MAKLUMAN

Blog ini dibina pada 1/1/2010 dan diaktifkan pada 1/2/2010.

Sekian terima kasih.

AIR PERCUMA YANG TIDAK DIKEHENDAKI

Tanggal 5 Disember 2010, boleh dianggap satu tanggal yang bersejarah. Sejarahnya ialah bila seorang ketua kerajaan negeri yang bergelar Menteri Besar telah mengetuai perarakan yang diklasifikasikan sebagai demonstrasi aman.

Biasanya demonstrasi seolah-olah hak milik pembangkang tetapi kini kerajaan pun nak berdemonstrasi juga. Begitulah indahnya bila UMNO lemah. Demonstrasi adalah sebahagian daripada gambaran adanya demokrasi walaupun Negara kita masih bertaraf kuku besi kecil-kecilan.

Menteri Besar Selangor telah mengetuai demonstrasi aman untuk menuntut ‘kemudahan air’ yang menjadi keperluan asas makhluk yang bernyawa. Binatang pun mahukan air. Orang yang menyediakan kemudahan air, dikiranya dapat pahala amal jariah. Seorang hamba yang tidaklah soleh sangat tetapi telah membantu seekor anjing yang dahagakan air. Nabi kata orang itu ahli syurga.

UMNO dan pemimpinnya tidak tak berapa nak fikir tentang amal jariah. Mungkin juga tak fikir pun tentang syurga neraka. Kalau mereka fikir, rasanya Menteri Besar Selangor takkan berdemonstrasi. Isu air Selangor tentunya dah lama selesai. Tapi oleh kerana mereka tak fikirlah maka Menteri Besar Selangor pun habis fikir lalu terpaksa ajak rakyat bersama berdemonstrasi menunutut agar selesaikan segera isu air.

Apabila segerombolan manusia samada pemimpin atau rakyatnya berdemonstrasi maka pusingan pertama peserta demonstrasi telah mendapat air percuma. Tapi air percuma itu, tidak dikehendaki sangat oleh rakyat jelata. Air apa itu? Itulah air semburan yang mengikut kata petugas yang mungkin satu-satunya makhluk yang tak minum,mereka kata terpaksa lepaskan air semburan kepada peserta demonstrasi.
Alhamdulillah nampaknya mungkin tak lama lagi rakyat akan dapati masalah  air di Selangor akan dapat diatasi. Kalau tak banyak, dapat atasi sikitpun jadilah. Asalkan jangan samapai Pengerusi SYABAS dapat elaun yang teramat pelik lumayannya sehingga mencecah RM500K.Hampi setengah juta sebulan. Wallahu ‘Alam
Baca Selanjutnya...

BAHAGIAN AKHIR : PEMIKIRAN SALURAN 1 SEORANG BEKAS KETUA PENGARAH

5. .... PR itu laksana rumah yang dibina tanpa tiang dan landasan kukuh, kecuali bumbung dan dinding untuk berteduh..

Jawapan :
Kalaulah PR dirasakan begitu maka rakyat yang cerdik pula memandang BN bagaikan sebuah rumah yang sudah usang dek umurnya, tiang dan landasannya sudah berkecamuk dan reput dek pemimpin yang kaki rasuah, penindas dan perompak harta rakyat serta negara berkolar putih, gila dan mabuk kuasa dan sudah tentu rumah yang usang atap bumbungnya juga sering menyusahkan kerana kebocoran terutama bila hujan. Pendekata membaiki rumah yang sebegitu memerlukan kos yang tinggi. Jadi buat rumah baru lebih baik dari baiki rumah yang buruk.

6. Penulis membayangkan betapa murninya masjid yang tidak dicampuri dengan unsur-unsur politik sebagaimana murninya masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang dipenuhi oleh orang yang sedang beribadat, iktikaf dan membaca al quran.

Jawapan :
Kalau begitu, jelaslah penulis masih tak faham apa itu politik dalam konteks Islam dan apa itu parti. Yang tak sesuai disebut dalam masjid ialah ‘parti’ manakala politik harus dibincang. Apabila masjid tidak membincangkan perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia maka ‘alligment’ kehidupan manusia akan terpesong. Tentu tayar rosak dan boleh membahayakan keselamatan pemamdu dan penumpang.

Kehidupan manusia memerlukan kepada hidup beragama secara resminya maka wujudlah aktiviti ibadah kepada tuhan.Kehidupan manusia juga berkait dengan ekonomi, politik, hiburan dan seumpamanya. Maka semua yang berkaitan dengan kehidupan hendaklah diurus secara Islam.

Justeru itu, untuk mengajar manusia bagaimana hendak mengurus dan melaksanakan kegiatan ibadah, ekonomi, politik, sosial dan seumpamanya maka manusia perlu kepada ‘belajar’. Untuk belajar, manusia perlu ada tempat sebagaimana untuk tidur perlu ada bilik tidur yang ada tilam, katil dan lain-lain. Untuk ‘buang air’ ada tempatnya iaitu tandas. Begitu juga untuk belajar, tempat yang paling sesuai ialah di masjid agar ruh masjid itu di bawa keluar oleh manusia untuk mengurus tadbir dan mempraktikkan ibadah, ekonomi, politik dan sosial yang mereka pelajari itu.

Dalam masjid orang tidak di ajar menipu maka ruh ini kalau di bawa keluar maka kita akan dapati orang tidak akan menipu dalam mengurus ekonomi dan politik. Pendekata kalau politik dan ekonomi dibincangkan di masjid maka kehidupan manusia akan lebih selamat dan sejahtera.

Maka UMNO dan mereka yang berfikiran ‘saluran 1’ yang tidak mahu membincangkan persoalan ekonomi dan politik serta sosial di masjid telah menyebabkan halal dan baiklah bagi mereka sekiranya wang petronas hangus entah ke mana, manusia di bunuh sewenangnya seperti di Memali, Tanah Melayu di gadaikan dan banyak lagi penyelewengan ekonomi dan politik.

Mudah-mudahan rakyat Malaysia cepat-cepat jadi cerdik kerana selagi mana rakyat tidak cerdik atau cerdik sehingga berjawatan tinggi tetapi berfikiran ‘saluran 1’ maka selagi itulah UMNO/BN akan terus memerintah.

Sekian.
Baca Selanjutnya...

BAHAGIAN 2 : PEMIKIRAN SALURAN 1 SEORANG BEKAS KETUA PENGARAH

Sambunga dari PEMIKIRAN SALURAN 1 SEORANG BEKAS KETUA PENGARAH, menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan dalam tulisannya>

2. Bolehkah cerdik pandai Melayu kita luangkan sedikit masa untuk bincangkan isu sokongan PAS kepada DAP dalam menghadapi pilihanraya akan datang ?

Jawapan :

Insya allah andai benar itu kehendak penghantar SMS yang mendapat perhatian penulis maka saya bersedia untuk berdiskus dengan penulis yang merupakan bekas Ketua Pengarah, bagi mewakili penghantar SMS itu. Walau pun saya bukan hebat dan bukan seorang tokoh PAS namun untuk berdepan dengan orang yang mempunyai Pemikiran Saluran 1, cukuplah berdiskus dengan saya. Tetapi ingat !!! saya hanya bukan tokoh PAS sahaja tetapi saya bukan seorang yang mempunyai Pemikiran Saluran 1.

3. Masa depan Orang Melayu di Sarawak berada di hujung tanduk. Bila-bila masa mereka dapat ditenggelamkan oleh kaum Cina dan Iban Sarawak.

Jawapan :

Kalau benar dakwaan di atas, ternyatalah bahawa kerana Kerajaan pimpinan UMNO/BN lah maka jadinya begitu. PAS dan DAP tak pernah perintah Sarawak. Dan saya mengajak rakyat Sarawak supaya buatlah keputusan yang nekad dan muktamad untuk berubah dengan mengundi PAS, PKR dan DAP dalam pilihanraya akan datang agar Kerajaan Pakatan Rakyat dapat meletak kembali orang Melayu Sarawak atas bumi nyata bukan lagi atas hujung tanduk.

4. ....... tetapi masa biasa DAP dok susun strategi hapuskan hak-hak Melayu.

Jawapan :

Apakah dakwaan itu benar atau sebaliknya, saya tak pasti tetapi kalau dilihat kepada jawapan saya terhadap persoalan pertama maka ternyata P. Pinang yang ditadbir oleh DAP sekarang ini sedang menjaga hak-hak orang Melayu termasuk meneliti semula kedudukan tanah-tanah wakaf yang dikatakan banyak disalahurus dan berlaku penyelewengan oleh Kerajaan UMNO/BN dulu. Lagi satu, kalau benar DAP sedang susun nak hapus hak-hak orang Melayu maka sebenarnya DAP terpaksa menghabiskan masa yang banyak untuk mencari mana satukah hak orang Melayu yang hendak dihapuskan kerana telah banyak hak orang Melayu telah dihapuskan sendiri oleh UMNO yang didakwa pejuang Melayu.

Apakah DAP yang menghapuskan keistiumewaan raja-raja Melayu? Apakah DAP yang serahkan tanah Singapura kepada orang-orang Cina? Apakah DAP yang mengurangkan tanah rizab Melayu atau UMNO/BN? Sila baca di sini   Apakah DAP yang tidak memberi biasiswa kepada pelajar Melayu, sebaliknya ditukar kepada pinjaman sehingga pelajar terpaksa berhutang semasa belajar lagi? Apakah DAP yang serahkan 2 kawasan bertelaga minyak kepada Brunei yang dianggarkan mempunyai nilai RM320 bilion dan yang tebaru penyerahan Tanah Melayu milik KTMB secara resmi kepada Singapura? Apakah DAP yang menukar cuti Hari Jumaat kepada Ahad di Johor? Dan banyak lagi hak-hak Melayu yang dihapuskan oleh UMNO sendiri.

bersambung ..

Baca Selanjutnya...

PEMIKIRAN SALURAN 1 SEORANG BEKAS KETUA PENGARAH (BAHAGIAN 1)

Saya telah membaca satu cetusan seorang bekas Ketua Pengarah salah sebuah agensi kerajaan Malaysia. Agensi itu pula adalah lubuk ilmu. Bila membaca rencana tulisannya maka saya dapati ianya seolah-olah rencana terhasil terhasil dari seorang Ketua Cawangan UMNO. Tak menggambarkan ia seorang bekas Ketua Pengarah sebuah agensi yang terdapat banyak buku-buku untuk menjadikannya sebagai seorang ilmuan hakiki.

Beliau juga menceritakan bahawa beliau baru pulang dari Mekah kerana menunaikan Ibadah Umrah. Sepatutnya pemikirannya telah menjadi suci sesuci jiwanya yang baru pulang dari Umrah. Tetapi malangnya, apabila membaca tulisannya dalam sebuah akhbar harian dalam ruangan cetusan pada hari ini 26.5.2010 maka ternyata pemikirannya masih berserabut dan cemar dengan ketaksuban melulunya kepada UMNO. Maka jadilah pemikirannya bagaikan ‘Pemikiran Saluran 1’ iaitu satu pemikiran yang amat susah untuk berubah kecuali tetap pendiriannya dengan UMNO. Alasannya ialah kerana UMNO lah kami yang dulunya makan ubi kayu tapi kini akhirnya kami makan nasi. Tulisannya boleh dibaca setiap minggu. Saya rasa terpanggil untuk turut menulis menjawab isi kandungan tulisannya terutamanya yang berkaitan dengan politik tanahair.

