MAKLUMAN

Blog ini dibina pada 1/1/2010 dan diaktifkan pada 1/2/2010.

Sekian terima kasih.

PENAMPAR 2 TOK GURU TAK SAKIT DI MUKA TAPI TERASA DI HATI


Pada 20 November 2011, berita depan sebuah akhbar melapurkan air di Kelantan paling kotor. Tok Guru Nik Aziz memberi respon bahawa air di Kelantan bukannya yang terkotor sepeti yang dilapurkan. Bahkan ikut lapuran resmi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) adalah sepeti berikut :

1.       Perlis                                                   :  1.21 peratus
2.       Wilayah Persekutuan Labuan               :  1.12 peratus
3.       Pahang                                                :  1.01 peratus
4.       Perak                                                  :  0.90 peratus
5.       Kelantan                                             :  0.88 peratus

Maknanya di sini, Kelantan merupakan negeri kelima mempunyai air yang dianggap kotor. Fitnah yang disebarkan ini terus dijawab oleh Tok Guru dengan satu sindiran di mana Tok Guru mengakui air di Negeri Kelantan kotor kerana terpaksa digunakan untuk mencuci 'najis-najis lembu UMNO' yang bernilai RM250j. Maksudnya UMNO terpaksa menonjolkan fitnah berupa isu air di Kelantan ini demi menutup bau busuk najis ‘isu lembu’. Inilah satu penampar yang tak sakit di muka tetapi terasa di hati.

Penampar Tok Guru kedua pula ialah dari Presiden PAS sendiri yang mengatakan 'lebih baik jadi kuda daripada jadi lembu'. Kuda boleh digunakan untuk berperang dan bersukan bagi menyihatkan tubuh badan. Tapi lembu hanya untuk disembelih dan bila dimakan, naik darah tinggi. Lembu kurang baik untuk kesihatan jika dibandingkan dengan kuda. Sindiran Presiden PAS ini adalah ekoran ucapan pemimpin UMNO dalam Perhimpunan Agong UMNO yang menempelak PAS kerana menjadi kuda tunggangan DAP. Penampar ini juga diklasifikasikan sebagai penampar yang tak sakit di muka tetapi terasa di hati.

Saya simpulkan bahawa inilah jawapan yang penuh dengan hikmah dan kebijaksanaan dalam konteks dakwah dan juga politik.

Baca di sini..
Baca Selanjutnya...

PERHIMPUNAN SEJUTA UMAT : ORANG YANG MEMPERTAHANKAN AKIDAH DIBUNUH DAN DITANGKAP!!??


Kita semua masih ingat bagaimana Ustaz Ibrahim Libya yang pernah mendapat anugerah pendakwah terbaik dari Pusat Islam / JAKIM, telah dibunuh bersama kumpulannya di Memali. Apa salah Ustaz Ibrahim Libya dan kumpulannya. Salahkah  jika ia mengajar orang supaya menyangi akidah dan memelihara serta menyuburkan tauhid? Benarkah ia seorang penderhaka atau pengajar ajaran songsang sehingga melayakkan ia dibunuh bagaikan membunuh sekumpulan pengganas?

Kalau benar ia sesat atau penderhaka, kenapa pula Sultan Kedah menziarahi mereka yang terbunuh dan kenapa pula beberapa Tok Guru hebat di Kedah yang telah berjaya melahirkan ribuan anak murid dan pimpinan ulama’ PAS berani mengiktiraf bahawa mereka semua telah mati syahid?

Arahan siapakah untuk membunuh mereka kalau bukan UMNO/BN yang memerintah Malaysia hingga sekarang?

Lupakah kita kes bagaimana Dato’ Ishak Baharom akhirnya disingkirkan dari Jawatan Mufti kerana kerjanya menyelamatkan akhlak dan akidah anak muda? Siapakah yang memecat dan mempertikaikan tindakan Dato’ Ishak Baharom kalau tidak UMNO/BN yang memerintah Malaysia hingga sekarang?

Kita juga tidak lupa kes meroboh surau di Bangi, di Trengganu, di Ampang dan banyak lagi tempatnya. Begitu juga kes-kes menahan atau menghalang penceramah di masjid atau di surau. Bukankah surau dan masjid tempat untuk menerangkan kepada manusia betapa perlunya kita menyuburkan akidah, menyayangi iman sehingga terasa manisnya iman dengan harapan mereka tidak murtad. Bukankah ustaz-ustaz atau penceramah itu, orang yang berautoriti menjelaskan apa itu iman? Bagaimana nak suburkan iman. Apa untungnya hidup kita di dunia ini kalau hidup berakidah? Masalahnya kenapa tempat dan orang yang bekerja untuk menjaga iman itu diroboh dan dihalang? Angkara siapakah ini kalau bukan UMNO?

