JUTAAN TERIMA KASIH KERANA TIDAK BERSAMA HIMPUNAN SEJUTA UMAT
Pada 19.10.2011, terpampang di dada akhbar kenyataan pendirian PAS Pusat yang memutuskan tidak akan menyertai HIMPUN pada 22.10.2011. Dalam konteks ini ada 2 perkara anih yang dapat dilihat mengenai HIMPUN :
PERTAMA : Rakyat harus merasa anih dan pelik apabila apa-apa keputusan PAS mendapat liputan dalam media massa milik UMNO atau hampir mirip kepada UMNO.
Tak mustahil keputusan PAS itu akan digoreng oleh pemimpin-pemimpin UMNO dengan mengatakan bahawa PAS takut kehilangan sokongan pengundi bukan Islam. Jika PAS bersetuju maka tak mustahil UMNO akan mengharapkan agar pengundi bukan Islam bepaling tadah, kembali kepada UMNO/BN.
Ingatlah kembali bagaimana UMNO menerusi media cetak atau elektronik mereka, begitu bersemangat mempertahankan Kepimpinan Ulama’ sewaktu pertandingan jawatan penting dalam PAS sebelum ini yang melibatkan jawatan Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden. Di kala itu, seolah-olah UMNO teramat sayang kepada Kepimpinan Ulama jika dibandingkan dengan orang-orang PAS. Mereka mahu supya orang yang berpendidikan Islam menerajui kepimpinan PAS. Bahkan mereka merasakan PAS telah lari akidah perjuangannya sekiranya Mat Sabu atau Husam yang tidak ulama’ itu menang dalam pertandingan itu.
Persoalannya kenapa UMNO beriya-iya hendaklah mempertahankan Kepimpinan Ulama dengan mengekalkan pemimpin dari aliran pendidkan Islam agar memegang jawatan yang tinggi dalam parti? Jawabnya ialah mereka tidak mau mana-mana pemimpin yang menang itu boleh melonjakkan perjuangan PAS ke hadapan khususnya ke persada politik tanahair sehingga boleh meranapkan kuasa UMNO. Kebetulan Mat Sabu atau Husam pada masa itu dilihat mampu menggugat kuasa UMNO maka media milik UMNO terus mengingatkan perwakilan agar kekalkan ‘Kepimpinan Ulama’ manakala Mat Sabu dan Husam pula terus difitnah sehingga ke hari pembuangan undi. Bagi PAS, tak kesah samada dia alim ulama’ atau sebaliknya yang memegang jawatan tertinggi parti. Yang penting, pemimpin itu mesti menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka.
KEDUA : Rakyat juga harus merasa ajaib apabila seluruh jentera UMNO begitu ghairah dengan suatu perhimpunan yang berkaitan dengan Islam.
Saya teramat hairan kenapa juak-juak UMNO begitu bersungguh-sungguh dengan perhimpunan ini. Zahirnya seolah-olah UMNO adalah benteng terakhir orang Islam di Malaysia dalam menyelamatkan akidah Umat Islam tetapi batinnya UMNO tak kesah sangat dengan isu akidah Umat Islam. Kehairanan saya itu sama dengan hairannya saya dengan Perhimpunan Menentang Kecurian dan Rompakan tetapi disambut baik bahkan dihadiri dengan penuh semangat oleh pencuri-pencuri dan perompak-perompak. Tentu ajaib bukan?
Bukankah PAS pernah melontarkan di parlimen supaya digubal undang-undang murtad? Kenapa Ahli Parlimen yang beragama Islam dari UMNO/BN tidak menyokongnya? Mana lebih berautoriti untuk mengekang gejala murtad, perhimpunan di stadiumkah atau di parlimen?
Selain daripada itu, jika dilihat kepada tujuan perhimpunan tersebut ialah untuk menyelamatkah akidah umat Islam. Persoalannya kenapa akidah umat Islam tak selamat sehingga mudah sangat untuk murtad?
Kalau kita teliti menerusi beberapa kenyataan mereka yang pergi ke gereja ternyata antara faktur utama gejala murtad ini berlaku ialah kerana faktur kemiskinan. Namun faktur yang paling utama ialah kejahilan dan jauhnya hidup mereka dari agama.
Kalau begitulah fakturnya maka saya merasakan tujuan perhimpunan yang paling wajar diadakan ialah perhimpunan supaya jangan ada sekatan ceramah, kuliah dan tazkirah yang sekarang ini beselindung di sebalik tauliah. Tauliah apa lagi yang diperlukan kalau mereka yang hendak mengajar itu sudah ada sijil pengajian Islam dari universiti-universiti di dalam mahupun diluar negara.
Perhimpunan juga amat wajar diadakan bagi mendesak pihak yang menjaga Majlis Agama Islam agar memudahkan bukannya menyusahkan pengagihan zakat kepada mereka yang di kategorikan sebagai miskin. Pastikan juga agar wang kutipan zakat tidak ada penyelewengan dalam pengurusan atau pengagihannya.
Saya merasakan perhimpunan ini tiada kesudahannya selagimana punca gejala murtad itu tidak ditangani terlebih dahulu. Sebagaimana tiada kesudahan sekiranya perhimpunan anti zina dibuat sedangkan urusan pernikahan seperti perbelanjaan untuk berkahwin yang melampau tidak dipedulikan masalahnya oleh masyarakat dan pihak berkuasa. Termasuklah juga urusan untuk berpoligami yang tidak dipermudahkan bahkan dipersulitkan lagi dengan bermacam-macam enakmen.
Sehubungan dengan itu, alangkah baik sekiranya penganjur HIMPUN menukar tujuan perhimpunan kepada PERHIMPUNAN MENGHAPUSKAN TAULIAH, PERHEBATKAN KULIAH. Kita boleh lihat,apakah juak-juak UMNO akan ikut serta atau tidak dengan perhimpunan itu. Pakah permit akan diluluskan?
Yang jelas, UMNO amat suka sekiranya Umat Islam ini jahil dengan Islam kerana mereka yang jahil pasti akan terus menyokong UMNO. UMNO juga akan membiarkan rakyat dengan kemiskinan kerana dengan kemiskinan UMNO mudah mengikat tangan mereka untuk terus mengundi BN.
1 ulasan:
yes to bersih, no to himpunan sejuta umat...
20/10/11 2:34 PTGPAS = undi 1st islam 2nd...
i c u true colur....
Catat Ulasan