Antara tulisan beliau yang diutarakannya bersandarkan SMS dari rakan-rakannya setelah kembali dari UMRAH ialah :

1. Kekecewaan dengan trend kepimpinan Melayu dan Islam dengan mengenengahkan satu persoalan, apakah YAB Menteri Besar Kelantan sedar atau arif tentang ancaman kepada umat dan Islam sekarang dengan kebangkitan DAP, terutama muda mudi Cina yang telah diasuh dan dididik secara halus dan terancang supaya bencikan Kerajaan (sama ada Kerajaan pula sedar atau tidak) di sekolah-sekolah SJKC sejak lebih 20 tahun?

JAWAPAN
1. Kenapakah kita harus merasa kecewa dan terancam dengan kebangkitan DAP yang mana kebangkitannya sama dengan kebangkitan PAS & PKR bahkan PAS telah mendahului kebangkitan itu dengan menolak UMNO/BN sejak Tahun 1959 dengan menawan Kelantan dan Terengganu. Kemudian bangkit semula pada Tahun 1990 dengan menawan kembali Kelantan dari UMNO/BN sehingga sekarang. Pada Tahun 1999, PAS sekali lagi berjaya menawan kembali Terengganu dan kekal hingga Tahun 2004. Diikuti pula dengan Kedah pada Tahun 2008 hingga sekarang. Manakala DAP pula baru saja bangkit dengan berjaya menawan Pulau Pinang dan PKR pula berjaya mengurus tadbir Kerajaan Selangor hingga sekarang. Yang jelas dan perlu diketahui dan disedari ialah kebangkitan ini adalah kebangkitan rakyat bukan kebangkitan PAS, PKR dan DAP.

2. Umat Islam dan Bangsa Melayu tidak terancam sama sekali dengan kebangkitan DAP itu. Yang jelas, pemimpin UMNO/BN yang terancam kerana susah untuk hidup tanpa rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan harta rakyat dan tidak berpeluang memunggah hasil negara. Sejak Pakatan Rakyat memerintah termasuk DAP di P. Pinang, projek-projek dibuat secara terbuka tetapi ianya tetap memihak kepada Kaum Bumiputera seperti mana tender yang telah berjaya diraih oleh lebih kurang 67% kaum Bumiputera di P. Pinang. Termasuk 1 tender Program Perlindungan Insurans Komprehensif untuk Bangunan & Harta Tetap Perbadanan Pembangunan P. Pinang yang dimenangi oleh Syarikat Melayu iaitu STMB yang menawarkan harganya RM777351.40 sedangkan Starling Insurans Broker Sdn Bhd pula menawarkan harga tendernya sebanyak RM777351.48. Ini menjadikan STMB (yang dimiliki oleh bumiputera) memenangi tender tersebut dengan perbezaan 8 sen.

Lain pula dengan tender yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN yang mana harga komputer riba bagi satu set bernilai lebih kurang RM5000.00 tetapi agensi kerajaan di bawah Kerajaan UMNO/BN pula memilih untuk membayar sehingga RM84,640 untuk dua set komputer riba bagi kegunaan makmal Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau. Ini adalah teguran oleh odit Negara bukannya PAS atau PKR atau DAP.

Jadinya, Melayu dan Islam tidakpun terancam bila berlaku kebangkitan DAP. Yang terancam ialah pemimpin UMNO/BN.Buat makmal, makmal runtuh. Buat stadium, stadium runtuh. Buat univesiti pun runtuh juga. Itulah nasib bila projek dibuat berasaskan rasuah.

Di P.Pinang , DAP telah memperuntukkan kepada Hal Ehwal Agama Islam sebanyak RM24.3 juta pada Tahun 2010 dan RM20.5 juta pada Tahun 2009 manakala UMNO pula hanya memperuntukkan sebanyak RM12.5 juta sahaja. Pada Tahun 2008 seramai 102 penghafaz al quran telah menerima RM300 manakala pada Tahun 2009 pula seramai 137 orang penghafaz al quran menerima RM500.

Kutipan zakat di P. Pinang pada Tahun 2008 ialah sebanyak RM41.76 juta manakala pada Tahun 2009 pula sebanyak RM47.95 juta. Kerajaan DAP P. Pinang juga telah menubuhkan Majlis Syura yang dianggotai oleh seramai 29 orang anggota sedangkan Kerajaan UMNO/BN pula memecat mufti yang menentang perbuatan mungkar mereka.

Yang terbaru Kerajaan UMNO/ BN telah meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia tetapi pemimpin DAP seperti YB Anthony Lok, YB Lim Kit Siang dan lain-lainnya telah menentang dan meminta kerajaan membatalkan hasrat tersebut.

Yang terbaru lagi ialah lenyapnya 2 lubuk minyak Malaysia yang dibuat oleh UMNO/BN tetapi DAP pula yang meminta supaya disiasat isu ini. Persoalannya kenapa penulis dan orang seumpamanya tidak berzikir k eseluruh negara atau paling tidakpun berzikir dalam tulisannya dengan menyatakan ini adalah satu pengkhianatan terhadap negara?! Dan banyak lagi bukti bahawa kekuasaan UMNO/BN adalah ancaman kepada rakyat, negara, bangsa dan negara.

3. Penulis yang mewakili penghantar SMS telah tahu samada secara sedar atau tidak tentang wujudnya gerakan bencikan kerajaan sejak 20 Tahun yang lalu maka penulis dan penghantar SMS itu hendaklah bertanggungjawab melapurkan kepada polis. PAS, PKR dan DAP telah banyak membuat lapuran polis tentang penyelewengan pemimpin UMNO/BN serta apa jua ucapan dan tingkah laku yang boleh menimbulkan huru hara dalam negara tetapi tidak mendapat aksi yang sewajarnya dari pihak keselamatan bahkan orang yang membuat lapuran pula yang disiasat bukannya orang yang kena lapur. Jadi eloklah penulis buat lapuran polis sesegera mungkin atas gerakan anti kerajaan itu.

Bersambung ...
Baca Selanjutnya...

BERITA BARU : RAKYAT BOLEH TERUS JUMPA NAJIB JIKA ADA MASALAH..!!!??

Berdasarkan perkhabaran, ternyata Saiful telah berjumpa Dato’ Seri Najib. Sebelum ini beliau jumpa Najib kerana nak mohon biasiswa. Lepas tu ‘ubah sebab’ kepada jumpa Najib kerana nak buat aduan. Aduannya ialah, Dato’ Seri Anwar meliwat beliau. Cara liwatnya pula, kadang-kadang ‘sukarela’ dan kadang-kadang ‘dipaksa’.

Apa yang menarik ialah layanan istimewa Najib pada rakyatnya yang bernama Saiful. Layanannya itu sesuai dengan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Selepas Saiful mengadu, ACP Rodwan Yusof terus telefon Saiful. Jalan ceritanya menarik tetapi orang boleh ‘baca’ bahawa ini adalah satu perancangan.

Kalau itulah cara Najib layan rakyat maka saya mengesyorkan agar mana-mana rakyat yang ada masalah, terus jumpa Najib. Ceritalah apa masalahnya. Insya Allah Najib akan selesaikan secepat mungkin.

Kalau rakyat ada masalah tanah, Najib akan beri No. HP pengadu kepada Menteri Besarnya supaya Menteri Besarnya boleh terus buat panggilan kepada pengadu.

Kalau masalah biasiswa atau pinjaman untuk menyambung pelajaran, Najib akan terus bagi No. HP pengadu kepada Pengerusi atau pengarah yang berkaitan dengan PTPTN supaya pihak PTPTN menghubungi pengadu.

Seandainya ada rakyat yang membuat aduan tetapi Najib tidak melayan aduan itu sebagaimana beliau melayan Saiful maka sahlah kes Saiful vs Anwar ni ada udang disebalik batu.

Kebiasaannya kalau ada apa-apa aduan pun kepada mana-mana ‘orang besar’, habis tinggi ‘orang besar’ akan bagi memo. Tak la sampai bagi nombor HP pengadu kepada ‘orang kecil’ di bawah.

Biasanya ‘orang besar akan bagi No. HP kepada pengadu supaya hubungi atau jumpa ‘orang kecil’ yang boleh menyelesaikan masalah pengadu. Tak La samapai ‘orang kecil’ kena telefon pengadu.

Ohhh..., hebat sungguh lakunan tetapi lakunannya dapat dihidu oleh orang lain.
Baca Selanjutnya...

KENAPALAH YB. LIM KIT SIANG MELARANG PENDEDAHAN ....

YB. Lim Kit Siang telah menggemparkan rakyat Malaysia khususnya yang muslim apabila melarang ahli DAP khususnya penceramah-penceramah DAP yang berkempen di Hulu Selangor agar jangan mendedahkan salah laku seks bekas Menteri Kesihatan Dato’ Seri Chua Soi Lek. Mungkin ada pemimpin UMNO yang akan berkata, Lim Kit Siang dan DAP adalah pemimpin dan parti yang tidak bermoral kerana tidak mendedahkan keburukan perangai bekas menteri kesihatan itu.

Ya....!! Berita larangan ini dianggap pelik dan menggemparkan kerana YB. Lim Kit Siang bukanlah seoraang muslim. Tapi... tindakannya itu bertepatan dengan kehndak Islam yang tidak membenarkan seseorang membuka keaiban diri orang lain apatah jika orang itu telah bertaubat. Tetapi pemimpin UMNO/BN dengan ghairah dan pelahapnya telah menjaja keaiban Dato’ Zaid. Namun Allah swt yang Maha Kuasa telah memperlihatkan kuasanya.

Allah swt telah membuka aib pemimpin-pemimpin UMNO yang minum arak, lengkap dengan gambar yang asli. Benarlah sabda Nabi saw yang menyatakan sesiapa yang menutup keaiban orang lain maka Allah akan tutup keaiban dirinya. Dan sesiapa yang mebuka keaiban orang lain maka Allah akan membuka keaiban dirinya. Inilah yang dikatakan kuasa Allah. Sekarang pemimpin UMNO kelihatan mengelabah dengan pendedahan ini. Tambahan pula YB. Lim Kit Siang telah mencabar menteri-menteri UMNO/BN yang tidak minum arak. Kalau dizahirkan cerita pemimpin UMNO yang minum arak nescaya menteri-menteri UMNO hanya tinggal separuh sahaja dari yang ada.

Dalam bab arahan berupa larangan oleh YB. Lim Kit Siang ini, saya ada keyakinan yang cukup tinggi bahawa seandainya pemimpin-pemimpin DAP mendapat gambaran yang jelas tentang hukum hudud dari pimnpinan PAS tentang kebaikannya dan tidak dikaburkan pula oleh pemimpin UMNO nescaya kita akan menyaksikan satu lagi berita anih iaitu DAP mendesak supaya dilaksanakan hukum hudud di negara ini. Baca di sini

Jelas lagi terang bahawa UMNO/BN memang tidak berakhlak dan bermoral bahkan tidak mengerti apa itu akhlak dan apa itu moral serta apa itu maruah.
Baca Selanjutnya...

MEMANG DATO' ZAID BERNAFSU BESAR !!

