MAKLUMAN

Blog ini dibina pada 1/1/2010 dan diaktifkan pada 1/2/2010.

Sekian terima kasih.

05 Februari, 2010

Kelihatan haru biru seperti dalam kegelapan...

Seperti saya katakan sebelum ini, DSAI seperti sebatang lilin. Kerana faktur lemparan fitnah ke atasnya pada Tahun 1999, PAS dan KeAdilan memenangi banyak kerusi bahkan dapat membentuk kerajaan Terengganu selain Kelantan.

Pada 2008 pula, meskipun DSAI tidak boleh bertanding namun beliau boleh bergerak bebas ke sana ke mari ke seluruh pelusuk tanahair untuk membangkitkan kesedaran rakyat. Alhamdulillah PAS, PKR & DAP telah menang bergaya dengan tambahan 4 negeri dan satu Wilayah Persekutuan.

Namun sayangnya setelah dianugerahi kemenangan itu, seolah-olah timbul pula rasa tak puas hati antara satu sama lain. Antara rasa tak puas hati ialah mengenai 'kuasa'. Di pihak PAS timbul isu UG dan di pihak PKR & DAP timbul isu lompat parti yang akhirnya memberi sedikit ruang kepada BN membuat rampasan kuasa di Perak dengan penuh jijik sekali.

Kemuncak kecelaruan ini ialah apabila Mursyidul 'Am mengesyorkan supaya diadakan EGM bagi memperjelaskan ke arah manakah PAS hendak tuju. Pendekata, keserabutan ini timbul kerana 'nikmat kemenangan' yang dianugerah Allah swt sekaligus menguji hati-hati pejuang Islam. Antara ujiannya ialah sejauh mana kita benar-benar 'bersetia kawan' dalam Pakatan Rakyat yang telah diputuskan dalam muktamar PAS.

Tak salah kalau saya katakan bahawa ada di antara ahli dan pimpinan PAS yang tidak setuju DSAI menerajui negara jika PR memerintah. Sedangkan rakyat kelihatan seolah-olah mengharapkan DSAI memimpin negara jika ditakdir berjaya memerintah atas kapasitinya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Situasi inilah yang dikatakan meraba-raba dalam cahaya. Keadaan ini mengingatkan saya kepada apa yang berlaku di Afghanistan. Tujuh parti (Al Ahzab As Sab'ah) berjaya mengusir Rusia dari buminya. Walaupun tanpa kelengkapan senjata yang canggih jika dibandingkan dengan tentera Rusia, akhirnya Rusia tewas. Tujuh Parti dipimpin oleh para ulama' dan juga profesional.

Masih ingatkah kita, akhirnya Afghanistan telah 'dimalamkan' kembali kerana tujuh parti tak puas hati antara satu sama lain. Kini mereka hidup bagaikan dalam kegelapan walaupun mereka telah berjaya mengalahkan Rusia yang mempunyai kecanggihan persenjataan.

Sesungguhnya kita sedang mencium kemenangan di bumi Malaysia. Usahlah pula kita melakukan sesuatu yang boleh menghalang kita memerintah Malaysia dengan penuh keadilan. Bersifat tawadhu' lah dalam setiap urusan. Jangan kita merasa kita adalah hebat kerana kita adalah pejuang Islam sedangkan pada hakikatnya kita tidak mempunyai jiwa yang hebat, jiwa yang penuh dengan kesombongan. Jangan ada perasaan sombong dengan mengatakan kalau tidak kerana kita yang mempunyai 'jentera' yang banyak,nescaya kemenangan amat susah digapai.

Ikutlah jejak langkah Tok Guru Nik Aziz yang merendah diri. Walaupun PAS kuat di Kelantan namun beliau tetap tegas dengan pendirian bahawa kerjasama PR harus dijaga dan diperkemaskan. Tok Guru ingin melihat kejayaan menumbangkan UMNO/BN bukan hanya di Kelantan bahkan Tok Guru ingin melihat UMNO/BN tumpas diseluruh Malaysia.

Mudah-mudahan Allah swt memberi petunjuk kepada kita dalam perjuangan ini. Jangan sampai disebabkan kita, Islam tidak dan keadilan lambat terlaksana sedangkan kita merasakan kita adalah pejuang Islam atau 'Rijalud Dakwah'.

1 ulasan:

aku dr amin berkata...

insya Allah. inilah yang terbaik. nice penulisan dr

9/2/10 12:20 PTG

Catat Ulasan