Kalau begitu  keadaannya tidakkah kita merasa hairan apabila kumpulan yang memusuhi orang yang mengajak untuk menyelamatkan akidah dan merobohkan atau mengunci surau dan masjid agar tidak digunakan untuk menyelamatkan akidah umat Islam, tiba-tiba begitu serius menyertai perhimpunan untuk menyelamatkan akidah umat Islam.

Ada 2 andaian. Pertama; UMNO memang jujur dalam perhimpunan untuk menyelamatkan akidah umat Islam sebagai tanda ia benar-benar telah bertaubat. Kalau benar UMNO jujur maka sahlah UMNO dah buang tabiat. Biasanya orang buang tabiat, tak lama lagi dia akan mati. Mudah-mudahan riwayat UMNO akan tamat selepas PRU 13 nanti. Kedua; UMNO mempunyai tipu daya atau tipu muslihat untuk mengekalkan kuasanya demi menghadapi PRU13.

Hati saya lebih kuat menyatakan bahawa UMNO mempunyai tahap tipu daya dan hipokrit yang tinggi dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam. Isu agama dan bangsa akan dimainkan terus-menerus demi mengekalkan kuasa. Bukti yang jelas boleh dilihat reaksi media milik UMNO dengan pemimpinnya apabila PAS Pusat membuat keputusan tidak menyertai perhimpunan itu. Mujurlah PAS & PKR bijak membaca tipu daya UMNO. Wallahu A’lam
Baca Selanjutnya...

JUTAAN TERIMA KASIH KERANA TIDAK BERSAMA HIMPUNAN SEJUTA UMAT


Pada 19.10.2011, terpampang di dada akhbar kenyataan pendirian PAS Pusat yang memutuskan tidak akan menyertai HIMPUN pada 22.10.2011. Dalam konteks ini ada 2 perkara anih yang dapat dilihat mengenai HIMPUN :

PERTAMA : Rakyat harus merasa anih dan pelik apabila apa-apa keputusan PAS mendapat liputan dalam media massa milik UMNO atau hampir mirip kepada UMNO.

Tak mustahil keputusan PAS itu akan digoreng oleh pemimpin-pemimpin UMNO dengan mengatakan bahawa PAS takut kehilangan sokongan pengundi bukan Islam. Jika PAS bersetuju maka tak mustahil UMNO akan mengharapkan agar pengundi bukan Islam bepaling tadah, kembali kepada UMNO/BN.

Ingatlah kembali bagaimana UMNO menerusi media cetak atau elektronik mereka, begitu bersemangat mempertahankan Kepimpinan Ulama’ sewaktu pertandingan jawatan penting dalam PAS sebelum ini yang melibatkan jawatan Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden. Di kala itu, seolah-olah UMNO teramat sayang kepada Kepimpinan Ulama jika dibandingkan dengan orang-orang PAS. Mereka mahu supya orang yang berpendidikan Islam menerajui kepimpinan PAS. Bahkan mereka merasakan PAS telah lari akidah perjuangannya sekiranya Mat Sabu atau Husam yang tidak ulama’ itu menang dalam pertandingan itu. 

Persoalannya kenapa UMNO beriya-iya hendaklah mempertahankan Kepimpinan Ulama dengan mengekalkan pemimpin dari aliran pendidkan Islam agar memegang jawatan yang tinggi dalam parti? Jawabnya ialah mereka tidak mau mana-mana pemimpin yang menang itu boleh melonjakkan perjuangan PAS ke hadapan khususnya ke persada politik tanahair sehingga boleh meranapkan kuasa UMNO. Kebetulan Mat Sabu atau Husam pada masa itu dilihat mampu menggugat kuasa UMNO maka media milik UMNO terus mengingatkan perwakilan agar kekalkan ‘Kepimpinan Ulama’ manakala Mat Sabu dan Husam pula terus difitnah sehingga ke hari pembuangan undi. Bagi PAS, tak kesah samada dia alim ulama’ atau sebaliknya yang memegang jawatan tertinggi parti. Yang penting, pemimpin itu mesti menjadikan Islam sebagai asas perjuangan mereka.


KEDUA : Rakyat juga harus merasa ajaib apabila seluruh jentera UMNO begitu ghairah dengan suatu perhimpunan yang berkaitan dengan Islam.