Sewaktu Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19.12.2009 tempohari saya melihat betapa terujanya ketiga-tiga pemimpin parti samada dari PAS, PKR atau DAP. Lebih terserlah lagi apabila YB. Karpal Singh dan YB. Lim Kit Siang berada sepentas bersama 2 Tok Guru PAS iaitu YAB Tok Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan YB. Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Sempat juga YB. Karpal Singh menzahirkan keterujaannya dengan menyatakan bahawa pada hari tersebut beliau telah diapit oleh 2 Tok Guru. Sememangnya konvensyen PR tempohari mencatatkan titik tolak pergerakan secara resmi PR untuk mara menumbangkan BN dalam PRU akan datang.

Apa yang menarik bagi saya yang turut serta dalam konvensyen tersebut ialah apabila tiba giliran Dato' Zaid berucap di mana ucapannya berjaya menarik perhatian hadirin sehingga berkali-kali mendapat tepukan walaupun ucapannya tidaklah sehebat Haji Hadi dan Anwar Ibrahim.

Cukuplah saya katakan bahawa semasa beliau berucaplah, air mata saya bercucuran kegembiraan kerana seorang yang pernah mempamirkan kehebatan menentang hukum hudud semasa dalam UMNO/BN, tiba-tiba pada hari tersebut telah mempamirkan 'nafsu besar'nya yang ingin melihat Pakatan Rakyat menjadi sebuah garuda, untuk merempuh dan memusnahkan UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti. Beliau benar-benar bernafsu untuk melihat PAS dapat memnbantu PKR & DAP, PKR dapat membantu PAS & DAP dan DAP membantu PAS & PKR dalam mana-mana tempat kawasan parlimen atau DUN bagi mempastikan UMNO/BN tewas dan tersungkur dalam PRU akan datang. Beliau cuba menyedarkan ketiga-tiga pemimpin parti dan penyokong masing-masing bahawa semua parti berada pada tahap yang 'lemah' yang memerlukan bantuan dari parti lain. Semua parti akan menjadi kuat sekiranya mengakui betapa perlunya ketiga-tiga parti itu bergabung dalam satu wadah iaitulah Pakatan Rakyat. Selagi mana ketiga-tiga parti tidak bersatu, selagi itulah UMNO/BN akan terus memerintah dan meratah negara.

Maka tidak hairanlah kalau DS Anwar serta PAS dan DAP memberi mandat kepadanya bersama dengan beberapa pimpinan yang lain, untuk menggubal satu dasar dan garis panduan bagi perjalanan PR agar ianya benar-benar berkesan dan berupaya menjadi satu gagasan yang kuat bagi menghadapi BN.
Baca Selanjutnya...

WAHAI ZAID !! 2 TOK GURU TETAP BERSAMAMU MAKA TETAPKANLAH PENDIRIANMU


Dato' Zaid Ibrahim sudah ditakdirkan menjadi calon PKR bagi Parlimen Hulu Selangor. Saya yakin, Dato’ Zaid tahu bahawa seluruh mata, perhatian dan emosi rakyat Malaysia akan tertumpu kepadanya kerana ia adalah calon dalam pilihanraya kecil, bukannya pilihanraya umum. Itulah hakikat aksi PRK. Justeru itu, saya yakin Dato’ Zaid tahu bahawa dirinya mungkin akan dikoyak rabik dengan operasi membuka aib dirinya secara agresif oleh musuhnya.

Andainya benar keyakinan saya bahawa Dato’ Zaid yakin dengan itu semua maka sesungguhnya saya yakin bahawa Dato’ Zaid telah bersedia untuk menghadapi itu semua demi menebus kembali kesilapan dan kesalahannya kerana dosanya berada dalam UMNO/BN yang telah banyak melakukan kezaliman, penipuan dan kejahatan serta penindasan terhadap rakyat Malaysia.

Bagi PAS, Dato’ Zaid telah menunjukkan kehebatannya semasa berada dalam UMNO/BN dengan menyaman Kerajaan Kelantan yang berhasrat melaksanakan Hudud.(Sebab kenapa Dato’ Zaid menyaman, telah dijelaskannya). Kehebatannya semasa dalam UMNO itu bagaikan kehebatan Umar, Khalid Al Walid dan Abu Sufiansewaktu berada dalam jahiliah. Siapa yang tidak pernah membaca sejarah mereka bertiga yang menjadi hulubalang agung dalam mempertahankan kejahatan dan kemungkaran sepanjang hidupnya sebagai orang yang jahil dalam jahiliahnya itu.

Membunuh orang Islam adalah wajib bagi mereka sehingga mereka membunuh Saidina Hamzah, bapa saudara Nabi saw. Hukum wajib itu samalah hukum wajib bagi Yahudi (yang disukai dan diambil sebagai rakan sebaya oleh pemimpin negara) membunuh umat Islam. Bahkan mayat Saidina Hamzah dihina oleh mereka walaupun ianya sudah kaku, tidak bernyawa lagi. Di belahnya dada Saidina Hamzah lalu diambilnya hati lantas diperlakukan seperti yang kita semua ketahui. Mencabar orang Islam dengan pedang terhunus adalah lambang keegoan Umar dan begitu juga Khalid.

Namun Allah swt memberi hidayah kepada mereka bertiga. Mereka masuk Islam dan bertaubat. Hebatnya Saidina Umar apabila ia menghirup hidayah ilahi dan hidup bersama Islam sehingga Nabi saw pernah berkata ‘Seandainya ada Nabi selepas aku nescaya Umar lah orangnya’ dan ‘Islam akan menangis dengan matinya engkau wahai Umar’. Hebatnya Al Walid sehingga dirinya penuh dengan kesan calar pedang musuh. Hebatnya Khalid apabila beliau menang dalam kebanyakan peperangan yang disertainya untuk mencari 'syahid' dan juga untuk menebus dosanya yang lampau tetapi Allah taqdirkan ia mati selesa, bukan sebagai syahid. Begitulah juga dengan Abu Sufian.

Bukankah Umar juga adalah seorang tokoh korporat tetapi Umar sanggup mengorbankan hartanya untuk poerjuangan Islam. Umar sanggup menyusahkan dirinya yang tak sepatutnya ia susah lantaran kekayaannya, hanya semata-mata untuk menebus kembali dosa-dosanya yang lampau. Maka saya berharap agar Dato’ Zaid juga menjadi seperti Umar yang sanggup menyusahkan dirinya yang tak sepatutnya ia susah lantaran kekayaannya, hanya semata-mata untuk menebus kembali dosa-dosanya yang lampau iaitu dosanya semasa dan kerana, bersama UMNO.

Saya tidak menyatakan Dato’ Zaid akan menjadi ‘sebiji’ macam Umar. Bukan Dato’ Zaid malah Tok-tok guru dan mana-mana ustaz dan ulama' pun tak mungkin mencapai ke taraf sama seperti Umar. Cuma, saya harapkan jalan cerita dan kehidupan Umar itu, sekurang-kurangnya diikuti oleh Dato’ Zaid. Ya.. Dato’ Zaid boleh mengikuti jalan-jalan seperti yang telah dilalui oleh Umar termasuk mengorbankan harta bendanya untuk perjuangan Islam, kebenaran dan keadilan. Umar dan Zaid ada persamaan iaitu bengis terhadap Islam dan juga ada kekayaan harta. Umar dan Zaid juga telah bertaubat dan sedang menyusahkan dirinya untuk mengajak manusia kepada kebenaran dan keadilan Islam.

Sesungguhnya Nabi pernah bersabda dengan maksud ‘Mereka yang terpilih di zaman jahiliah, mereka juga tetap terpilih di zaman Islam’. (Khiaarukum fil jaahiliah, khiarukum fil Islam).  Maksudnya kalau Umar hebat semasa jahiliah maka apabila Umar masuk Islam, Umar tetap hebat. Bezanya kehebatan Umar semasa jahiliah, dilaknat dan dibenci oleh Allah dan seluruh makhluk terutamanya manusia sedangkan kehebatan Umar semasa Islam, dimuliakan oleh Allah, Nabi, manusia dan seluruh makhluk. Tak hairanlah kalau Nabi mengatakan, Islam akan menangis dengan matinya Umar. Artinya bukan setakat manusia, bahkan Islampun akan menangis dengan matinya Umar. Begitulah mulia, hebat dan kasihnya Umar di sisi Islam dan juga di sisi manusia.

Maka saya tidak hairan bila Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi berkempen untuk memenangkan Dato’ Zaid. "Yakinlah wahai Zaid bahawa 2 Tok Guru yang berkempen untuk Dato' bukan berkempen dan sokong kerana kepentingan politik dan dunia mereka tetapi mereka berdua berkempen kerana ilmu mereka. Mereka berdua telah bertanya ilmu yang ada di dada mereka, apakah si Zaid ini perlu disokong atau sebaliknya. Wahai Zaid, seandainya Dato' merasa sempit dada maka berjumpalah 2 Tok Guru ini. Carilah penawar dari mereka berdua nescaya Allah pasti akan melapangkan dada Dato'. Wahai Zaid, Allah tahu dan sentiasa memerhatikan Dato'. Tetapkanlah kaki Dato' di atas jalan kebenaran Islam, bekerjalah untuk menang tetapi Allah swt anugerahkan kepada Dato' dengan kekalahan namun yang pasti Allah akan menempatkan Dato' dalam syurganya, sekiranya diakhir hayat kita disudahi dengan perjuangan untuk kebenaran dan keadilan Islam. Beruntungnya Dato' apabila 2 Tok Guru berdoa untuk kebaikan Dato'. 

Saya juga tetap berdoa untuk Dato'. Bahkan saya sebagai YDP PAS Kawasan Jerantut / Pengerusi Pakatan Rakyat Jerantut bersama seluruh ahli PAS dan jentera Pakatan Rakyat Jerantut, berdoa untuk Dato'. Bahkan kami berharap, Dato' dapat datang lagi ke Jerantut kerana kami tidak puas mendengar ucapan Dato' hanya sekadar 10 minit sewaktu kunjungan Dato' bersama Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 20.2.2010 baru-baru ini ke Jerantut. Kami difahamkan Dato' pun tidak puas berucap hanya sekadar 10 minit. Datanglah lagi ke sini."

Harap-harap Dato’ Zaid menjadi insan yang dimuliakan oleh Allah, Rasulnya, para Ulama dan sekelian manusia jika hidupnya benar-benar hidup untuk Islam dan Islam hidup bersama dengan Dato’ Zaid. Semuga Allah swt menerima taubat Dato’ Zaid dan meneguhkan iman dan pendiriannya atas jalan ilahi. Amin.
Baca Selanjutnya...

ADA LAGI DOSA DATO' ZAID !!?? INI DIA ...


Mutaakhir ini, Dato' Zaid Ibrahim, calon PKR Parlimen Hulu Selangor diserang bertubi-tubi dengan isu 'minum arak'. Namun Dato' Zaid menunjukkan kehebatan peribadinya dengan mengakui akan gaya hidupnya di masa lampau. Bahkan Dato' Zaid menyatakan bahawa beliau telah bertaubat kepada Allah swt dan memohon maaf pada rakyat. Ini adalah satu kelebihan yang dipamirkan oleh Dato' Zaid. Maka saya tidak hairan sekiranya Tok Guru Haji Hadi mempertahankan Dato' Zaid sebagai calon PRK Hulu Selangor dan saya tak pelik kalau Tok Guru Nik Aziz menyetujuinya. Kerana Islam yang ada dalam dada Tok-tok guru mengakui bahawa orang yang dah bertaubat dianggap bersih dirinya dari sebarang dosa yang pernah dilakukannya. Yang menjadi peliknya ialah pemimpin UMNO kerana mereka tidak menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka. Mereka adalah golongan yang jahil tetapi mereka tidak tahu mereka itu jahil. Itulah pemikiran pemimpin UMNO dan ulama'-ulama' UMNO.

