MAKLUMAN

Blog ini dibina pada 1/1/2010 dan diaktifkan pada 1/2/2010.

Sekian terima kasih.

11 Februari, 2010

YB KHALID DAN YB. DATO' DR HASAN.. BERSATULAH..!!!

Bersegeralah Memilih Untuk Ke Tengah Syurga

Nabi bersabda dengan maksudnya “Aku memberi jaminan kepada mereka yang meninggalkan pertengkaran sedangkan ia berada di pihak yang betul, maka akan ditempatkannya di tengah-tengah syurga. Dan sekiranya ia meninggalkan pertengkaran sedangkan ia memang bersalah maka akan ditempatkannya di tepi syurga.”

Hadis ini menggambarkan isi hati Nabi saw yang mahukan umatnya menjauhi aksi suka bertengkar. Pertengkaran boleh mengeras dan menjauhkan hati sesama insan. Sudah tentu kita tidak mahu kita berjauh hati sesama sahabat yang berada dalam wadah dan jamaah yang sama. Pecah hati bukan sahaja menyegarkan kebencian dan menjarakkan ukhuwah malah melemahkan parti dan jamaah.

Hasan Al Banna pernah mengungkapkan bahawa beliau tidak takut kepada Inggeris dan Amerika yang merupakan 2 kuasa besar ketika itu tetapi beliau hanya takut kepada 2 perkara yang lain iaitu takut sekiranya kita jauh dari Allah lalu Allah swt akan jauh dari kita lantas sukarlah kita untuk mendapat pertolongan dariNya. Kedua, beliau takut berpecahnya hati mereka yang berada dalam saf jamaah lantas jadilah kita sebagai anggota parti dan jamaah yang lemah.

Kalau hati dah pecah maka kumpullah segala harta kekayaan nescaya tidak mungkin sama sekali kita mampu menyatu dan melembutkan hati-hati tersebut. Hanya keinsafan, kejujuran dan ketaqwaan serta sifat rendah diri (tawadhu) sahaja yang boleh melunturkan jiwa yang telah hancur dek perbalahan dan persengketaan.

Kalau orang yang meninggalkan pertengkaran itu, Rasulullah jamin akan berada di tengah syurga (kalau ia di pihak yang benar) dan di tepi syurga (kalau ianya di pihak yang salah) maka ini menunjukkan Nabi saw tidak 'gembira' dengan orang yang suka bertengkar. Sekaligus menunjukkan Rasulullah saw amat menyintai dan kasih kepada orang yang meninggalkan pertengkaran. Kalau begitu keadaannya alangkah mulianya orang yang merendah diri dengan memujuk dirinya supaya tidak bertengkar walaupun dia benar.

Pertengkaran jangan dilihat bertengkar sampai tegang urat saraf tetapi pertengkaran dalam bentuk moden ini ialah pertengkaran dalam blog sampai tegang urat jari-jemari. Pertengkaran juga boleh ditafsirkan pertembungan antara dua kumpulan disebabkan pertikaian terhadap sesuatu perkara.

Orang yang bertengkar dan berselisih faham biasanya hilang kedamaian dalam hatinya. Dirinya tau bahawa hati yang damai itu adalah nikmat dan ia pernah beberapa kali mengecapi nikmat kedamaian dan ketenangan hati. Bila bertengkar, hatinya menjadi kelam kabut dan gundah gulana serta berserabut sehingga ia terlupa akan nikmat kedamaian yang pernah dikecapinya itu. Justeru itu, perlu ada orang menyedarkannya bahawa pilihlah kedamaian dengan meninggalkan pertengkaran, perbalahan dan permusuhan.

Orang yang bertengkar dan bermusuh, bila ia berdamai bukan sahaja diri dan jiwanya akan menjadi damai tetapi orang lain, anak beranak dan yang lebih penting sahabat-sahabat seperjuangan turut sama merasai kedamaian. Kalau mereka berpelukan kerana bermaafan, mungkin air mata mereka akan gugur jua ke lantai. Setiap kali air mata keluar dari kelopak mata, biasanya hati akan terus menjadi damai, puas dan terasa nikmat kasih sayang. Bukan mereka yang berdamai sahaja yang menangis kerana bersyukur atas nikmat kasih sayang 'fillah' itu malah orang yang menyaksikannya jua pasti akan turut sama menitis air mata kegembiraan.