Saya teramat hairan kenapa juak-juak UMNO begitu bersungguh-sungguh dengan perhimpunan ini. Zahirnya seolah-olah UMNO adalah benteng terakhir orang Islam di Malaysia dalam menyelamatkan akidah Umat Islam tetapi batinnya UMNO tak kesah sangat dengan isu akidah Umat Islam. Kehairanan saya itu sama dengan hairannya saya dengan Perhimpunan Menentang Kecurian dan Rompakan tetapi disambut baik bahkan dihadiri dengan penuh semangat oleh pencuri-pencuri dan perompak-perompak. Tentu ajaib bukan?

Bukankah PAS pernah melontarkan di parlimen supaya digubal undang-undang murtad? Kenapa Ahli Parlimen yang beragama Islam dari UMNO/BN tidak menyokongnya? Mana lebih berautoriti untuk mengekang gejala murtad, perhimpunan di stadiumkah atau di parlimen?

Selain daripada itu, jika dilihat kepada tujuan perhimpunan tersebut ialah untuk menyelamatkah akidah umat Islam. Persoalannya kenapa akidah umat Islam tak selamat sehingga mudah sangat untuk murtad?

Kalau kita teliti menerusi beberapa kenyataan mereka yang pergi ke gereja ternyata antara faktur utama gejala murtad ini berlaku ialah kerana faktur kemiskinan. Namun faktur yang paling utama ialah kejahilan dan jauhnya hidup mereka dari agama.

Kalau begitulah fakturnya maka saya merasakan tujuan perhimpunan yang paling wajar diadakan ialah perhimpunan supaya jangan ada sekatan ceramah, kuliah dan tazkirah yang sekarang ini beselindung di sebalik tauliah. Tauliah apa lagi yang diperlukan kalau mereka yang hendak mengajar itu sudah ada sijil pengajian Islam dari universiti-universiti di dalam mahupun diluar negara.

Perhimpunan juga amat wajar diadakan bagi mendesak pihak yang menjaga Majlis Agama Islam agar memudahkan bukannya menyusahkan pengagihan zakat kepada mereka yang di kategorikan sebagai miskin. Pastikan juga agar wang kutipan zakat tidak ada penyelewengan dalam pengurusan atau pengagihannya. 

Saya merasakan perhimpunan ini tiada kesudahannya selagimana punca gejala murtad itu tidak ditangani terlebih dahulu. Sebagaimana tiada kesudahan sekiranya perhimpunan anti zina dibuat sedangkan urusan pernikahan seperti perbelanjaan untuk berkahwin yang melampau tidak dipedulikan masalahnya oleh masyarakat dan pihak berkuasa. Termasuklah juga urusan untuk berpoligami yang tidak dipermudahkan bahkan dipersulitkan lagi dengan bermacam-macam enakmen.

Sehubungan dengan itu, alangkah baik sekiranya penganjur HIMPUN menukar tujuan perhimpunan kepada PERHIMPUNAN MENGHAPUSKAN TAULIAH, PERHEBATKAN KULIAH. Kita boleh lihat,apakah juak-juak UMNO akan ikut serta atau tidak dengan perhimpunan itu. Pakah permit akan diluluskan?

Yang jelas, UMNO amat suka sekiranya Umat Islam ini jahil dengan Islam kerana mereka yang jahil pasti akan terus menyokong UMNO. UMNO juga akan membiarkan rakyat dengan kemiskinan kerana dengan kemiskinan UMNO mudah mengikat tangan mereka untuk terus mengundi BN.
Baca Selanjutnya...

HUDUD, PUTRAJAYA & UHUD



Pada 20.9.2011, seperti lazimnya Kerajaan PAS Kelantan akan menyambut Hari Hudud dengan harapan agar Umat Islam di Malaysia sentiasa  merasai bahawa perundangan Islam termasuk undang-undang jenayah adalah sebahagian daripada tanggungjawab mereka untuk mendaulatkannya demi untuk menjaga harta, nyawa dan mereka sendiri.




Namun begitu, UMNO/BN pula menyambutnya sebagai modal politik untuk meraih sokongan Kaum Cina & India yang kini telah beralih dari barisan BN ke bulatan PAS, dengan harapan Kaum Cina & India berpaling arah masuk semula ke dalam barisan BN.
Lantas isu hudud terus dimainkan oleh UMNO/BN sehingga berjaya mewujudkan suasana ‘cemas’ apabila pemimpin PAS & DAP termakan jerat UMNO dengan menari ikut rentak yang dipalu oleh UMNO sehinggalah satu pertemuan antara parti kompenan PR terpaksa diadakan untuk mencari kata sepakat dalam menangani isu hudud.