Malah, Dato' Zaid juga telah membuktikan kejujurannya membenci kezaliman dan kejahatan yang ada dalam UMNO dengan meletakkan jawatannya sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri hanya kerana beliau tidak bersetuju dengan akta ISA yang zalim dan bermacam-macam penyelewengan Kerajaan UMNO/BN. Inilah antara kehebatan Dato' Zaid.

Kalau diikutkan logik, tidak ada apa yang hendak dicari oleh Dato' Zaid di dunia ini lagi. Bukankah Dato' Zaid mempunyai firma guaman terbesar yang mempunyai jumlah peguamnya melebihi 100 orang. Kita boleh bayangkan kalau seorang peguam dibayar gajinya purata RM3000.00 seorang maka Zaid & Co kena membelanjakan wang sejumlah RM300,000.00 sebulan tidak termasuk gaji kaki tangan lain. Saya tidak kata Dato' Zaid kaya tetapi saya yakin Dato' Zaid boleh hidup senang atau sedang hidup senang dengan profesionnya itu.

Jadi untuk apa Dato' Zaid berada dalam rumah yang panas sedangkan beliau mempunyai rumah yang sejuk ber'air-cond'. Apa ada pada PKR dan Pakatan Rakyat jika di bandingkan dengan apa yang ada pada UMNO dan BN yang mana Dato' Zaid telah berada dalam zon selesanya sebagai menteri? Tapi beliau berhenti bukan diberhentikan. Ya.. Jawapannya ialah kerana Dato' Zaid ingin bersama rakyat yang sentiasa ditipu dan dizalimi oleh UMNO/BN. Artinya keseluruhan hidup bersama dengan UMNO adalah berdosa setelah kita mengetahui akan kejahatan dan kemungkarannya dalam pemerintahan.

Justeru itu, berada dalam UMNO adalah berdosa sebagaimana yang seing diratib oleh Mursyidul 'Am PAS. Berlawan dengan UMNO, dapat pahala, kata Tok Guru Nik Aziz. Sebelum lawan UMNO, mereka yang berada dalam UMNO perlu keluar UMNO dulu. Keluar UMNO pun dapat pahala kerana keluar dari kelompok yang penuh dengan kejahatan dan kemungkaran. Bila keluar, baru boleh lawan. Bila lawan UMNO, dapat pahala kali kedua. Itulah mafhum atau yang dapat difahami dari ratib Tok Guru Nik Aziz.

Jadi ... selama ini Dato' Zaid berada dalam berdosa kerana berendam hanyut bersama kemungkran dan kejahatan UMNO. Apa jahat dan mungkarnya UMNO pada rakyat dan negara? Ya.. UMNO memang banyak melakukan kemungkaran. Bukankah UMNO lah yang telah membunuh segelintir rakyat di Memali termasuk pendakwah terbaik yang diiktiraf sendiri oleh Pusat Islam iaitu Ustaz Ibrahim Libya? Apakah dosa Ust Ibrahim Libya bersama pengikutnya sehingga mereka dibunuh bagaikan penjenayah?? 

Bukankah UMNO berdosa kerana sentiasa menipu dengan janji-janjinya yang cukup manis untuk peneroka Felda Sungai Buaya dan lain-lain Felda sehingga ada di antara peneroka yang tidak dapat hak milik tanah bahkan mereka dibelenggu hutang silih berganti sampaikan Presiden ANAK telah mendedahkan penipuan UMNO ini dalam bukunya bertajuk 'FELDA : DULU TOLONG SEKARANG AH LONG' dan elok juga kalau tulis satu lagi buku bertajuk ' HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, PENEROKA MATI MENINGGALKAN HUTANG'.

Hanya peneroka dan mereka yang sering mendampingi peneroka sahaja yang merasai penderitaan dan siksanya jiwa sebagai peneroka. Hutang dah habis bayar, tiba-tiba masih lagi didapati berhutang. Janji nak bagi geran tanah, tiba-tiba tak jadi. Kena undi dulu BN baru boleh bagi.

Bukankah UMNO/BN telah berdosa kerana melantik syarikat yang ada kaitan dengan Yahudi / Israil yang telah nyata dan jelas membunuh manusia di Palestin, sehingga tercungap-cungap mereka untuk berbahas ketika berhadapan dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim di Parlimen dan sehingga pihak KPN terpaksa menamatkan perkhidmatan egen APCO di pejabat polis? Mereka minta Dato' Seri Anwar kemukakan bukti lalu dikemukakan bukti.Sekarang mereka cukup rimas dengan isu APCO / Yahudi ini.

Bukankah telah banyak wang rakyat telah dihabiskan untuk pemimpin-pemimpin UMNO/BN menerusi projek-projek yang kalau kosnya RM500 juta lalu diangkat harganya menjadi RM1 bilion. Kononnya nak buat projek untuk rakyat lalu dibinanya sekolah yang harga RM10 juta tapi diangkat harganya menjadi RM20 juta. Kononnya untuk kemudahan rakyat lalu dibinanya lebuhraya 4 lorong yang harga kosnya untuk 1 km ialah sebanyak RM1 juta termasuk keuntungan untuk kontraktor lalu diangkat harganya menjadi RM3.5 juta setiap 1 km? Kenapa harga-harga projek yang kononnya untuk rakyat diangkat sehingga dua tiga kali ganda?Jawabnya kerana untuk di 'faraid'kan komisyennya kepada pemimpin-pemimpin UMNO/BN.

Bukankah dosa rasuah sudah membarah, melekat dan menjadi darah daging UMNO/BN? Ibarah daging kalau cuba dipisahkan dari badan akan terasa sakit. Begitulah juga pemimpin UMNO/BN terasa bagaikan tercabut nyawanya kalau tidak buat kerja 'rasuah'. Sebab itu kita lihat, walaupun UMNO/BN tewas teruk pada PRU12 2008 sebelum ini ytang antara sebab utamanya kerana rakyat menyampah pada perangai pemimpin UMNO/BN yang hidup mewah dengan rasuah namun aktiviti rasuah mereka terus menjadi-jadi sehingga Tengku Ahmad Rithaudin (Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO) menyatakan ada lebih 900 aduan mengenai rasuah dalam UMNO. Sepatutnya UMNO bertaubat dengan kerja rasuahnya itu demi mengembalikan keyakinan rakyat pada PRU 13 tetapi UMNO tak mungkin bertaubat dari dosa rasuah?

Bukankah UMNO juga yang merampas wang rayalti minyak Terengganu hanya semata-mata kerana Terengganu diperintah oleh PAS, Sepatutnya UMNO dah bertaubat kerana mereka kata mereka nak bela Melayu. Rakyat Terengganu adalah majoriti Melayu. Tapi ... dosa UMNO dalam merembat dan menyeleweng wang rakyat adalah sama dengan dosa mereka dalam bab rasuah. Ianya bagaikan kuku dengan kulit. Susah nak berpisah. Lalu mereka terus bertindak dengan tindakan yang sama terhadap Kelantan hanya semata-mata kerana Kelantan diperintah oleh PAS. Sedangkan mereka meratib bahawa mereka adalah pembela Melayu. Bukankah rakyat di Kelantan ramai berbangsa Melayu.

Terlalu banyak dosa UMNO untuk rakyat Malaysia samada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Khazanah negara hampir habis samada balak, minyak dan wang rakyat dari lain-lain sumber digunakan dengan penuh licik oleh pemimpin UMNO/BN untuk kepentingan mereka.

Maka dengan ini Dato' Zaid harus mengisytiharkan di hadapan rakyat di Hulu Selangor bahawa beliau juga pernah melakukan dosa yang lain iaitu dosanya kerana bersama dengan UMNO yang telah banyak melakukan dosa dan kejahatan seperti yang telah dinyatakan di atas. Pemimpin UMNO tidak akan mendesak Dato' Zaid untuk mengisytiharkan dosanya yang berdosa kerana sekian lama hidup dalam UMNO. Dosa orang yang bertaubat akan terampun di sisi Allah swt. Orang yang bertaubat, dirinya bagaikan kain putih. Bagaimana dengan pemimpin UMNO yang lain, yang terus berada dalam kerja-kerja dosa kerana berada dalam UMNO?

Semuga Allah swt menerima taubat Dato' Zaid sebagaimana Allah swt menerima taubat Saidina Umar ra yang pernah minum arak dan membunuh anaknya sendiri dan juga taubat Hindun yang telah bersama membunuh Pak Saudara Nabi, iaitu Hamzah Ibnu Abdul Muttalib.

Setelah bertaubat, Dato' Zaid boleh terus duduk di rumah berulang alik ke Masjid, dan dipenuhi dengan zikir, baca al quran dan bertahajud tetapi Dato' Zaid memilih untuk berada di alam kesusahan bersama rakyat dan perjuangan untuk rakyat sebagaimana yang banyak berlaku kepada para sahabat yang telah bertaubat dan berjanji di hadapan Rasulullah saw "Ya Rasulullah, Aku tidak akan berhenti berperang selagi mana aku tidak membunuh tentera musuh sebanyak mana yang telah aku bunuh tentera Islam sebelum ini'.

Maka mungkin Dato' Zaid akan berkata di hadapan rakyat Hulu Selangor 'Wahai saudara-saudara sekelian, selama ini saya berada dalam UMNO yang telah banyak menindas dan menipu rakyat serta menzalimi rakyat. Kini saya telah bertaubat dan demi Allah, dengan ini saya bersumpah akan terus berjuang membela rakyat agar hidup saudara-saudari akan sentiasa mendapat pembelaan dan keadilan sebagai manusia dan rakyat Malaysia'.

Kepada Dato' Zaid, Seringlah beristighfar, banyakkan baca selawat kepada Nabi saw dan teruskan perjuangan, jangan pandang ke belakang. Semuga Allah swt memberi kekutan dan pertolongan kepada Dato'.
Baca Selanjutnya...

BANDINGKAN BALAK PAS DENGAN BALAK UMNO/BN

Ada seorang pengunjung tanpa nama meminta saya memperincikan tentang kemana perginya wang yang dianggarkan RM1.7 bilion, yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat atau digunakan untuk pembangunan. Beliau meminta saya menjelaskannya kerana dibimbangi boleh menimbulkan persepsi buruk kepada Kerajaan PAS di Kelantan. Ini bermakna mungkin ramai yang menyangka bahawa wang sebanyak lebih kurang RM1.8 bilion itu diurus oleh Kerajaan PAS di Kelantan. Baca di sini.

Teks dalam posting saya yang memerlukan penjelasan semula oleh ‘tanpa nama’ adalah seperti di bawah :

Kesian melihat kepada kedhaifan hidup rakyat yang sepatutnya hidup senang di bumi Malaysia ini. Malaysia kaya dengan minyak. Hasil minyak melebihi RM50 bilion. Hasil balak juga agak besar. Kita boleh tengok hasil balak di Kelantan dari Tahun 1985 – 1989 yang telah ditebang iaitu sebanyak 158,200 hektar. Hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Kelantan pada masa itu ialah RM167.6 juta. Ini bermakna Kerajaan Kelantan memperolehi hasil sebanyak RM1060 sehektar pada tahun tersebut.

