan ketakutan oleh UMNO ke dalam tubuh mereka amat berkesan sehingga memakan masa lebih kurang 50 tahun lamanya. Kini kesan suntikan tersebut telah mula bertukar menjadi racun berbisa buat UMNO, MIC & MCA. Ianya bagaikan gula yang diperlukan pada awalnya untuk membekal tenaga kepada tubuh badan tetapi akhirnya bertukar menjadi penyusah hidup kerana penyakit kencing manis.

Memang UMNO sekarang bersama rakan sekutu terkuat mereka iaitu MIC & MCA sedang mengalami penyakit kencing manis yang mana kalau nak selamat salah satu dari anggota mereka mesti dipotong. Mereka tak boleh lagi bersama kerana UMNO, MIC & MCA masing-masing ada penyakit. Semasa saya sedang menulis blog ini, MCA mempertontonkan keparahan penyakitnya di mana Timbalan Presidennya meletak jawatan bersama dengan pimpinan yang lain sehingga cukuplah angka 21 orang yang meletak jawatan. MIC memang dah lama parah sehingga DS Najib terpaksa juga merasmikan penubuhan Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) pada 10.10.2009 yang dipengerusikan oleh R.S. Thanenthiran sebagai presidennya. Aksi DS Najib tentunya mengguris hati DS Samy Velu dan anggota MIC tetapi apakan daya, DS Najib terpaksa mencari tongkat lain dari Orang India bagi menggantikan Tongkat sedia ada iaitu MIC. UMNO pula terus parah dengan pemimpinnya yang penuh bersalut dengan najis rasuah seperti yang dilapurkan oleh Pengerusi Lembaga Disiplinnya sendiri sehingga melebihi angka 800 kes.

Oleh kerana UMNO. MIC & MCA terlalu ban yak penyakit maka mereka tak layak menjadi doktor. Orang dah tak percaya kepada doktor yang banyak penyakit termasuk segala ubat-ubatan yang dicadangkan oleh doktor yang berpenyakit itu.

Justeru itu, masyarakat India dan Cina mula beralih kepada PAS. Jadi... mereka telah mula memahami akan perjuangan PAS. Saya cuba menerokai punca dan sebab kenapa mereka sokong PAS. Saya ada peluang untuk bertanya demikian atas dasar saya sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pahang maka di bahu saya dipertanggungjawabkan kerja mendekati mereka ini. Maka saya ada ruang untuk bertanya sebab musabab kenapa mereka sokong PAS secara terus (direct). Saya tanya orang India dan saya juga tanya orang Cina. (Gambar kiri : TGHH mungkin rimas dengan layanan wanita India ini semasa merasmikan ekspo PAS Pahang pada malam 26.2.2010 tempohari tetapi itulah hakikat sebenar betapa sayangnya mereka dan betapa besarnya harapan mereka kepada PAS)

Nak tau apa jawapan mereka? Sebenarnya mereka sokong PAS bukan kerana mendengar ceramah daripada pimpinan PAS. Kalau mereka ada mendengarpun, mereka tak faham bahasa Melayu dengan baik. Apatah lagi bila pemimpin PAS menggunakan istilah-istilah arab seperti 'muzakarah, mubahalah, Daulah Islamiah, Siasah Syari'iyyah, muqabalah dan sebagainya.

Mereka hanya faham kebaikan PAS dan mereka tak lagi takut pada PAS kerana mereka melihat sendiri pentadbiran PAS di Kelantan dan sekejap (satu penggal di Terengganu). Mereka melihat bagaimana TGNA dan TGHH melayani mereka dengan penuh adil dan kasih sayang. Hak mereka sebagai seorang manusia dan rakyat, diberikan atas nama Keadilan Islam. Dengan sebab itulah mereka terus giat memberi sokongan kepada PAS sehingga tertubuhnya Kelab Penyokong PAS dan kini Dewan Himpunan Penyokong PAS manakala kaum India dan Tionghua dari parti DAP & PKR terus nekad bersama PAS dalam Pakatan Rakyat. (Gambar kanan : Saya dan isteri sempat bergambar dengan wanita India dari DHPP sementara menunggu ketibaan TGHH pada malam perasmian ekspo PAS Pahang)

Oleh yang demikian, PAS harus bertekad berusaha mempastikan kemenangan bersama Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti bersama rakannya PKR dan DAP. Bila PAS dah berkuasa, tambahkan lagi keyakinan Orang India dan Cina dengan mempamirkan keindahan dan kebaikan Kerajaan PAS atas nama Islam. Saya teringat apa yang dikatakan oleh Fathi Yakan ‘Manusia lebih mudah terkesan atau faham dengan perbuatan dan perlaksanaan daripada ucapan dan kata-kata’. Wallahu'alam



Baca Selanjutnya...