Paluan UMNO dalam isu hudud ini sedikit sebanyak telah berjaya :

  1. Melonggarkan kepercayaan Kaum Cina & India tehadap PAS lantaran mereka setiap hari ditakut-takut dengan hudud dalam siaran akhbar dan media elektronik mereka.
  2. Melupakan seketika pimpinan dan petugas PAS terhadap isu besar dalam sistem pilihanraya yang telah berjaya diselongkar oleh PAS terutamanya oleh Pemuda PAS iaitu Saudara Suhaizan Kaiat iaitu daftar pengundi dari warga asing yang mencecah angka ratusan ribu pengundi.
Saya berpandangan bahawa PAS telah berjaya memberi faham kepada Umat Islam di Malaysia mengenai hudud sehingga orang-orang UMNO sendiri telah turut sama meyakininya dan tidak lagi mempersendakan hudud. (kecuali beberapa pemimpin UMNO)

Pada hemat saya, kita boleh berbincang mengenai hudud pada bila-bila masa dan keadaan yang kita mau namun kita juga harus tahu bahawa tidak semua benda baik boleh dibicarakan atau dilakukannya dalam semua waktu dan keadaan. Membaca ‘bismillah’ itu baik tetapi bila makan nasi, cukuplah baca sekali sahaja. Baca banyak kali pun tak mengapa tetapi tak sesuai. Melarang orang minum arak itu bagus tetapi kalau mereka sedang minum berkumpulan dalam keadaan mabuk dan kita pula seorang diri maka di kala itu kita tidak perlu melarang mereka takut-takut timbul mudarat yang lebih besar di mana mungkin mereka akan memukul dan mencederakan kita. Cukuplah kita membuat lapuran kepada pihak berkuasa.

Dalam konteks hudud, untuk melaksanakannya, kita memerlukan kuasa. Kita perlu berkuasa di peringkat negeri dan lebih mudah laluan untuk perlaksanaan hudud ini sekiranya kita berkuasa di peringkat persekutuan. Untuk berkuasa di peringkat negeri atau / dan persekutuan pula, kita perlu menang pilihanraya. 

Dalam konteks Malaysia pula, untuk menang pilihanraya kita perlu berhempas pulas dengan penyelewengan dan penipuan ‘berangkai’ & ‘sekawan’ yang dilakukan oleh UMNO/BN dengan rakan kongsinya dari beberapa agensi kerajaan seperti SPR, JPN, Polis dan seumpamanya. Lihat sahaja kes terbaru bagaimana pihak polis boleh menyatakan bahawa bas yang membawa pendatang asing seramai 240 orang itu (yang ditahan oleh Pemuda PAS) adalah peserta kursus keusahawanan. Lucu bukan??!!
Justeru itu, alangkah baik sekiranya kita memberi tumpuan dan fokas terhadap isu yang berkaitan dengan penyelewengan yang ada pada sistem pilihanraya. Saya rasa dalam keadaan terlalu ramai warga asing yang ada mykad ini, kalau SPR setuju guna dakwat sekalipun, belum tentu kita boleh menang sekiranya pengundi dari warga asing ini dibenarkan mengundi. 

Ingat … mereka wajar dibenarkan mengundi kerana mereka ada mykad. Apabila mereka mengundi, mungkin mereka juga akan dicelup jari sama seperti kita warga Malaysia namun disebabkan jumlah mereka yang terlalu ramai,yang telah diatur dengan licik di setiap DUN dan PARLIMEN maka akhirnya BN juga yang menang. Tak mustahil mereka mengatur dan menyusun pengundi dari warga asing ini sewaktu kita sedang sibuk berbicara fasal hudud termasuk berbicara mekanisma dan teknikal kearah perlaksanaan hudud. Mereka boleh berlakun untuk menyedapkan hati kita bahawa mereka ragu dengan 40,000 pengundi dengan menyemak kedudukan pengundi tersebut. Tapi mungkin juga mereka telah berjaya mengatur ratusan ribu yang lain sewaktu kita sedang sibuk dengan isu hudud. Mereka juga sedang berkira-kira untuk menggunakan dakwat kekal kononnya sedangkan mereka dah tau, guna dakwat kekal pun mereka boleh menang dengan undi warga asing. (kecuali Allah swt membalikkan hati mereka dengan mengundi PR)