Kalau diikut pula hasil balak yang diperolehi pada tahun seterusnya sewaktu pemerintahan Islam maka kita dapati hasil balak sehektar ialah sekitar RM11,880. Ini bermakna sekiranya balak diurus dengan penuh tanggungjawab maka penebangan balak seluas 158,200 hektar selama 5 tahun itu akan menghasilkan sebanyak lebih RM1.8 bilion (di mana perginya wang lebih RM1.6 bilion semasa BN memerintah Kelantan). Itu hasil dari negeri Kelantan. Tak termasuk dari negeri lain terutamanya Pahang, Sabah dan Sarawak yang terkenal dengan hasil balaknya.

Untuk lebih jelas maka saya rumuskan seperti berikut :

1. Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai pembalakan di Kelantan, perkara asas yang perlu diketahui ialah Majlis Perhutanan Negara hanya membenarkan Kerajaan Kelantan menebang balak sebanyak 6890 hektar setahun atau sebanyak 34,450 hektar untuk 5 tahun.

2. Pada Tahun 1985 – 1989 sewaktu BN memerintah Kelantan, kawasan balak yang telah ditebang dalam tempoh 5 tahun tersebut ialah sebanyak 158,200 hektar dengan pendapatan untuk kerajaan negerinya sebanyak RM167.6 juta. Ini bermakna Kerajaan BN Kelantan pada masa itu memperolehi hasil secara puratanya sebanyak RM1060 bagi setiap hektar kawasan balak.

3. Manakala pada Tahun 1994 – 1998 iaitu sewaktu PAS memerintah Kelantan, kawasan balak yang telah ditebang dalam tempoh 5 tahun tersebut ialah sebanyak 30,451 hektar dengan pendapatan untuk kerajaan negerinya sebanyak RM361,77 juta. Ini bermakna Kerajaan PAS Kelantan pada masa itu memperolehi hasil secara puratanya sebanyak RM11,880 bagi setiap hektar kawasan balak.

4. Ini bermakna pengurusan balak oleh PAS (1994 – 1998) lebih baik jika dibandingkan dengan BN (1985 – 1989) di mana Kerajaan PAS Kelantan hanya menebang balak sebanyak 30,451 hektar sahaja dalam tempoh 5 tahun iaitu kurang sebanyak 3,999 hektar daripada keluasan yang dibenarkan oleh Majlis Perhutanan Negara (Jumlah yang dibenarkan untuk tempoh 5 tahun ialah 34,450 hektar)

5. Berbanding dengan pengurusan balak oleh BN (1985 – 1989 ) di mana Kerajaan BN Kelantan telah menebang balak sebanyak 158,200 hektar dalam tempoh 5 tahun iaitu melebihi had sebanyak 123,750 hektar daripada had yang dibenarkan oleh Majlis Perhutanan Negara (Jumlah yang dibenarkan untuk tempoh 5 tahun ialah 34,450 hektar)

6. Anihnya lagi ialah bilamana pendapatan hasil balak oleh Kerajaan BN sepanjang tempoh 5 tahun tersebut terlalu kecil (RM167.6 juta) sedangkan kawasan balak yang ditebangnya pula teramat luas (158,200 hektar).

7. Berbanding dengan pendapatan yang diperolehi oleh Kerajaan PAS untuk tempoh 5 tahun, didapati teramat besar (RM361,77 juta) sedangkan kawasan balak yang ditebang oleh Kerajaan PAS pula teramat kecil (30,451 hektar)

8. Lihat pula purata hasil balak bagi setiap hektar di mana semasa BN memerintah Kelantan, puratanya untuk tempoh 5 tahun ialah RM1060 sehektar manakala semasa PAS memerintah Kelantan pula untuk tempoh yang sama ialah RM11,880 sehektar.

9. Seandainya PAS mengurus kawasan pembalakan seluas 158,200 hektar mengikut harga purata semasa PAS memerintah sepanjang 1994 – 1998 iaitu RM11,880 maka Kerajaan Negeri Kelantan akan memperolehi pendapatan sebanyak lebih kurang RM1.8 bilion (RM11,880 X 158,200 hektar = RM1,879,416,000).

10. Persoalannya kemana ghaibnya wang sebanyak lebih kurang RM1.7 bilion (RM1,879,416,000 – RM167,600,000 = RM1,711,916,000) yang sepatutnya diperolehi oleh Kerajaan Negeri pada masa itu (1985 -1989).

11. Hal yang sama berlaku di Kedah di mana semasa BN memerintah, hasil balak hanya RM7-8 juta sahaja. Namun apabila PAS memerintah, hasil balak meningkat kepada lebih kurang RM30 juta.

Kesimpulan :

Sekiranya Kerajaan UMNO/BN terus memerintah negeri dan negara maka mereka akan terus meratah hasil negeri dan negara untuk kepentingan dan kemewahan hidup pemimpin-pemimpin mereka.

Bukan itu sahaja malah mereka akan terus melakukan penyelewengan dana negara atas nama pembangunan dan juga projek untuk kemudahan rakyat dan ini boleh dilihat kepada tender pembelian komputer riba yang bernilai hanya sekitar RM4500 sahaja tetapi Kerajaan UMNO/BN menerima tender bagi barang tersebut dengan harga RM42,000 sehingga ditegur oleh Audit Negara. Dan banyak lagi penyelewengan yang pembaca boleh ingat kembali.

Untuk itu, saya menyeru semua petugas PAS, PKR dan DAP serta semua yang merasa bertanggungjawab agar memberi sumbangan tenaga dan wang ringgit bagi membantu BN di Hulu Selangor iaitu dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempasti kekalahan BN dalam PRK tersebut. demi menyelamatkan pemimpin UMNO/BN dari terus melakukan kezaliman, kejahatan dan penyelewengan dalam pemerintahan. Wallahu’alam.
Baca Selanjutnya...

KITA KENA TOLONG BN KALI INI DI HULU SELANGOR

Kesian melihat kepada kedhaifan hidup rakyat yang sepatutnya hidup senang di bumi Malaysia ini. Malaysia kaya dengan minyak. Hasil minyak melebihi RM50 bilion. Hasil balak juga agak besar. Kita boleh tengok hasil balak di Kelantan dari Tahun 1985 – 1989 yang telah ditebang iaitu sebanyak 158,200 hektar. Hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Kelantan pada masa itu ialah RM167.6 juta. Ini bermakna Kerajaan Kelantan memperolehi hasil sebanyak RM1060 sehektar pada tahun tersebut.

Kalau diikut pula hasil balak yang diperolehi pada tahun seterusnya sewaktu pemerintahan Islam maka kita dapati hasil balak sehektar ialah sekitar RM11,880. Ini bermakna sekiranya balak diurus dengan penuh tanggungjawab maka penebangan balak seluas 158,200 hektar selama 5 tahun itu akan menghasilkan sebanyak lebih RM1.8 bilion (di mana perginya wang lebih RM1.7 bilion semasa BN memerintah Kelantan). Itu hasil dari negeri Kelantan. Tak termasuk dari negeri lain terutamanya Pahang, Sabah dan Sarawak yang terkenal dengan hasil balaknya.

Kalaulah hasil minyak yang diperolehi oleh Kerajaan Malaysia sebanyak itu maka saya yakin pelajar sekolah dari sekolah tadika, rendah, menengah, Kolej dan universiti akan mendapat pendidikan percuma. Itu tak termasuk hasil balak.

Kalau begitu keadaannya kenapa rakyat harus hidup menderita dengan tekanan ekonominya. Manakala pemimpin politik pula hidup menderita dengan tekanan politiknya sehingga sesiapa sahaja yang bercakap dan mendedahkan penyelewengan kerajaan akan difitnah dan diaibkan lalu dicari jalan supaya dapat disumbat ke penjara?

Semuanya ini berpunca dari kejahatan dan kezaliman berpanjangan dari UMNO/BN yang telah beraksi lebih 50 tahun menindas,memperbodohkan dan menipu rakyat. Saya tidak memperincikan kezaliman UMNO/BN terhadap rakyatnya kerana terlalu banyak kezaliman, penipuan dan kejahatannya sehingga tak tertulis.Pembaca boleh fikir sendiri antaranya penyelewengan PKFZ, pembelian jet dan kapal selam, stadium runtuh, bangunan universiti belum siap tapi dah runtuh, dan macam-macam lagi.

Dalam Islam, orang yang zalim kita kena tolong. Caranya dalam konteks keazaliman UMNO/BN ialah dengan mempastikan kekalahannya dalam pilihanraya khususnya PRK Hulu Selangor pada 25.4.2010 nanti. Itulah yang diajarkan oleh Nabi saw, bagaimana cara untuk menolong orang yang zalim. Untuk menolong orang yang kena zalim, tak perlulah dihurai panjang kerana semua orang dah tahu. Wallahu’alam.
Baca Selanjutnya...

CANTIKNYA KALAU DATIN PADUKA CHEW MEI FUN SEORANG ISLAM

Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun telah meletak jawatan sebagai ketua sayap partinya. Bukan setakat itu sahaja, malah sebagai timbalan menteri dan juga senator. Bukan senang untuk meletakkan jawatan apatah lagi jawatan yang berimbuhan seperti jawatan Senator dan Timbalan Menteri. Ianya hampir sama dengan tindakan Dato’ Zaid Ibrahim yang melepaskan jawatan Menteri dan Senator sebelum ini.

Sebelum daripada itu, MCA telah mengadakan EGMnya pada 28.3.2010. Sebelum EGM, pimpinan mereka pakat letak jawatan untuk membolehkan EGM diadakan.

Kes di atas amat menarik bagi saya. Ianya menggambarkan kelebihan Orang Cina. Politik mereka amat bermaruah. Kerja mereka amat rajin dan berkualiti. Berniaga mereka amat menjadi. Perangai orang Cina macam juga orang Jepun. Muka pun hampir sama. Orang Jepun kuat bekerja dan amat menghargai masa. Sehinggakan kerajaan buat dasar pandang ke timur lalu ramai pegawai kerajaan dihantar ke sana untuk berkursus. Lalu dalam ceramah pegawai kerajaan hatta dalam ceramah jamaah Islam termasuk PAS, menceritakan kehebatan orang Jepun menjaga masa. Maknanya kita hanya mampu membawa balik cerita orang Jepun yang amat menjaga masa. Kita tidak mampu membawa balik perangai orang Jepun yang amat menepati masa walaupun kita mengakhiri mesyuarat kita yang sentiasa lewat itu, dengan Surah Al Asr.

Seandainya orang Cina dan Jepun itu Islam, nescaya Islam akan cepat berkembang. Banyak sifat dan tingkah laku yang baik, ada pada mereka termasuk hormat tetamu. Patutlah Nabi saw suruh belajar walaupun hingga ke Negeri Cina. (Pertama : Hadis ini tak kuat. Tak kuat maknanya Dhaif. Tapi apa salahnya kita ambil kata-katanya yang dilihat ada betulnya. Kedua : Nabi saw tak sebut Jepun dan Korea sebab mereka dari kelompok yang sama. Jadi, tak perlulah sebut satu persatu)

Rakyat Melaka bahkan orang Melayu pada asalnya beragama Hindu. Laksamana Cheng Ho adalah antara orang yang datang membawa Islam ke Melaka. Laksmana Cheng Ho tu Islam, orangnya. Maknanya orang Melayu diislamkan oleh Orang Cina rupanya. Tapi UMNO telah menjauhkan orang Cina dari Islam. Inilah antara dosa UMNO.

