MAKLUMAN

Blog ini dibina pada 1/1/2010 dan diaktifkan pada 1/2/2010.

Sekian terima kasih.

21 Oktober, 2011

PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT : ORANG YANG MEMPERTAHANKAN AKIDAH DIBUNUH DAN DITANGKAP!!??


Kita semua masih ingat bagaimana Ustaz Ibrahim Libya yang pernah mendapat anugerah pendakwah terbaik dari Pusat Islam / JAKIM, telah dibunuh bersama kumpulannya di Memali. Apa salah Ustaz Ibrahim Libya dan kumpulannya. Salahkah  jika ia mengajar orang supaya menyangi akidah dan memelihara serta menyuburkan tauhid? Benarkah ia seorang penderhaka atau pengajar ajaran songsang sehingga melayakkan ia dibunuh bagaikan membunuh sekumpulan pengganas?

Kalau benar ia sesat atau penderhaka, kenapa pula Sultan Kedah menziarahi mereka yang terbunuh dan kenapa pula beberapa Tok Guru hebat di Kedah yang telah berjaya melahirkan ribuan anak murid dan pimpinan ulama’ PAS berani mengiktiraf bahawa mereka semua telah mati syahid?

Arahan siapakah untuk membunuh mereka kalau bukan UMNO/BN yang memerintah Malaysia hingga sekarang?

Lupakah kita kes bagaimana Dato’ Ishak Baharom akhirnya disingkirkan dari Jawatan Mufti kerana kerjanya menyelamatkan akhlak dan akidah anak muda? Siapakah yang memecat dan mempertikaikan tindakan Dato’ Ishak Baharom kalau tidak UMNO/BN yang memerintah Malaysia hingga sekarang?

Kita juga tidak lupa kes meroboh surau di Bangi, di Trengganu, di Ampang dan banyak lagi tempatnya. Begitu juga kes-kes menahan atau menghalang penceramah di masjid atau di surau. Bukankah surau dan masjid tempat untuk menerangkan kepada manusia betapa perlunya kita menyuburkan akidah, menyayangi iman sehingga terasa manisnya iman dengan harapan mereka tidak murtad. Bukankah ustaz-ustaz atau penceramah itu, orang yang berautoriti menjelaskan apa itu iman? Bagaimana nak suburkan iman. Apa untungnya hidup kita di dunia ini kalau hidup berakidah? Masalahnya kenapa tempat dan orang yang bekerja untuk menjaga iman itu diroboh dan dihalang? Angkara siapakah ini kalau bukan UMNO?

Kalau begitu  keadaannya tidakkah kita merasa hairan apabila kumpulan yang memusuhi orang yang mengajak untuk menyelamatkan akidah dan merobohkan atau mengunci surau dan masjid agar tidak digunakan untuk menyelamatkan akidah umat Islam, tiba-tiba begitu serius menyertai perhimpunan untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

Ada 2 andaian. Pertama; UMNO memang jujur dalam perhimpunan untuk menyelamatkan akidah umat Islam sebagai tanda ia benar-benar telah bertaubat. Kalau benar UMNO jujur maka sahlah UMNO dah buang tabiat. Biasanya orang buang tabiat, tak lama lagi dia akan mati. Mudah-mudahan riwayat UMNO akan tamat selepas PRU 13 nanti. Kedua; UMNO mempunyai tipu daya atau tipu muslihat untuk mengekalkan kuasanya demi menghadapi PRU13.

Hati saya lebih kuat menyatakan bahawa UMNO mempunyai tahap tipu daya dan hipokrit yang tinggi dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam. Isu agama dan bangsa akan dimainkan terus-menerus demi mengekalkan kuasa. Bukti yang jelas boleh dilihat reaksi media milik UMNO dengan pemimpinnya apabila PAS Pusat membuat keputusan tidak menyertai perhimpunan itu. Mujurlah PAS & PKR bijak membaca tipu daya UMNO. Wallahu A’lam

0 ulasan:

Catat Ulasan