Apa yang dapat saya simpulkan ialah membicarakan isu hudud dalam suasana kita sudah hampir dengan PRU 13 dan juga dalam suasana kita telah berjaya menyelongkar beberapa kes yang meragukan dalam daftar pemilih adalah dirasakan tidak berapa sesuai dengan masanya sekarang. Tapi .. kalau nak berbicara juga, tidak mengapa namun harus diingat, perlaksanaannya hanya boleh dibuat bila kita dah berkuasa. Nak melaksanakan hukuman ‘rotan’ anak kerana tak solat dan hukuman ‘pukul’ isteri kerana nusyuz, kita boleh laksanakan pada bila-bila masa dek kerana mereka tak solat atau nusyuz. Tetapi kalau kes mencuri dan berzina, sekalipun dilakukan oleh anak kita atau isteri kita, kita tetap tidak boleh kerat tangan atau rotan / rejam mereka. Kalau kita berdegil mahu melaksanakan hukuman tersebut maka akhirnya kita juga akan dihukum qisas oleh kerajaan. Kenapa?? Sebabnya hukuman ke atas pencuri dan penzina hanya boleh dilaksanakan oleh pihak yang berkuasa sahaja iaitulah yang memerintah sesebuah Negara.

Oleh itu, jangan kita terperangkap dengan jerat UMNO/BN yang mahu kita hilang fokas dan tumpuan terhadap isu-isu yang boleh meggagalkan usahanya untuk berkuasa. Di pihak kita pula janganlah berkata bahawa kerana terlalu laba untuk ke Putrajaya maka kita sanggup melupakan impian kita untuk melaksanakan hudud. Sebenarnya kita harus laba dan bersungguh-sungguh untuk ke Putrajaya kerana kita  amat serius dan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hudud. Ingat … kita harus berusaha ke Putrajaya dulu baru ada potensi untuk laksanakan hudud.

Jangan kita menjadi seperti jurulatih dan pemain yang mana di kala melihat seorang pemain sudah hampir berjaya menjaringkan gol terakhir di minit terakhir untuk bergelar juara, tiba-tiba pemain lawan bertempik menyatakan kepada pemain terbabit bahawa mereka dipanggil jurulatih untuk berbincang apakah jenis menu dan di hotel manakah hendak diadakan majlis meraikan kejuaraan mereka yang bakal mereka kecapi sedangkan gol masih belum dijaringkannya. Pemain yang hendak jaringkan gol terus hilang tumpuan sebab dia sendiri nak cadangkan supaya tempah seekor kambing untuk dibakar.

Tengah asyik berbincang, dikala itulah pemain lawan yang sudah hampir kalah itu berkompromi dengan pengadil, lalu mengambil bola untuk disumbat ke dalam gol lawannya yang sedang asyik berbincang untuk membuat majlis bagi meraikan kemenangan. Akhirnya mereka menang dan pasukan yang hampir menang itu, kalah kerana mereka hilang fokas. Sepatutnya sumbat gol dulu dan pastikan kemenangan, baru berbincang soal majlis keraian dan seumpamanya. Ingat .. kita sering mengungkapkan kalimah ‘kita bermain di sebuah padang yang tak sama rata bahkan kadang-kadang bila kita nak sumbat gol, pengadil sendiri bawa lari tiang gol’. Kalau begitu, kita jangan mudah hilang fokas dengan isu yang disensasikan oleh UMNO/BN.

Begitu juga dengan peistiwa peperangan Uhud jangan dilihat hanya dari sudut ‘wajib ikut arahan ketua’ tetapi ia juga mengajar kita supaya kalaupun nak buat sesuatu perkara yang hanya boleh dibuat setelah mencapai kemenangan mutlak maka buatlah perkara tersebut setelah mendapat kemenangan mutlak. Malangnya sahabat-sahabat meninggalkan Bukit Uhud untuk turun berebut mengambil harta rampasan perang dalam keadaan kemenangan belum dimuktamadkan lagi, akhirnya mereka kalah, sedangkan mereka telah menang sebenarnya. Cuma belum dimuktamadkan lagi oleh Rasululullah saw. Mereka gopoh bertindak turun ke bawah dan berkerumun untuk mengambil harta rampasan perang sedang Nabi saw belumpun mengarahkan mereka turun meninggalkan Bukit Uhud. Akhirnya musuh yang telah pun lari lintang pukang, kembali semula untuk menyerang.

Akhir kata, saya berdoa agar kita semua jangan hilang fokas terhadap isu pilihanraya bahkan kita hendaklah laba dan bersungguh-sungguh untuk ke Putrajaya sebagai membuktikan bahawa kita memang serius dalam perlaksanaan hudud. Bahkan apabila kita telah sampai ke Putrajaya, ruang untuk berbincang dan menerang lebih luas dengan adanya kemudahan TV, radio, suratkhabar dan seumpamanya. Semuanya ini penting untuk mewujudnya suasana ‘kondusif’ terlebih dahulu, sebelum hudud diaktif.

Baca Selanjutnya...