KENAPALAH YB. LIM KIT SIANG MELARANG PENDEDAHAN ....
YB. Lim Kit Siang telah menggemparkan rakyat Malaysia khususnya yang muslim apabila melarang ahli DAP khususnya penceramah-penceramah DAP yang berkempen di Hulu Selangor agar jangan mendedahkan salah laku seks bekas Menteri Kesihatan Dato’ Seri Chua Soi Lek. Mungkin ada pemimpin UMNO yang akan berkata, Lim Kit Siang dan DAP adalah pemimpin dan parti yang tidak bermoral kerana tidak mendedahkan keburukan perangai bekas menteri kesihatan itu.
Ya....!! Berita larangan ini dianggap pelik dan menggemparkan kerana YB. Lim Kit Siang bukanlah seoraang muslim. Tapi... tindakannya itu bertepatan dengan kehndak Islam yang tidak membenarkan seseorang membuka keaiban diri orang lain apatah jika orang itu telah bertaubat. Tetapi pemimpin UMNO/BN dengan ghairah dan pelahapnya telah menjaja keaiban Dato’ Zaid. Namun Allah swt yang Maha Kuasa telah memperlihatkan kuasanya.
Allah swt telah membuka aib pemimpin-pemimpin UMNO yang minum arak, lengkap dengan gambar yang asli. Benarlah sabda Nabi saw yang menyatakan sesiapa yang menutup keaiban orang lain maka Allah akan tutup keaiban dirinya. Dan sesiapa yang mebuka keaiban orang lain maka Allah akan membuka keaiban dirinya. Inilah yang dikatakan kuasa Allah. Sekarang pemimpin UMNO kelihatan mengelabah dengan pendedahan ini. Tambahan pula YB. Lim Kit Siang telah mencabar menteri-menteri UMNO/BN yang tidak minum arak. Kalau dizahirkan cerita pemimpin UMNO yang minum arak nescaya menteri-menteri UMNO hanya tinggal separuh sahaja dari yang ada.
Dalam bab arahan berupa larangan oleh YB. Lim Kit Siang ini, saya ada keyakinan yang cukup tinggi bahawa seandainya pemimpin-pemimpin DAP mendapat gambaran yang jelas tentang hukum hudud dari pimnpinan PAS tentang kebaikannya dan tidak dikaburkan pula oleh pemimpin UMNO nescaya kita akan menyaksikan satu lagi berita anih iaitu DAP mendesak supaya dilaksanakan hukum hudud di negara ini. Baca di sini
Jelas lagi terang bahawa UMNO/BN memang tidak berakhlak dan bermoral bahkan tidak mengerti apa itu akhlak dan apa itu moral serta apa itu maruah.
5 ulasan:
Ya ana juga yakin demikian insya Allah...kalau kita sebagai org2 yang ditarbiah, sebagai anggota jemaah Islam wajib menyampaikan kepada mereka..mereka dah ada fitrah, keinginan untuk menjadi baik...mereka dah ada rasa nak berjuang untuk keadilan, kebenaran kepada rakyat....jadi sewajarnya lah kita bentangkan kepada mereka bagaimana kah keadilan yang diajar dalam Islam dan insya Allah lama2 mereka boleh menerima Islam seperti mana Abu Suffian, Khalid al-walid dan lain2...ky teruskan perjuangan melawan thoghut umno-apco...
23/4/10 10:40 PGTempias dari keberkatan perjuangan Ikhlas Ikwah sekelian + - menjadi contoh buat orang-orang yang mau mengambil iktibar
23/4/10 2:58 PTG"DAP mendesak supaya dilaksanakan hukum hudud di negara ini"..MIMPI, MIMPI, MIMPI!!! MEreka tidak akan redho selagi org Islam tidak ikut mereka..anta adalah contoh puak Kurdish di Iraq yg gembira & meraikan Amerika di bumi Iraq!
28/4/10 11:04 PTGorang yang merosakkan melayu ialah orang melayu sendiri sudah lebih 50 tahun melayu di tarbiah oleh umno nak kembali ke asal semurni air telaga dah terlewat .....kecuali dengan izin allah insyaALLAH
4/5/10 7:00 PTGMaki orang Islam boleh. Doakan kebinasaan orang Islam lain boleh.
10/5/10 4:16 PTGCatat Ulasan