Walaupun UMNO berkawan dengan Cina MCA berdekad lamanya namun Cina MCA tak faham-faham Islam. Berbeza dengan PAS yang baru 2 tahun berkawan rapat dengan Cina DAP dan PKR, mereka dah mula nak baca ayat al quran. Paling lekeh, mereka bagi salam bila berucap di hadapan orang Islam. Tapi Islam UMNO dan ulama’nya pula marah bila Cina DAP & PKR baca al quran. Hal yang sama berlaku kepada orang India yang berubah sehingga lidahnya menjadi lembut bila berkawan dengan PAS. Boleh baca ayat al quran, bagi salam dan baca muqaddimah dalam Bahasa Arab ketika berucap, macam Balasubramanium dan Gobala. Khabarnya dah ramai orang India dari Kelab Penyokong PAS yang berhenti minum arak.

Berbalik kepada perletakan jawatan pimpinan MCA menunjukkan pemimpin Cina ada maruah. Alangkah bahagianya hidup di dunia ini khususnya di dunia Malaysia andaikata pemimpin UMNO mengambil sikap yang sama macam pemimpin MCA. Ini menunjukkan mereka bukan jenis ‘hubbur riyasah’ atau suka nak jadi pemimpin. Sayang, mereka memilki sifat yang mulia dalam Islam iaitu tidak suka jadi pemimpin tapi sayang juga mereka tidak Islam. Cantiknya kalau mereka tu seorang muslim.

Berbeza dengan orang Melayu, yang kebanyakannya sukakan jawatan atau menjadi pemimpin. Dalam UMNO, ada pemimpin yang ada asas untuk dikaitkannya dengan altantuya kerana bom C4 adalah berada di bawah kawalan kementeriannya. Ada pemimpin yang ada asas untuk dikaitkan dirinya dengan kehilangan enjin jet sehingga kapal terbang yang sepatutnya terbang tetapi akhirnya tidak boleh terbang. Begitu juga nasib kapal selam yang sepatutnya boleh menyelam tetapi tidak boleh menyelam. Kaitannya samada dari sudut ia memang terlibat dalam kes jenayah tersebut atau mungkin jenayah tersebut berlaku dek kerana ia seorang menteri yang lemah. Semuanya ini mungkin menyebabkan beliau akan letak jawatan sekiranya beliau itu adalah orang Cina.

Tapi sayangnya beliau adalah seorang Melayu. Orang Melayu dalam bab begini, tiada maruah dan harga diri. Orang Melayu suka pegang jawatan. Beliau orang Melayu dan yang mengundi dan menyukai beliaupun orang Melayu.

Kalau beliau tiada maruah kerana isu-isu tersebut, tetapi masih mahu memegang jawatan atau terus ingin menjadi pemimpin, tidak mengapa. Kerana, mungkin beliau akan gugur juga dari jawatannya yang disandang sekarang dengan cara orang Melayu tidak mengundi beliau dalam PRU12 dan juga dalam perhimpunan agung UMNO.

Namun namanya telah dicalonkan oleh orang Melayu UMNO, dan beliau pula sebagai seorang Melayu UMNO terus menerima pencalonan lalu namannya terus diundi pula oleh orang-orang Melayu UMNO sehinggalah beliau berkuasa sebagai orang yang paling berkuasa.

Beginilah sikap Melayu. Itu sebagai satu contoh sahaja. Kita boleh fikir banyak lagi contoh-contohnya yang menunjukkan Orang Islam Melayu yang sukakan jawatan atau nak terus jadi pemimpin.

Oleh kerana perangai ‘tak suka jadi pemimpin’ ini merupakan perangai yang mulia dalam Islam maka pendokong jamaah Islam amatlah wajar memilki sifat mulia ini. Jangan fikir ahli jamaah tidak terkena dengan penyakit ini.

Kadang-kadang kita lihat ada pemimpin jamaah yang sememangnya sudah tidak mampu memimpin jamaah namun ia masih mahu menjadi pemimpin. Ia dianggap tidak mampu mungkin disebabkan faktur umurnya atau masalah kesihatannya atau tidak ada idea walaupun ia masih belum berusia atau ia cerdik lagi berpelajaran tinggi malah masih di usia muda tetapi ia takut kerana ia seorang yang ‘makan gaji’ atau mungkin juga faktur kewangan.

Mereka yang mempunyai masalah yang menghalang ia bekerja dengan baik untuk jamaah seharusnya merasa takut pada Allah swt kerana yang pastinya Allah swt akan tanya di akhirat nanti mengenai tugasnya. Tak kiralah apa faktur dan sebabnya kenbapa beliau tidak mampu untuk memimpin jamaah Islam.

Pemimpin yang dianggap tidak mampu memimpin ini kerana ia sendiri tiada kemapuan untuk memajukan jamaah kerana tiada idea atau tidak mampu menjalankan tugas kerana faktur-faktur yang disebutkan tadi. Yang menyedihkan lagi ialah apabila ada cadangan yang baik dari orang yang ada idea untuk dilaksanakan demi pembangunan jamaah, tiba-tiba ditolak mentah-mentah oleh pemimpin yang sudah tidak berupaya untuk memimpin dengan alasan yang amat lemah. Akhirnya jamaah menjadi sentiasa lemah kerana ianya dipimpin oleh orang yang berfikiran lemah.

Kadang-kadang ada orang yang tidak mampu memimpin, terus menjadi pemimpin dengan memberi alasan ‘dah tak de orang’ yang nak memimpin jamaah. Ini adalah alasan yang paling popular. Alasan inilah yang menyebabkan beliau terus memimpin jamaah sehingga melebihi 10 tahun ke atas.

Seandainya itulah alasannya maka jelaslah bahawa itulah bukti pemimpin itu seorang yang lemah dalam memimpin. Pemimpin yang terbaik ialah pemimpin yang mampu melahirkan pelapis untuk menerajui jamaah di masa akan datang. Kalau dah memimpin jamaah lebih 10 tahun ke atas tetapi masih tidak nampak siapa pelapis, itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin ia menunjukkan ia seorang yang lemah dan tidak berwawasan serta tiada perancangan atau ia memang merancang supaya tiada pelapis agar ia boleh menjadi pemimpin jamaah selama mungkin.

Sebenarnya faktur umur bukan menjadi masalah kepada jamaah. Ada orang yang berumur tapi kerja dan ideanya amat bagus. Kalau begitu beliau amat layak untuk terus memimpin. Kadang-kadang ia tidak mampu kerana faktur kesihatan lalu ia mengundur diri dari memegang jawatan namun idea baik beliau untuk jamaah terus dihulurkan. Yang paling penting di sini ialah kejujuran dan keikhlasan pada jamaah dan perjuangan. Ada orang yang ikhlas pada jamaah dan perjuangan, akan terus memberi sokongan kepada jamaahnya walaupun ia tidak memegang apa-apa jawatan. Semuga Allah swt memuliakan dan merahmati orang yang jujur dalam jamaah dan perjuangan Islam.
Baca Selanjutnya...

PAS TELAH GADAI PRINSIP PERJUANGAN !!!???

Perkembangan PAS yang terus mara ke hadapan telah menyebabkan berlaku kejutan kepada penyokong PAS. PAS telah sekian lama menerajui Kerajaan Kelantan. Kini PAS juga mengepalai Kerajaan Kedah. PAS juga pernah mengetuai Kerajaan Perak walaupun kemenangannya kecil. Ianya bagaikan Nabi saw mengepalai pemerintahan Madinah sedangkan Umat Islam di situ pada waktu itu terlalu kecil jumlahnya. Di Selangor pula PAS bersama dalam pemerintahan dengan rakan dalam PR iaitu PKR dan DAP.

PAS bukan sahaja disokong oleh orang Islam tetapi PAS juga didokongi oleh orang bukan Islam. Perkembangan menarik ini telah menimbulkan persoalan di dalam kotak pemikiran ahli. Antara persoalannya ialah apakah PAS kini telah menggadaikan prinsip perjuangan Islamnya?

Apa asas mereka berkata demikian? Asasnya ialah apa yang dilaungkan PAS selama ini seperti kalau kita memerintah, kita akan hapuskan judi, kedai arak, hiburan melampau dan seumpamanya. Nampaknya kilang arak terus megah di Selangor, kedai judi dan arak terus beroperasi di Kedah. Pemimpin PAS dah tak sebut lagi kalimat atau zikir dalam ucapannya sebelum ini iaitu ‘kita hendak menegakkan hukum Islam dan Negara Islam’.

Persoalan ini telah ditimbulkan oleh ahli PAS di banyak tempat. Baca di sini. Sebenarnya inilah kesan apabila kita mengambil pendekatan hukum sedangkan hukum Islam itu sendiri terlalu fleksibel atau anjal. Bukankah hukum ke atas pencuri di ‘kiv’ kan dulu sewaktu zaman ekonomi meleset? Bukankah seorang wanita yang terpaksa berzina (kerana diminta berbuat demikian sebagai syarat untuk mendapatkan susu oleh empunya kambing yang mempunyai susu yang banyak) kerana perlukan susu untuk anaknya, dibatalkan perlaksanaannya? Bukankah Al Walid terlepas dari hukuman rotan kerana minum arak sewaktu dalam peperangan?

Semuanya ini adalah contoh yang sedikit dari contoh yang amat banyak. Ia menggambarkan, perlaksanaan hukum apa sekalipun, adalah tidak seperti yang kita sangkakan dari sudut kewajipan melaksanakannya. Ia banyak bergantung kepada keadaan. Hatta hukum sembahyang sekalipun boleh ditangguhkan atas nama jama’ dan boleh dipendekkan atas nama qasar jika kita berada dalam keadaan dan situasi yang tertentu.

Dengan sebab itu, sekiranya kita mengambil pendekatan hukum dalam dakwah kita, dengan mengenepikan pendekatan dakwah dalam melaksanakan hukum maka kita akan terus berhadapan dengan fitnah yang mengelirukan ummah.

Sebenarnya PAS sama sekali tidak menggadaikan prinsipnya dalam mengurus tadbir negeri yang diperintah atau yang dikongsi bersama. Tidak menutup pusat judi atau kedai arak bagi Negeri Kedah atau Selangor atau Perak atau Penang bukan bermakna PAS menggadaikan prinsip. Kedudukan negeri-negeri tersebut tidak sama dengan Negeri Kelantan. Dari sudut tempoh pemerintahan pun tak sama juga. PAS dah perintah Kelantan selama 20 tahun sedangkan yang lainnya baru 2 tahun.

PAS tidak pernah melafazkan bahawa menegakkan Negara Islam tidak perlu atau tidak wajib dan PAS juga tidak pernah mengungkapkan bahawa judi atau arak itu halal. Seandainya PAS ada melafazkan sedemikian rupa semata-mata kerana hendak mengekalkan kuasa atau hendak merebut kuasa maka barulah boleh dikatakan PAS telah menggadaikan prinsip.

Walau apapun saya berpandangan, betapa pemimpin PAS harus menjelaskan perkara ini khususnya kepada masyarakat desa yang kadang-kadang tertelan juga racun yang disuap oleh UMNO/BN di media massa yang mengatakan PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya demi untuk berkuasa. Kepada ahli pula, berilah sedikit kepercayaan kepada pemimpin kita yang sudah tentu mempunyai kebijaksanaan dalam mengurus tadbir negeri dengan menggunakan kaedah usul fiqh dengan mengambil kira Siasah Syari’yyah. Wallahu’alam.
Baca Selanjutnya...