YB KARPAL SINGH & YAB LIM GUAN ENG MUNGKIN MINTA LAKSANA HUDUD DI PARLIMEN JIKA …


Hudud dicetuskan oleh PAS untuk dilaksanakan dalam perundangan Negara demi mewujudkan keharmonian hidup dalam masyarakat Malaysia. Manakala UMNO/BN pula menjadikan hudud sebagai modal untuk mencetuskan suasana huru hara dalam pemikiran rakyat khususnya rakyat bukan Islam demi meraih keuntungan politiknya.

Walau bagaimanapun, perkembangan mutakhir ini, hudud bukan sahaja telah diterima oleh kebanyakan orang-orang UMNO malah ia juga telah hampir diterima oleh kebanyakan orang bukan Islam.

Apa pun, senjata UMNO yang berpelurukan Hukum Hudud ini tetap berguna bagi mengurangkan sokongan orang bukan Islam terhadap PAS/PR. Dalam PRK Kuala Terengganu sebelum ini, UMNO dengan ghairah dan pelahapnya menjaja Hukum Hudud di media massa dengan harapan orang bukan Islam tidak mengundi calon PAS. Tetapi takdir Allah swt, Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, sendiri menyatakan sokongan terhadap perlaksanaan Hukum Hudud yang dikhususkan untuk orang-orang Islam sahaja.

Walau apapun PAS harus mencari jalan supaya isu hudud ini diterima dengan lapang dada oleh orang bukan Islam. Paling tidak, biarlah pimpinan DAP terlebih dahulu memahami dan menerimanya. Kalau diimbas kembali, Pengerusi DAP YB. Karpal Singh adalah salah seorang yang masih tegas tidak menerima Hukum Hudud. Tetapi kini sudah jarang kedengaran suara negatif beliau mengenai hudud. Apa yang menarik perhatian kita ialah beliau sendiri menyatakan bahawa beliau tidak pernah didatangi oleh pimpinan PAS untuk menerangkan kepadanya apa itu hudud. Kalau itulah kehendaknya, tak salah sekiranya ada pimpinan PAS yang berkunjung dan bersua muka dengan beliau bagi menerangkan apa itu Hudud. Tak salah juga sekiranya ianya dijemput secara resmi oleh Kerajaan Kedah atau Kelantan bagi tujuan tersebut.

Tak mustahil seandainya YB karpal Singh faham dan menerima konsep Hukum Hudud maka isu hudud ini, tidak lagi menjadi isu yang besar bahkan ianya menjadi satu keperluan yang besar dan mendesak untuk dilaksanakan. Tak mustahil juga YB Karpal Singh, YB Lim Kit Siang dan YAB Lim Guan Eng sendiri yang akan bersuara di Dewan Rakyat, yang akan mendesak Kerajaan BN supaya menyegerakan perlaksanaan Hukum Hudud. Dan aksi ini bukanlah suatu yang mustahil berlaku. Seandainya ia berlaku, ianya merupakan pukulan maut untuk pemimpin UMNO Melayu Islam.

Seperkara yang wajar untuk kita bahaskan ialah pendekatan atau bentuk persembahan kita dalam mengenengahkan Hukum Hudud ini kepada masyarakat bukan Islam. Kita menyatakan kepada mereka bahawa menjadi tanggungjawab kita sebagai orang Islam dan jamaah / parti Islam untuk melaksanakan Hukum Hudud ini. Kalau ini pendekatan yang kita ambil nescaya kita memerlukan jangka masa yang panjang untuk melihat orang bukan Islam menerima hudud ini. Kenapa? Sebabnya mereka bukan orang Islam maka mereka tak perlu bersetuju dengan hudud yang hanya menjadi tanggungjawab orang Islam atau parti Islam. Ditambah pula dengan putar belit daripada pemimpin UMNO maka bertambah bercelaru dan kusutlah pemikiran orang-orang bukan Islam terhadap hudud.

Oleh itu, kita harus mengemukakan hudud ini dalam konteks mereka sebagai insan yang amat perlukan kepada hudud. Dalam hal ini kita harus kemukakan hikmah dan matlamat perlaksanaan hudud (Hikmah Wa Maqashid At Tasyri’). Hudud bertujuan untuk melindungi nyawa, harta, maruah, keturunan dan akal manusia.

