MAKLUMAN

Blog ini dibina pada 1/1/2010 dan diaktifkan pada 1/2/2010.

Sekian terima kasih.

04 Februari, 2010

Saya kagumi Nik Aziz bila ....

Hari pertama Dato' Seri Anwar Ibrahim menjejaki mahkamah bagi menghadapi ujian kali kedua, telah memperlihatkan sesuatu yang boleh ditafsirkan dan dibuat persepsi yang tersendiri.Antaranya :

1. Saya mengkagumi DS Anwar Ibrahim yang terus tabah menghadapi dugaan dalam hidup dan perjuangannya. Saya doakan agar DS Anwar istiqamah,tabah dan sabar dalam melangkahi perjuangan refomasi (tajdid). Mudah-mudahan nama DS Anwar akan terus terpahat dalam sanubari rakyat Malaysia dan jua di sisi Allah Yang bersifat As Sattar (Penutup Keaiban)

Sebenarnya DS Anwar boleh menyelamatkan dirinya dari bahang fitnah yang berpanjangan dengan mendiamkan diri dari arus politik rimba di Malaysia ini. Alasan untuk beliau berdiam diri memang ada. Umurnya yang sudah dianggap tua ditambah pula faktur kesihatan tulang belakang serta beliau boleh hidup senang dengan memberi ceramah atau menjadi pensyarah pelawat dan seumpamanya di mana-mana universiti luar negara dengan imbuhannya tentu lebih dari mencukupi walaupun tanpa pencen menteri atau seumpamanya,adalah sebahagian daripada alasan untuk beliau terselamat dari api fitnah.

Namun DS Anwar masih kental dengan semangat juangnya lantas terus memilih untuk bersedia berjalan di atas padang yang penuh dengan duri dan bara api. Dari sudut logik akal, ternyata beliau jujur dalam perjuangan untuk melihat kebahagian hidup rakyat di bumi Malaysia.

Dalam masa yang sama, beliau terpaksa juga sabar berhadapan dengan kawan-kawannya sendiri samada dalam partinya atau rakannya dalam Pakatan Rakyat yang meniupkan angin kecurigaan sehingga orang merasakan beliau bekerja keras kerana mengimpikan takhta Perdana Menteri. Hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui isi hati setiap insan.

2. Saya mengkagumi Tok Guru Nik Aziz yang mana walaupoun beliau sibuk dengan tugasnya sebagai MB Kelantan, dalam keadaan bertongkat pula, masih digagahkan jua, datang memberi sokongan kepada DS Anwar. Kedatangan beliau tentunya memberi semangat kepada DS Anwar yang terpaksa mengharungi kegetiran ujian. Tertanya jua di hati saya, di manakah pimpinan PAS yang lain. Apakah pimpinan yang lain tidak merasai penderitaan DS Anwar sekeluarga? Namun hati saya terus merasa tenang apabila 'husnu dzan' menjelma dalam jiwa dengan menyatakan, "mungkin mereka kesibukan dengan jadual yang sukar dielakkan."Lagipun terdapat beberapa pimpinan PAS yang lain seperti Dato' Mahfuz dan Dr Hatta Ramli turut hadir memberi sokongan kepada DSAI.

Apapun kedatangan Tok Guru Nik Aziz menggambarkan sifat tawadhu' beliau, sifat 'ambil berat' beliau (Harisun 'Alaikum) dan sifat kasih sayang beliau terhadap seorang insan yang banyak mewarnai peta politik Malaysia.
Kedatangan Tok Guru mengingatkan saya tentang peristiwa bilal yang disiksa sedang Nabi saw hanya mampu melihat dan mengajar kalimah-kalimah tauhid agar terus diucap oleh lidah bilal. Nabi saw tak mampu untuk menyelamatkan bilal. Begitu juga dengan Tok Guru yang hanya mampu datang memberi sokongan kepada DSAI yang telah dibunuh maruah dirinya oleh Kerajaan UMNO/BN.

3. Sokongan orang ramai terutama penyokong-penyokong dari kalangan anak muda memberi amaran bahawa peta politik Malaysia mungkin akan berubah sebagaimana telah berlaku perubahan pada Tahun 1999.

Justeru peristiwa pendakwaan atas DS Anwar Ibrahim kali ini dan jua sebelumnya, saya rasakan bagaikan sebatang lilin yang membakar dirinya demi menerangi orang lain.

Sayang seandainya dalam keadaan yang terang itu, tiba-tiba kita kita menghargai nikmat itu lalu kita hidup dalam kecelaruan dan meraba-raba seolah-olah kita bagaikan dalam kegelapan.

3 ulasan:

aku dr amin berkata...

inilah sifat tog guru nik aziz. walau tinggi mana dia berada, dia tetap seorang manusia yang penuh sifattawaduk dan rendah diri dengan sesiapa sahaja

9/2/10 12:23 PTG
Awanama berkata...

TPresiden PAS perlu 'menonjolkan diri' dengan 'melibatkan diri secara aktif' dgn aktiviti2 "PENGUKUHAN PAKATAN RAKYAT" agar beliau tidak terus menerus dilabel sayap UG. Menghadirkan diri pd perbicaraan DSAI blh menjadi satu 'bukti' semangat PR di kalangan pimpinan tertinggi semua parti PR.

wallahua'lam.

13/2/10 4:01 PTG
Muzika Akustika berkata...

Rata-rata ahli-ahli, pengundi serta penyokong parti PAS bencikan UMNO, Barisan Nasional dan mahukan Pakatan Rakyat diperkukuhkan. Saya kurang faham mengapa sebahagian besar pimpinan PAS sekarang ini menongkah arus, memilih untuk membelakangkan citarasa mereka yang berada di akar-umbi. Apakah pemimpin-pemimpin ini merasa mereka lebih tahu apa yang terbaik bagi rakyat keseluruhannya?

19/2/10 11:24 PG

Catat Komen