BERITA TERBALIK TAPI TERBURUK

1. Malaysia memang mempunyai penduduk 26 juta tetapi separuh daripadanya adalah Muslim. Maknanya lebih kurang 13 juta rakyat Malaysia adalah Muslim. Pelik juga bila rakyat yang bukan Islamnya hanya sekitar 13 juta orang tapi Malaysia pula menjadi antara 10 negara yang tertinggi mengambil arak. Sedangkan banyak lagi negara lain yang terdiri dari orang bukan Islam dengan jumlahnya yang ramai. Kalau semua rakyat Malaysia yang seramai 26 juta orang itu terdiri dari orang bukan Islam dan Malaysia pula berada antara 10 negara yang tertinggi ambil arak maka itu bukanlah suatu berita yang terbalik. Baca di sini.

2. Bangunan yang baru dibina dah runtuh. Universiti pulak tu... Di Terengganu lagi...!!! Ini satu berita terbalik. Sepatutnya kalau nak runtuh pun, tunggulah siap dibina dulu dan digunakan bertahun-tahun. Tapi Kerajaan UMNO berjaya mencipta banyak berita terbalik tapi semuanya buruk belaka. Baca di sini.

Banyak lagi berita terbalik tapi terburuk yang berlaku di Malaysia seperti stadium runtuh sedangkan baru digunakan, injin kapalterbang tiada, kapal selam tak boleh menyelam, orang yang buat lapuran polis mengenai salah laku dan penyelewengan pemimpin UMNO akan disiasat dan ditangkap sedangkan orang sepatutnya disiasat dibiarkan.

Hanya satu cara untuk menamatkan berita terbalik tetapi terburuk ini iaitulah kita semua mesti bertekad menumpaskan Kerajaan BN. Untuk menumpaskannya kita mesti bersatu atas nama Pakatan Rakyat dengan mengenepikan dulu perbezaan pendapat dan mengutamakan persamaan kehendak ialah UMNO/BN mesti ditewaskan dalam PRU 13 nanti.

Jangan ada yang merasa kasih atau was-was dengan hasrat yang mulia ini. Sekiranya UMNO dapat ditumpaskan, Insya Allah kita akan dapat mencipta banyak berita terbalik tapi terbaik. Contohnya bekas MB Perak DS Nizar beri lot tanah kepada orang Cina. Kenapa? Sebabnya Islam suruh beri atas nama manusia dan mereka berhak untuk mendapatkannya. TGHH semasa menjadi MB Terengganu telah beri geran tanah kepada orang yang telah menduduki tanah tersebut sejak lebih 40 tahun. Betapa terbaliknya berita itu sehingga penerima geran tak percaya dan ada yang menangis gembira kerana sejak sekian lama mereka mengharapkan Kejaan UMNO/BN bagi geran tiba-tiba MB Kerajaan PAS yang beri. Mana tau Kerajaan Negeri Pimpinan DAP akan lebih mesra Melayu dan Islam lebih dari UMNO!!??. Dan banyak lagi ..
Baca Selanjutnya...

LAGI BERITA TERBALIK TAPI TERBAIK

1. Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng mempersoalkan ke mana pergi wang untuk saham bumiputra sebanyak RM52 bilion setelah disahkan hanya tinggal RM2 bilion sahaja yang dapat dinikmati oleh bumiputera. Terbaliknya sebab sepatutnya LGE tak tanya fasal hal-hal yang berkaitan dengan kebajikan orang melayu sebab dia orang Cina. Tak perlu bela orang Melayu. Lagipun yang buat penindasan dan penipuan terhadap orang Melayu ialah pejuang Melayu sendiri iaitu pemimpin UMNO. Tapi LGE pulak yang nak bela orang Melayu. lihat di sini.

2. Masih ingatkah lagi LGE terpaksa meringkuk dalam penjara kerana nak bela anak gadis Melayu yang telah dinodai oleh bekas pemimpin UMNO di Melaka. Terbaliknya ialah kerana sepatutnya LGE tak perlu susah payah nak bela orang Melayu lagipun yang usik anak gadis melayu tu pun orang Melayu juga. Pemimpin yang lidahnya sentiasa berzikir mengungkapkan perkataan ‘kita akan bela nasib orang Melayu’.

"Kenyataan Sabri bin Mohamed Yasin Bagi Pihak Ibunya Pendek binti Ahmad, Nenek Kepada Noryati Binti Mohamad Yusop, Mangsa Rogol Yang Terlibat Dengan Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik Di Hotel Belmount, Melaka Pada 3hb November 1999 .

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Cucu saya, Noryati binti Mohamad Yusop, telah membuat satu kenyataan pada 2hb November 1999 menafikan keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29hb Oktober 1999 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pada tahun 1994.

Saya amat terkejut dengan kenyataan cucu saya ini kerana sepanjang 5 tahun ini, cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim semasa cucu saya masih berumur 15 tahun. Cucu saya juga memberitahu ahli keluarga dan saya bahawa Tan Sri Rahim merupakan orang lelaki pertama yang melakukan hubungan sulit dengannya.

Oleh kerana cucu terlibat dengan Tan Sri Rahim, dia ditahan oleh pihak polis pada akhir bulan Ogos 1994 sehingga saya sebagai nenek yang membesarkannya tidak dapat berjumpa dengannya. Saya hairan mengapa pihak polis dan kerajaan BN boleh membenarkan seorang mangsa rogol ditahan sedangkan mereka yang merogolnya bebas tanpa dipenjarakan. Ini boleh dilihat selepas 14 lelaki, kecuali Tan Sri Rahim, mengakui merogol gadis bawah umur di mahkamah tetapi tidak dipenjarakan sebaliknya dibebaskan. Akibat peristiwa hitam itu, cucu saya telah melahirkan seorang anak perempuan pada 1995.

Oleh kerana tidak dapat menjumpai cucu saya, saya telah meminta bantuan daripada Ahli Parlimen Kawasan Kota Melaka YB Lim Guan Eng yang berjaya memaksa pihak polis membenarkan saya melawat cucu saya. Saya amat kesal dan sedih bahawa YB Lim dalam usaha membantu mendapat keadilan untuk cucu saya telahpun dipenjarakan di Penjara Kajang pada 25hb Ogos 1998 dan kehilangan statusnya sebagai Ahli Parlimen.

Dalam kes mahkamah Lim Guan Eng yang mulai pada 20hb Jun 1995, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Mok Siew Hoong menyatakan bahawa cucu saya telah mengakui mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Pada 27hb Februari 1997, cucu saya pula memberikan keterangan sebagai seorang saksi kepada hakim Mahkamah Tinggi dalam kes YB Lim Guan Eng bahawa Tan Sri Rahim mempunyai hubungan sulit dengannya.

Selepas itu cucu saya, semasa berjumpa dengan saya, masih mengakui bahawa Tan Sri Rahim ada hubungan sulit dengannya. Malah, cucu saya telah membuat satu ucapan di depan kami di Hotel Federal, Kuala Lumpur pada 27hb Januari 1999 menyokong YB Lim Guan Eng yang dipenjarakan seperti berikut:-

"Saya merasa sungguh kesal atas apa yang telah berlaku di masa lampau, dan merasa sungguh sedih sekali kerana YB Lim Guan Eng kini telah dipenjarakan. Apa yang beliau cuba lakukan hanyalah untuk membantu saya. Tetapi beliau sendiri pula menjadi mangsa. Semua ini sungguh tidak adil. Saya berdoa semoga keadilan akan dikembalikan kepada YB. Malam ini, saya telah membawa dua surat rayuan, satu kepada Yang Di Pertuan Agong dan satu lagi kepada Yang Di Pertua Negeri Melaka, meminta supaya YB Lim Guan Eng diampunkan dan dibebaskan segera supaya meneruskan tanggungjawab sebagai seorang Ahli Parlimen sejati Malaysia. Saya meminta supaya YB Lim Kit Siang selaku Ketua Pembangkang Parlimen boleh membantu sampaikan surat-surat rayuan saya ini kepada kedua-dua pihak itu."

Saya tidak faham mengapa cucu saya hanya menyatakan sekarang tidak mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim bila dia telah mengakui selama 5 tahun kebelakangan ini sejak 1994 bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim, termasuk membuat keterangan bersumpah di mahkamah di depan tuan hakim.

Saya berasa hampa, malu dan marah atas kejadian rogol yang menimpa cucu saya. Tetapi saya berasa lebih hampa, malu dan marah bila cucu saya boleh membelakangkan kebenaran dan keadilan dengan melupai jasa baik YB Lim sehingga bersedia bohong dengan menafikan dia mempunyai hubungan sulit dengan Tan Sri Rahim. Nyata sekali, ini adalah satu lagi konspirasi kerajaan BN menutup kebenaran demi kepentingan politik.

Saya masih mengingati cucu saya begitu tersiksa semasa ditahan di Pusat Pemulihan Rembau sehingga cuba melarikan diri banyak kali. Dia memberikan keterangan di mahkamah bahawa dia berjaya melarikan diri daripada tahanan sekali sebelum ditangkap balik. Jelas, kasih sayang keluarga kami kepadanya tidak dibalas.

Apa yang dilakukan oleh cucu saya adalah tidak adil kepada YB Lim Guan Eng yang telah kehilangan begitu banyak, termasuk dipenjarakan kerana cuba mempertahankan hak cucu saya ini. Saya tidak boleh lupa betapa susah anak-anak dan isterinya yang sering menangis merindui bapa mereka semasa dipenjara. Oleh itu, saya ingin meminta maaf kepada YB Lim atas apa yang cucu saya telah lakukan.

Saya juga berhasrat memberikan jaminan kepada YB Lim bahawa keluarga kami sentiasa mengenang pengorbanan beliau dan mengingati kesediaan beliau menanggung segala penderitaan dan kerugian kewangan demi membantu sebuah keluarga Melayu miskin yang dianiayai oleh kezaliman kerajaan BN. Kami tidak akan lupai YB Lim adalah satu-satunya orang yang bersedia menegakkan keadilan untuk kami bila tidak ada seorang pun yang berani tolong sama kami.

Semoga Allah S.A.W. boleh memaafkan cucu saya.

Pendek binti Ahmad
Sabri bin Mohamad Yasin
Alamat: Batu 13, Kampung Sungai Petai, 78000 Alor Gajah, Melaka .

3. LGE memperuntukkan satu peruntukan yang besar untukHhal Ehwal Agama Islam berbanding dengan Pulau Pinang tambah peruntukan Hal Ehwal Agama Islam. Yang lebih pelik lagi, LGE juga menubuhkan Majlis Syura Kerajaan Negeri. Sepatutnya Kerajaan pimpinan UMNO yang meningkatkan peruntukan untuk Hal Ehwal Islam dan menubuhkan Majlis Syura tapi Kerajaan pimpinan DAP yang buat.

oleh : Mohd Sabri Said (Harakahdaily)

GEORGETOWN, 15 Jan: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Pakatan Rakyat negeri menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam pada tahun 2010 berjumlah RM24.3 juta berbanding tahun lalu sebanyak RM20.5 juta. Menurut beliau, peruntukan tahun lalu pun melebihi apa yang Kerajaan Barisan Nasional (BN) berikan iaitu hanya RM 12.5 juta sahaja. “Keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dilihat apabila menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Agama Islam iaitu meliputi peruntukan pembangunan sebanyak RM7.2 juta, peruntukan mengurus RM13.4 juta dan sebagainya RM3.7 juta, ” tegasnya pada Majlis Perlantikan Majlis Syura Kerajaan Negeri, di sini, pagi ini. Pada majlis itu, lapan orang wakil PAS Negeri dilantik menggangotai majlis itu yang diletakan di bawah kelolaan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim.