Hukuman kepada mencuri berguna untuk mencegah manusia daripada mengambil sewenang-wenang harta yang kita cari dengan penat lelah. Ini termasuklah harta orang bukan Islam. Hukuman kepada penzina berguna untuk mencegah manusia daripada melakukan persetubuhan sesuka hati dengan mana-mana wanita atau lelaki sehingga lahirnya zuriat atau keturunan yang tidak diketahui siapakah bapa atau ibunya. Begitu juga dengan hukuman kepada pemfitnah yang berguna untuk memelihara maruah dan harga diri setiap manusia. Termasuklah juga hukuman terhadap peminum arak yang berguna menyekat peminum daripada mencederakan orang lain atau diri sendiri akibat mabuk.

Kalau begitu keadaannya, kita harus bertanya kepada orang bukan Islam apakah anda suka harta yang anda cari sekian lama dengan susah payah, tiba-tiba dicuri oleh orang? Apakah anda suka isteri atau anak perempuan atau ibu dan saudara perempuan anda disetubuhi sesuka hati oleh orang? Apakah anda suka diri anda difitnah dengan rakus oleh pemfitnah? Apakah anda suka diri anda dicederakan oleh mereka yang mabuk kerana minum arak?

Kalau anda tidak suka kepada itu semua, kenapa pula anda tidak suka kepada satu hukuman kepada mereka yang melakukan perkara yang paling anda tidak suka itu? Apakah anda tidak suka kerana anda berfikir bahawa hukum hudud adalah hukum yang zalim? Kalau itu yang anda fikirkan, tak terfikirkah anda bahawa orang yang mencuri wang anda adalah seorang yang zalim? Tak terfikirkah anda bahawa orang yang bersetubuh dengan isteri tersayang anda itu dan jua anak-anak perempuan kesayangan anda adalah teramat zalim.? Tak terfikirkah anda bahawa orang yang memfitnah atau menuduh anda yang bukan-bukan itu adalah seorang yang zalim?

Kalau ada yang masih lagi tidak setuju dengan hudud maka mungkin mereka adalah terdiri daripada salah satu daripada 2 golongan iaitu :

1. Anda adalah seorang yang suka harta dan wang ringgit anda dicuri orang. Anda juga adalah seorang yang tidak kesah sekiranya anak bini anda disetubuhi orang. Anda juga tidak kesah sekiranya anda difitnah orang sehingga maruah anda tercemar. Anda juga tidak kesah sekiranya peminum arak yang mabuk, datang mencederakan anda atau keluarga anda.

2. Anda adalah seorang yang terlibat dengan perbuatan keji itu. Mungkin juga anda adalah seorang pencuri, penzina atau tukang fitnah atau kaki botol. Kenapakah pemimpin UMNO/BN tidak suka kepada hudud? Apakah kerana mereka kebanyakannya terdiri daripada pencuri wang rakyat atau penzina dengan isteri orang atau anak dara orang atau pemfitnah atau peminum arak?

Secara logiknya pula orang bukan Islam tidak perlu takut dengan hukum hudud kerana hukuman ini hanya dikenakan kepada Orang-orang Islam sahaja. Dari sudut kira-kira mudah, sekiranya hukuman hudud ini dilaksanakan di Malaysia, Insya Allah jumlah dan bilangan pencuri dan penzina akan berkurang kerana takutnya mereka kepada kehebatan hukuman hudud ini. Cuba bayangkan satu andaian, di mana sekiranya di Malaysia terdapat 1000 orang pencuri dan penzina. 500 orang daripadanya adalah pencuri dan penzina berbangsa Melayu dan beragama Islam. Katakan dari 500 orang itu, hanya 400 orang yang meninggalkan kerja jenayah tersebut dek kerana perlaksanaan hudud. Ini bermakna pencuri yang berbaki ialah seramai 600 orang lagi.

Apa kata kalau dibuat satu lagi undang-undang bahawa mana-mana lelaki atau wanita bukan Islam yang berzina dengan orang Islam atau mencuri harta orang Islam maka mereka akan dikenakan hukuman hudud sepertimana dikenakan kepada orang-orang Islam. Pengecualian hanya dikenakan kepada mereka yang berzina sesama bukan Islam atau mencuri harta orang bukan Islam sahaja. Seandainya undang-undang ini dikuatkuasakan maka para pencuri dan penzina hanya akan berlaku berleluasa di kalangan orang bukan Islam sahaja. Di kala itu, saya yakin orang-orang bukan Islam akan terfikir bahawa kehidupan mereka berada dalam keadaan tidak selamat. Kecurian dan perkosaan hanya berlaku dan berligar di kalangan mereka sahaja. Harta mereka tidak selamat dari kecurian. Anak isteri mereka serta keluarga mereka dari kaum wanita juga tidak selamat. Di saat itu mereka akan terfikir bahawa betapa hebatnya undang-undang Islam lantas demi menjaga harta, maruah dan kehormatan anak isteri mereka maka dengan penuh yakin kepada kewibawaan hukum Islam, maka tak mustahil Yang Berhormat yang terdiri daripada Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng akan bersuara di Perlimen menuntut supaya dilaksanakan Hukum Hudud untuk semua rakyat Malaysia.

