MAKLUMAN

Blog ini dibina pada 1/1/2010 dan diaktifkan pada 1/2/2010.

Sekian terima kasih.

04 Jun, 2010

BAHAGIAN AKHIR : PEMIKIRAN SALURAN 1 SEORANG BEKAS KETUA PENGARAH

5. .... PR itu laksana rumah yang dibina tanpa tiang dan landasan kukuh, kecuali bumbung dan dinding untuk berteduh..

Jawapan :
Kalaulah PR dirasakan begitu maka rakyat yang cerdik pula memandang BN bagaikan sebuah rumah yang sudah usang dek umurnya, tiang dan landasannya sudah berkecamuk dan reput dek pemimpin yang kaki rasuah, penindas dan perompak harta rakyat serta negara berkolar putih, gila dan mabuk kuasa dan sudah tentu rumah yang usang atap bumbungnya juga sering menyusahkan kerana kebocoran terutama bila hujan. Pendekata membaiki rumah yang sebegitu memerlukan kos yang tinggi. Jadi buat rumah baru lebih baik dari baiki rumah yang buruk.

6. Penulis membayangkan betapa murninya masjid yang tidak dicampuri dengan unsur-unsur politik sebagaimana murninya masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang dipenuhi oleh orang yang sedang beribadat, iktikaf dan membaca al quran.

Jawapan :
Kalau begitu, jelaslah penulis masih tak faham apa itu politik dalam konteks Islam dan apa itu parti. Yang tak sesuai disebut dalam masjid ialah ‘parti’ manakala politik harus dibincang. Apabila masjid tidak membincangkan perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia maka ‘alligment’ kehidupan manusia akan terpesong. Tentu tayar rosak dan boleh membahayakan keselamatan pemamdu dan penumpang.

Kehidupan manusia memerlukan kepada hidup beragama secara resminya maka wujudlah aktiviti ibadah kepada tuhan.Kehidupan manusia juga berkait dengan ekonomi, politik, hiburan dan seumpamanya. Maka semua yang berkaitan dengan kehidupan hendaklah diurus secara Islam.

Justeru itu, untuk mengajar manusia bagaimana hendak mengurus dan melaksanakan kegiatan ibadah, ekonomi, politik, sosial dan seumpamanya maka manusia perlu kepada ‘belajar’. Untuk belajar, manusia perlu ada tempat sebagaimana untuk tidur perlu ada bilik tidur yang ada tilam, katil dan lain-lain. Untuk ‘buang air’ ada tempatnya iaitu tandas. Begitu juga untuk belajar, tempat yang paling sesuai ialah di masjid agar ruh masjid itu di bawa keluar oleh manusia untuk mengurus tadbir dan mempraktikkan ibadah, ekonomi, politik dan sosial yang mereka pelajari itu.

Dalam masjid orang tidak di ajar menipu maka ruh ini kalau di bawa keluar maka kita akan dapati orang tidak akan menipu dalam mengurus ekonomi dan politik. Pendekata kalau politik dan ekonomi dibincangkan di masjid maka kehidupan manusia akan lebih selamat dan sejahtera.

Maka UMNO dan mereka yang berfikiran ‘saluran 1’ yang tidak mahu membincangkan persoalan ekonomi dan politik serta sosial di masjid telah menyebabkan halal dan baiklah bagi mereka sekiranya wang petronas hangus entah ke mana, manusia di bunuh sewenangnya seperti di Memali, Tanah Melayu di gadaikan dan banyak lagi penyelewengan ekonomi dan politik.

Mudah-mudahan rakyat Malaysia cepat-cepat jadi cerdik kerana selagi mana rakyat tidak cerdik atau cerdik sehingga berjawatan tinggi tetapi berfikiran ‘saluran 1’ maka selagi itulah UMNO/BN akan terus memerintah.

Sekian.

0 ulasan:

Catat Komen