Mereka yang menerima watikah perlantikan daripada Guan Eng ialah dua orang Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Taqiudin Hamzah dan Rosidi Husain, Yang Dipertua PAS Kawasan Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man, bekas Ketua Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Mazani Abdullah, Ketua dan Setiausaha Dewan Ulama PAS negeri, Ustaz Soid Mohd Amin dan Ustaz Suhaimi Abdullah, Ketua Dewan Muslimat PAS negeri dan kawasan Bayan Baru , Ustazah Rahmah Md Isa dan Puan Asnah Hashim.

Turut dilantik ialah bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Hashim Haji Yahya, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Elias Zakaria, Rektor Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang, Dato’ Haji Mustaffa Kasim, Fellow Kanan Akademi Kolej Univesiti Antarabangsa Selangor (KUIS), Prof Madya Univesiti Tun Husein Onn, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, Pakar Motivasi, Dr Danial Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Pusat Islam USM, Haji Rhafoor Haji Mahmood, Profesor USM, Prof Kamarulazizi Ibrahim. Majlis tersebut turut dihadiri olehe Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Hassan Haji Ahmad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein

Kesimpulannya, boleh jadi Allah swt nak ajar umat Melayu Islam khususnya penyokong tegar UMNO melalui orang bukan Islam. Mudah-mudahan orang Melayu Islam berfikir bahawa UMNO dah tak mampu nak jaga Melayu dan Islam. Maka rugilah mereka yang terus menerus menyokong UMNO apatah lagi mereka yang berfikir untuk menyokong dan bekerjasama dengan UMNO. Wallahu 'alam.
Baca Selanjutnya...

PAS, PKR & DAP TAK KUAT ..???

Saya ingin memperlihatkan di sini bahawa parti-parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR) adalah parti yang lemah sebagaimana lemahnya parti-parti yang bernaung di bawah payung Barisan Nasional (BN). Lemah yang saya maksudkan di sini ialah lemah dari sudut kemampuan menumbangkan lawan antara satu sama lain khususnya dalam setiap pilihanraya yang telah berlalu. Namun kekuatan terserlah apabila parti-parti bersatu atas nama PR.

Cuba kita lihat beberapa unsur kekuatan PAS yang boleh kita banggakan (selain daripada kekuatan dalaman seperti iman dan seumpamanya), tetapi ia tetap lemah dan tak mampu menumpaskan BN.

1. PAS telah melalui suatu zaman dan keadaan di mana apabila diadakan ceramah maka PAS dapat menghimpunkan sejumlah pendengar yang cukup luar biasa. Bahkan bila diadakan kutipan derma PAS mampu mengumpul sejumlah wang melebihi RM10,000 setiap kali diadakan ceramah. Kalau diadakan pertandingan dalam konteks kemampuan menarik pendengar teramai dan kemampuan mengumpul kutipan derma terbanyak maka PAS mampu menjadi juara secara hatrick bahkan hatricknya mungkin akan berganda-ganda. Jadi, kemampuan menarik orang ramai untuk mendengar penjelasan isu-isu semasa dan mengumpul wang kutipan derma adalah salah satu kekuatan yang ada pada PAS. Kekuatan itu pula banyak bergantung kepada kemampuan pemidato PAS dalam mengenengahkan isu-isu penyelewengan UMNO/BN yang terlalu banyak seperti isu BMF, Memali dan seumpamanya.Namun PAS tetap gagal dalam memenangi hati rakyat untuk menumpaskan BN walaupun mempunyai kekuatan ini.

2. PAS juga mempunyai kekuatan jentera dengan bilangan cawangan yang cukup banyak. Jumlah cawangan PAS hampir mampu menandingi jumlah cawangan UMNO. Kekuatan jentera dengan jumlah cawangan yang banyak ini menyebabkan ahli dan pimpinan PAS merasai bahawa kita adalah parti yang kuat. Tak salah kalau dikatakan bahawa akar umbi juga terpedaya dan tertipu dengan kekuatan ini sehingga sukar untuk menerima hakikat ‘berkongsi kerusi’ dengan rakan PR terutama DAP dan PKR. Disebabkan perasaan ‘terasa kuat’ dek kerana jentera dan cawangan yang banyak inilah maka ahli bawahan meminta agar semua kerusi di kebanyakan kawasan parlimen samada kerusi parlimen atau DUN, ditandingi oleh PAS. Kalau letak calon selain PAS maka mereka tak berminat untuk bekerja memenangkan parti lain yang diamanahkan untuk bertanding. Aksi ini telah menyebabkan Mursyidul ‘Am PAS, Tok Guru Nik Aziz pernah melontarkan kata-kata hikmatnya dengan berkata ‘Kita jangan kedekut, parti lain pula jangan tamak’.

Dalam keadaan PAS begitu terpesona dengan kekuatan ini, PAS terus kecundang dalam setiap pilihanraya yang telah dilalui sejak sekian lama hingga terbentuknya PR. Maksud kecundang di sini ialah gagal membentuk kerajaan.

Hal yang sama turut di rasai oleh DAP yang merupakan parti yang agak lama wujud dipersada politik tanahair. Kalau nak dibahas, DAP adalah sebuah parti yang tidak banyak cawangan tetapi ia mampu meraih kemenangan cemerlang sehingga mereka berjaya menempatkan parti mereka sebagai Ketua Pembangkang untuk tempoh yang agak lama. Di Jerantut, DAP hanya ada 1 cawangan.

Pada Tahun 2004, DAP bertanding di DUN Damak tetapi kalah dengan majoriti yang kecil iaitu 2239 (BN memperolehi 7563 undi & DAP memperolehi 5324 undi). Pada Tahun 2008, ada calon bebas bertanding di DUN Damak. Mengikut kata calonnya, Cikgu Koh, dia tiada jentera. Jenteranya hanya diwujudkan sehari sebelum penamaan calon. Tetapi, Cikgu Koh dapat lebih 3295 undi, calon PKR dapat lebih 5165 undi dan calon BN 5674 undi dan menang dengan kelebihan 509 undi. Tennyata dari contoh di atas, kekuatan jentera dan cawangan yang banyak bukanlah kekuatan mutlak untuk menang dalam pilihanraya.

Berbeza pula dengan PKR di mana kelahiran mereka terus disambut oleh abang-abang yang terdiri dari PAS dan DAP. Adik yang baru lahir dengan usianya yang masih muda menjadi kuat kerana mereka akur bahawa mereka adalah adik yang baru lahir lalu mereka terus bergabung bersama abang-abang mereka iaitu PAS & DAP. Mereka dibantu dan mereka membantu abang-abang mereka untuk menundukkan musuh mereka bersama yang jahat iaitulah UMNO/BN.

Walaupun PKR dianggap adik yang baru lahir tetapi ia lahir di zaman yang serba canggih terutama kecanggihan alam maya dengan kemudahan internet. Macam adik-adik zaman sekarang juga. Mereka lebih bijak dari abang-abang mereka kerana suasana sekarang adalah suasana dunia cyber.

Adik yang bernama PKR ini mempunyai kepantasan menguasai ilmu politik kerana mereka adalah bekas-bekas ahli politik. Cuma parti mereka sahaja bertaraf adik. Banyak perkara yang tidak ada pada abang-abang tetapi ada pada adik ini. Begitu juga banyak kelebihan yang ada pada abang-abang ini yang tidak ada pada adik PKR. Adik ini mampu membongkar kejahatan dan kebusukan UMNO agar rakyat benar-benar dapat mencium dan mengesahkan bahawa UMNO memang jahat dan busuk. Adik ini pula memiliki seorang pejuang yang mampu mencipta gelombang walaupun terpaksa merelakan dirinya untuk terseksa.

Gelombang yang pertama yang tercipta dari pejuang ini telah menghasilkan sebuah lagi kerajaan PAS di Terengganu pada Tahun 1999. Pada waktu itu, beliau terseksa di penjara. Namun pada tahun berikutnya iaitu Tahun 2004, parti politik pembangkang dilihat berpecah dan tak kemas. Bila berpecah maka jadilah kita lemah. Bila lemah, kita kalah lalu tumbang satu negeri dan hampir tewas satu kerajaan negeri dengan hanya kelebihan 1 undi.

Pada Tahun 2008 PR rakyat menghadapi PRU 12 dengan gabungan yang cukup kuat walaupun tidak mantap dek usia gabungannya yang masih mentah. Natijahnya kita menang bergaya sehingga 5 negeri berada dalam genggaman PR. Itulah berkat dan berkuasanya bila kita bergabung atau bersatu. Apa kata kalau gabungan itu dijaga dan bajai sebaik mungkin untuk mendepani hari-hari muka. Yakinlah bahawa satu yang luar biasa akan berlaku dalam PRU 13 nanti. Allah swt tidak teragak-agak untuk menolong orang yang bersatu. Bukankah Nabi saw telah menyatukan orang-orang kafir di Madinah setelah berlakunya peristiwa hijrah? Penyatuan itu membentuk satu kekuatan untuk sama-sama mempertahankan kota Madinah dari serangan musuh.

Kalau diimbas kembali sejarah kemenangan PAS di Kelantan pada Tahun 1990 sehingga menang 39-0, kita akan dapati kemenangan itu juga dianugerahkan Allah swt dengan sebab bersatu dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang bergabung di dalamnya Semangat 46.

Oleh yang demikian, saya ingin rumuskan bahawa 3 ketumbukan pasukan iaitu PAS, PKR dan DAP hanya akan kuat sekiranya mereka menyatukan segala kelebihan dan kekuatan ke dalam satu pasukan yang telah dinamakan sebagai pasukan Pakatan Rakyat. Kalau 3 ketumbukan yang masing-masing mempunyai kekuatan dan kelebihan ini membentuk satu ketumbukan yang bernama PR maka Insya Allah, kita akan menyaksikan satu perubahan yang besar akan berlaku dalam PRU 13 nanti.

PAS mempunyai kekuatan jentera dan cawangan yang banyak bergabung dengan PKR yang mempunyai kemampuan mencipta gelombang manakala DAP pula mempunyai kekuatan sokongan Kaum Cina maka jadilah kita sebuah ketumbukan yang kuat. Pastinya BN mampu ditewaskan. Orang yang merasakan kekuatan itu hanya ada pada jentera atau petugas semata-mata samalah seperti orang memiliki ‘handphone’ semata-mata. HP tetap tidak berguna selagi tidak ada gelombang. Maka HP hendaklah bergabung dengan gelombang, barulah ada gunanya.

Benarlah di pihak PAS apabila pimpinannya membuat keputusan untuk bergabung dan berpakat dengan PKR dan DAP. Cuma, pimpinan PAS harus memperturunkan kefahaman kepada petugas di peringkat cawangan, mengenai peri pentingnya kita berpakat dalam PR dalam usaha menumbangkan BN dala PRU 13 nanti demi mencari keadilan dan kebenaran hidup berasaskan Islam.Semuga Allah swt merahmati dan terus memberi petunjuk serta pertolongan kepada pimpinan PAS.
Baca Selanjutnya...