Pendekatan dan pendedahan logik seperti ini amat perlu diketengahkan kerana ianya lebih mudah untuk difahami oleh orang bukan Islam tentang Hukum Hudud jika dibandingkan dengan pendekatan ‘melaksanakan kewajipan Islam’. Pendekatan logik, mengenengahkan hikmah dan tujuan perlaksanaan hudud seperti ini mungkin boleh membantu orang bukan Islam menerimanya dengan rela hati atas dasar untuk menjaga kepentingan harta, maruah dan kehormatan diri dan keluarga mereka sendiri serta masyarakat awam. Mereka tidak lagi memandang hudud ini sebagai satu tuntutan dalam ajaran Islam semata-mata tetapi ia memandangnya sebagai suatu keperluan.

Alangkah indahnya pendekatan logik seperti yang pernah diketengahkan oleh Rasulullah saw ketika seorang lelaki datang meminta izin untuk berzina. Lalu Nabi saw menjawab, sukakah engkau sekiranya orang berzina dengan isteri atau emak atau anak perempuan atau saudara perempuan engkau. Jawabnya tidak suka. Lantas Nabi menjawab, begitulah juga dengan orang lain. Mereka juga tidak suka sekiranya engkau berzina dengan isteri, atau emak atau anak perempuan atau saudara perempuan mereka. Jawapan Nabi saw telah menyedar dan mengetuk pintu hati lelaki tersebut. Nabi saw tidak menjawab dengan menggunakan hujah agama kerana lelaki yang ingin berzina tentunya tidak kuat pegangan agamanya.

Pendekatan yang sama juga digunakan oleh Imam Abu Hanafiah di mana suatu hari seorang ethis yang tidak percaya kepada kewujudan tuhan telah bertanya kepada beliau dengan suatu soalan yang cukup sukar untuk dijawab. Ethis tersebut bertanya ‘Wahai Imam, engkau menyeru dan mengajak orang supaya beriman kepada Allah kerana dakwaan kamu Allah itu wujud. Kalau itulah dakwaan kamu, apakah kamu pernah lihat tuhan kamu itu, pernahkah kamu pegang tuhan kamu, pernahkah kamu cium tuhan kamu dan pernahkah kamu rasa tuhan kamu itu. Kerana semua benda yang wujud itu tentunya boleh dilihat, dipegang, dicium dan dirasa.

Imam Abu Hanifah tidak menggunakan hujah agama. Beliau tidak membaca Surah Al Ikhlas sebagai hujah kerana ethis memang tidak percaya kepada Allah swt, termasuklah juga dengan apa yang diturunkan oleh Allah swt seperti ayat al quran dan juga hadis Nabi.

Imam Abu Hanifah telah menjawab dengan suatu jawapan yang penuh provokasi tetapi terselit dicelahnya suatu jawapan yang meyakinkan hati. Beliau bertanya kepada ethis tersebut dengan soalan provokasi, apakah engkau ada akal atau engkau seorang yang gila. Ethis menjawab dengan marah, aku seorang yang berakal. Aku masih ada akal. Kalau engkau menyatakan engkau ada akal, apakah engkau pernah lihat akal engkau, pernahkah engkau pegang akal engkau, pernahkah engkau cium akal engkau dan pernahkah engkau rasa akal engkau.?

Mendengar jawapan balas dari Imam Abu Hanifah itu, si ethis terdiam lalu Imam Abu Hanifah terus mengunci akal ethis tersebut dengan berkata, jangan engkau fikir semua yang ada di dunia ini boleh dilihat, dipegang, dicium dan dirasa. Ya! Banyak perkara yang wujud di dunia seperti oksigen, aliran letrik, gelombang dan seumpamanya, tidak boleh dilihat, dipegang, dicium dan dirasa. Namun begitu kita tetap mengakui kewujudannya.

Kesimpulannya, uslub atau pendekatan logik amat wajar diketengahkan oleh pendakwah untuk meyakinkan mereka yang kurang yakin dengan Islam atau mereka yang tidak beriman dengan Islam iaitulah orang-orang bukan Islam. Mudah-mudahan mereka dapat menerima Islam yang dibawa oleh Jamaah Islam ini tanpa pra-sangka atau prejudis.

Wassalam.
Baca Selanjutnya...

PENYANYI WANITA : PERLU KETERBUKAAN DARI SUDUT PENDEKATAN DAKWAH

(Berikut adalah sedutan dari wawancara Harakah dengan saya selepas muktamar PAS di Perak 2008 mengenai penyanyi wanita dalam konteks Pendekatan Dakwah, seperti yang saya pertegaskan dalam ucapan dalam muktamar mewakili PAS Pahang)

Apakah asas yang menyebabkan Dr yakin dengan pendekatan Dakwah dalam menangani masalah sosial?

Asas saya yang pertama ialah dipengaruhi oleh latar belakang pendidikan saya di Universiti Al Azhar di mana saya telah memasuki Kuliah Dakwah Islamiah bersama 6 orang kawan saya pada masa itu. Kira-kiranya agak aneh jugak pada waktu itu kerana kebanyakan pelajar Melayu di Mesir memasuki Kuliah, Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Kebetulan waktu itu dikira tahun percubaan untuk pelajar luar, dibenarkan memasuki Kuliah Dakwah. Sebelum itu, pelajar luar termasuk pelajar Melayu yang nak belajar Ilmu Dakwah, kena masuk Kuliah Usuludin di Jabatan Dakwah. Itupun Tahun Ketiga baru boleh masuk.

Selama 4 tahun saya di Kuliah Dakwah, pendedahan banyak berkisar bagaimana untuk menarik minat orang terhadap Islam dan bagaimana mahu mengubah minda dan tingkah laku manusia kepada yang lebih baik. Di sini, kami diajar ilmu psikologi dan sosiologi yang mana ianya amat penting untuk mengubah minda dan tingkah laku manusia.

Ekoran daripada asas yang pertama menerusi pembelajaran saya di Kuliah Dakwah, Universiti Al Azhar maka timbullah asas yang kedua iaitu saya terpengaruh dengan dakwah Nabi saw yang memperlihatkan seni yang hebat dalam dakwahnya.Contohnya suatu ketika seorang kafir datang bertemu dengan Rasulullah saw dan berkata ‘Ya Muhammad, Aku nak masuk Islam tapi aku nak juga mencuri.’. Nabi saw tidak menjawab menggunakan pendekatan hukum dengan menyatakan ‘Tak boleh. Kalau engkau masuk Islam dan masih lagi mencuri, tangan engkau akan dipotong.’ Atau pendekatan Ahli Usuluddin dengan menyatakan ‘Tak boleh. Kalau engkau masuk Islam, tapi terus mencuri maka engkau akan berdosa dan akan masuk dalam neraka.’

Dalam kes ini, Nabi saw menggunakan pendekatan dakwah dengan mengatakan ‘Boleh. Syaratnya engkau jangan berbohong.’ Seronoknya si kafir ini bila mendengar jawapan Nabi saw lalu ia memeluk Islam. Tatkala ia hendak mencuri ia teringat bagaimana kalau Nabi saw bertanya apakah ia ada mencuri atau tidak hari ini. Baginya tentu rasa malu untuk mengaku mencuri sebab dah masuk Islam. Sedangkan dia terpaksa bertemu Nabi saw setiap hari kerana nak belajar Islam. Maklumlah baru masuk Islam. Bila bertemu Nabi saw, tentu Nabi akan bertanya, hari ni ada mencuri ke tak. Akhirnya si muallaf itu terus berhenti mencuri. Inilah kehebatan pendekatan dakwah yang memerlukan kebijaksanaan yang cukup tinggi.


Dr ada menyebut tentang konsert ketika membahaskan ucapan dasar dalam muktamar baru-baru ni. Apa pandangan Dr terhadap konsert terutama dalam isu penyanyi wanita yang tidak dibenarkan menyanyi?

Terlebih dahulu saya nak jelaskan bahawa saya akan mengemukakan pandangan berdasarkan pendekatan dakwah dengan mengambil kira hukum Islam. Mengenai konsert, saya berpandangan ianya tak salah. Yang salahnya ialah perlaksanaan samada dari sudut percampuran lelaki dengan perempuan, masa persembahan, lirik lagu serta gerak badan yang melampau.

Adapun penyanyi wanita, mereka boleh terus menyanyi asalkan mereka bersedia menjaga adab sopan dan akhlak Islam sesuai dengan kewanitaan mereka. Antaranya ialah mereka mesti menutup aurat dan tiada lenggang lengguk yang mengiurkan. Itu saja. Kalau mereka boleh jaga 2 perkara ini maka tiada sebab mereka tidak boleh menyanyi di khalayak ramai.


Macamana dengan suara mereka yang dikatakan aurat?

Ya. Persoalan inilah yang menarik untuk saya bahaskan. Sebenarnya aurat wanita kalau mengikut Ulama’ Muktabar termasuk Al Imam An Nawawi, ianya tidak aurat. Namun begitu, ada juga yang menyatakan aurat. Cuma ianya menjadi perbahasan apabila wanita menggunakan suara untuk menyanyi. Dalam hal ini saya ingin menonjolkan pandangan Dr. Yusuf Al Qardhawi dan Dr. Abdul Karim Zaidan di mana mereka berdua menyatakan harus wanita menyanyi di khalayak ramai asalkan mereka menjaga adab-adab iaitu menutup aurat dan tidak menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah. Hujah mereka ialah Nabi saw pernah membiarkan hamba wanita menyanyi sedangkan pada masa itu Abu Bakar r.a menegur Aisyah dengan berkata, suara syaitan apa ini? Jadi, dalam konteks dakwah, saya berpandangan apa salahnya kalau dibenarkan wanita menyanyi?

Saya bimbang sekiranya kita terlalu ‘ketat’ dalam masalah begini maka ia akan merugikan Islam dan dakwah Islam sekaligus menjadikan Islam kelihatan bukan satu Ad Din yang meraikan naluri manusia dengan memandu naluri manusia mengikut acuan Islam. Naluri manusia terutama anak muda ialah mereka nak kepada hiburan. Jadi kita kena kemukakan bentuk hiburan mengikut acuan Islam. Jangan kita dok asyik bantah dan sekat program hiburan. Kalau ini berterusan, anak muda akan takut dan lari dari kita. Dalam konteks politik berpilihanraya, mereka tak sokong kita lah. Inilah yang saya maksudkan dalam perbahasan di muktamar baru-baru ini. Kita hendaklah memandu bukannya menghukum. Kita kena bawa Islam kepada masyarakat mengikut kemampuan mereka dengan mengambil kira kelemahan umat di akhir zaman ini.
(Gambar kanan : Penyanyi wanita yang berpakaian seperti ini mungkin boleh dipertimbangkan buat permulaan)


Bagaimanakah bentuk konsert yang paling minimum dan wajar diadakan mengikut pandangan Dr?

Bentuk konsert yang boleh diketengahkan buat masa ini ialah seperti mana yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Kelantan tempohari semasa Mawi mengadakan persembahan. Waktu itu, M.Nasir juga dijemput. Cuma, eloklah kalau dibenarkan juga penyanyi wanita mengadakan persembahan dengan syarat mereka menutup aurat dan tidak menari berlebihan. Saya syorkan juga supaya diadakan satu slot di mana diadakan juga satu ceramah atau tazkirah ringkas antara beberapa lagu dan kalau boleh adakan juga zikir munajat. Ceramah atau tazkirah pula, hendaklah menjurus kepada persoalan yang boleh menyedarkan hadirin tentang apa tujuan mereka hidup, untuk apa mereka dihidupkan dan ke mana mereka akan pergi.

Dengan cara ini, saya yakin jiwa anak muda yang kosong akan terisi dan terusik dek ceramah yang menyentuh tentang kehidupan hakiki. Saya yakin dengan adanya tazkirah dan ceramah serta zikir munajat, hidayah akan menyelinap masuk ke dalam hati mereka. Pada masa itu, mereka akan dapat merasai kepuasan dan ketenangan jiwa yang luar biasa mengalahkan kepuasan yang diperolehi menerusi hiburan ‘menyanyi’ semata-mata. Tazkirah dan ceramah serta zikir munajat, Insya Allah mampu mengetuk pintu hati mereka untuk menghayati ajaran Islam. Maknanya kita kena ambil peluang di atas kehadiran anak muda untuk mendengar nyanyian dengan menyelitkan sedikit tazkirah dan zikir munajat.

Di kala itu, mereka akan melihat konsert anjuran PAS / Pakatan Rakyat lebih terurus dan terarah dan lebih memberi kesan dalam mendidik jiwa mereka. Di kala itu juga mereka mula faham bahawa Islam tidak melarang untuk berhibur tetapi berhibur tidak boleh berlebihan sebagaimana garam tidak boleh berlebihan dalam makanan. Kelak ia masin langsung tak boleh makan atau ia merusakkan kesihatan. Begitulah juga hiburan dalam Islam tak boleh berlebihan kelak ia akan merosakkan jiwa dan masyarakat. Hiburan hanya sekadar untuk menghilangkan kebosanan dan kepenatan jiwa, badan dan fikiran. Mungkin mereka bosan dan penat dalam menjalani hidup mereka, tambahan pula dengan tekanan dari sudut ekonomi angkara rasuah dan penyelewengan pemimpin UMNO/BN. Jadi mereka nak kepada hiburan. Kerajaan PAS/Pakatan Rakyat hendaklah tunjuk kepada masyarakat, bagaimanakah bentuk konsert atau hiburan yang terbaik. Sementara ada kuasa, kita buatlah apa yang patut. Nanti orang kata, kita ni hanya pandai kritik je.


Dalam ilmu dakwah, apakah pertimbangan yang di ambil kira sehingga kadang-kadang semacam ianya bertentangan dengan hukum?

Pertimbangan dalam berdakwah ialah kita hendaklah meminimumkan kejahatan dan kemungkaran diperingkat awal, untuk mendapatkan kebaikan yang maksimum di peringkat akhirnya. Banyak di kalangan kita begitu ghairah untuk mendapatkan kebaikan yang maksimum seawal dan secepat mungkin, yang akhirnya langsung tak dapat apa-apa. Maknanya kita kena bijak mencongak sifir.
(Gambar kiri : Penonton yang hadir semasa persembahan Mawi & M. Nasir di Kelantan selepas Tok Guru Nik Aziz menyampaikan tazkirah)

Contohnya cuba kita lihat pada jawapan Nabi saw bila ditanya oleh lelaki kafir, apakah boleh saya masuk Islam tetapi saya nak terus mencuri. Nabi saw kata boleh. Syaratnya jangan menipu. Seolah-olah macam Nabi saw lawan hukum.

Dalam hal ini, kalau Nabi saw kata tak boleh maka mungkin si lelaki itu akan terus kekal dalam kekufuran. Ditaqdirkan dia mati maka tentunya dia akan masuk neraka selama-lamanya. Tapi kalau dia masuk Islam dan terus kekal dengan kerja mencurinya itu dan ditaqdirkan dia mati maka dia mati sebagai seorang Islam yang fasik. Dia akan masuk syurga jua setelah dicelup dalam neraka. Masuk syurga setelah dicelup dalam neraka adalah lebih baik daripada masuk neraka dan kekal selama-lamanya. Inilah yang dikatakan ‘meminimumkan kejahatan’ iaitu menjadi Islam yang fasik lebih baik dari menjadi kafir.

Namun begitu, Nabi saw tetap menaruh harapan agar si lelaki itu berubah perangai menjadi insan yang soleh. Sebab itu Nabi saw bagi syarat ‘jangan menipu’. Maksudnya oleh kerana lelaki tu dah masuk Islam maka dia kena sentiasa hadir majlis ilmu yang disampaikan oleh Rasulullah saw. Di situlah lelaki itu akan menghirup hidayah ilahi. Dan tentunya Nabi saw akan bertanya setiap hari, apakah beliau mencuri pada hari tersebut. Tentunya beliau malu untuk menipu sekiranya beliau ada mencuri. Sebab Nabi saw dah bagi syaratnya iaitu jangan menipu. Bermula dari itulah maka beliau terus meninggalkan kerja mencuri. Inilah yang dikatakan ‘kebaikan maksimum diakhirnya’.

Dalam konteks konsert seperti yang saya cadangkan tadi, kita cuba meminimumkan kemungkaran dalam konsert. Caranya ialah kita bagi syarat kena tutup aurat dan jangan menari-nari dengan tarian yang melampau, percampuran lelaki harus dibataskan, waktu persembahan juga harus diambil kira dan slot untuk tazkirah perlu diadakan. Saya yakin, akhirnya kita akan dapat melihat ‘kebaikan maksimum’ akan berlaku pada anak muda dan artis kita sekaligus menjadikan Kerajaan PAS/Pakatan Rakyat adalah sebuah kerajaan mesra seni dan budaya, bukannya menolak atau membantah program kesenian dan kebudayaan tanpa mengemukakan altenatifnya.

Apa untung dari sudut dakwah dan politik kalau dianjurkan konsert seperti yang Dr cadangkan itu.

Pertama yang pentingnya kita nak tonjolkan kepada anak muda bahawa Islam yang di bawa oleh PAS tidak menghalang manusia untuk berhibur samada menerusi konsert atau teater dan seumpamanya. Selama ini UMNO/BN menakutkan anak muda bahawa sekiranya PAS memerintah, hiburan tidak dapat diadakan lagi dan penyanyi wanita pula tak dibenarkan menyanyi.

Jadi seandainya Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil pendekatan ‘membantah konsert’ bukannya menguruskan konsert mengikut acuan akhlak Islam dan tidak membenarkan langsung wanita menyanyi di khalayak ramai maka ini seolah-olah mengesahkan dakwaan UMNO. Dan tak mustahil jika pendekatan ini berterusan maka anak muda berpaling semula kepada UMNO/BN. Kita kena ingat, mereka sokong Pakatan Rakyat dalam PRU12 baru-baru ini bukannya kerana suka kat kita tetapi disebabkan mereka benci kat UMNO/BN. Jadi kalau kita bimbing dan atur elok-elok bentuk konsert mengikut akhlak Islam maka persepsi masyarakat terhadap PAS akan menjadi positif dan ini akan memberi keuntungan politik kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Keduanya dari sudut mengubah minda, jiwa dan adab sopan. Dengan adanya ceramah atau tazkirah ringkas serta zikir munajat serta syarat menutup aurat dan tiada lenggang lengguk yang melampau maka saya yakin akan berlaku perubahan pada jiwa, minda dan akhlak samada di pihak artis maupun pengunjung. Selama ini ramai beranggapan bahawa tak menarik sekiranya artis tak mendedahkan aurat dan tak menari-nari.

Tetapi bila dikenakan pakaian menutup aurat dan tiada pergerakan badan yang melampau maka mereka tetap terhibur juga. Bahkan artis itu sendiri kelihatan lebih ayu dan sopan bila bertudung. Yang penting, suara dan lirik lagu yang penonton nak dengar. Tak menari nari pun tak pe.

Kalau kita perhatikan M. Nasir dan Ramli Sarip sebagai contoh. Kedua-duanya tak pandai menari pun. M. Nasir tariannya lintang pukang tapi suaranya sedap dan lirik lagunya bagus. Ramli Sarip pula kelihatan kaku tapi suaranya bagus, liriknya berunsurkan ketuhanan. Begitu juga dengan beberapa penyanyi wanita yang lain yang saya perhatikan lirik dan senikata lagunya bagus. Umpamanya lagu Zaiton Sameon berjudul ‘Menaruh Harapan’, Mamat ‘Oh Ibu’, Dato Siti Nurhaliza dan sebagainya lagi. Saya sendiri ada menghimpunkan lagu-lagu yang baik samada dari penyanyi wanita maupun lelaki dalam satu kaset. Paling tidak saya pasang bila dalam kereta bersama anak isteri. Bukan apa, sekadar nak beritahu pada mereka ini adalah lagu yang baik-baik. Mereka boleh dengar lagu-lagu yang bagus. Kalau tak buat macam tu, atau kalau kita sekat mereka dari mendengar lagu, sudah tentu mereka akan mendengar lagu-lagu yang tak elok bila ada peluang tanpa diketahui oleh kita.

Apa cadangan Dr lagi dan kenapa Dr tak buat konsert sendiri sedangkan Dr YDP PAS Kawasan Jerantut.

Saya nak cadangkan kepada Kerajaan PAS/Pakatan Rakyat supaya membenarkan penganjuran konsert seperti yang saya cadangkan dengan menampilkan penyanyi popular seperti Dato’ Siti Nurhaliza, M. Nasir, Ramli Sarip, Noraniza Idris, Mawi, Wahida, Kumpulan Nasyid dan sebagainya. Saya dapati lagu-lagu mereka ada yang baik dan menarik. Kebanyakannya lagu tradisional. Persatuan Seniman Islam / PAKSI boleh berfungsi sebagai penganjur. Manakala pihak kerajaan hendaklah memberi sokongan moral dan kewangan jika perlu.

Dan Insya Allah di pihak saya bersama AJK PAS Kawasan Jerantut, kami akan mengadakan Malam Budaya Rakyat Malaysia pada Novemer 2008 nanti, dengan menghimpun 3 budaya utama iaitu Melayu, Cina dan India di Kompleks Imam Al Syafie’, Jerantut. Insya Allah ianya akan dirasmikan oleh Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sekian terima kasih.

Baca Selanjutnya...