Oleh itu saya mencadangkan kepada YB. Khalid Samad agar memujuk hati dengan memilih jalan untuk berdamai demi mencari erti ‘nikmat damai’ yang menjadi impian semua insan. Insafi diri yang ingin mencari redha ilahi lalu ingat akan jaminan Nabi saw yang mana Allah telah sediakan syurga di tengah-tengahnya bukan lagi ditepi.

YB. Khalid akan dilihat seorang yang berjiwa besar sekiranya sanggup berjumpa dengan YB. Dato’ Hasan Ali, untuk mohon maaf atas apa yang telah berlaku. Kenapa YB. Khalid harus memulakannya dulu? Ya. Siapa dulu, kita tak kesah. Bukankah Allah swt suka orang yang tawadhu’. Seandai YB. Khalid merasa di pihak yang benar maka lagi lah Allah swt suka dan kasih kepada orang yang benar tetapi merendah diri dan tawadhu dengan memulakan aksi ‘mohon maaf’ dengan sahabatnya. Lagipun, walau apa jua keadaan, YB. Dato’ Dr. Hasan Ali adalah Ketua PAS Selangor. Selagi seseorang itu bernama ‘ketua’ selagi itulah ahli di bawah kena ada perasaan hormat. Tetapi Allah swt juga akan ‘respect’ kepada ketua yang tawadhu’. Ketua yang merendah diri mungkin akan mengambil keputusan bermaaf-maafan dengan orang bawah. Bukan senang ‘orang atas’ hendak minta maaf dengan ‘orang bawah’.

Seandainya kedua-dua sahabat seperjuangan ini dapat memujuk diri untuk bersifat tawadhu’ dengan saling bermaaf-maafan nescara ribuan malaikat akan turun ke bumi melimpahkan rahmat ilahi kepada mereka berdua. Pastinya Allah swt menyediakan tempat kepada mereka di tengah-tengah syurga atas jaminan Nabi saw. Tentunya Nabi saw senyum gembira kepada mereka berdua yang telah merebut jaminannya itu. Beruntunglah sesiapa saja yang dapat mengembirakan Nabi saw.

Saya cadangkan juga majlis maaf bermaafan itu diadakan di hadapan Anggota Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang dihadiri oleh wakil akhbar terutamanya harakah. Siaran akhbar penting dalam dunia sekarang sebagai memaklumkan kepada ahli bahawa tidak ada lagi apa-apa yang perlu dikritik dan juga dianalisa mengenai isu disiplin. Siaran akhbar bukan bermaksud hendak menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada nak menutup berbuatan fitnah memfitnah khususnya di alam maya (blog).

Selain daripada itu, selepas majlis tersebut diadakan, saya juga mencadangkan agar YB. Khalid membuat rayuan agar diringankan hukuman daripada 6 bulan kepada ‘diberi amaran’. Bersangka baiklah kepada AJK PAS Pusat, mudah-mudahan akan ada pertimbangan lain yang difikirkan sesuai setelah meneliti rayuan YB. Khalid.

Membuat rayuan bukan bermakna YB Khalid mengakui akan kesalahannya tetapi ianya lebih kepada sikap mengambil peluang mengikut prosedur disiplin parti. Mana-mana perundangan sehingga ke mahkamah sekalipun, rayuan diperuntukkan dan mereka yang dihukum hendaklah mengambil peluang dari ruang tersebut. Samalah seperti YB. Dato' Seri Nizar yang membuat rayuan yang berakhir dengan keputusan yang telah kita maklumi bersama.

YB Khalid harus pandang kepada mereka yang mengharapkan aksi YB digelanggang parti dan politik tanahair. Jangan hampakan sokongan dan harapan sahabat-sahabat. Jadikan hukuman sebagai pengajaran. Usahlah difikirkan ia betul atau pun tidak. YB. Khalid bukan YDP PAS Kawasan yang berada dipinggiran tetapi YB Khalid adalah YDP Shah Alam. Bandar Shah Alam tak sama dengan Kuantan, Kota Bharu, Alor Setar dan seumpamanya. Rakyat Shah Alam memerlukan khidmat YB sebagai ahli Parlimen Shah Alam manakala ahli parti pula memerlukan khidmat YB sebagai YDP sepanjang masa.

Kenapa kita mahu YB. Khalid dan YB. Dato’ Hasan Ali bersatu kembali dengan melupakan sengketa lama. Sebabnya mereka berdua adalah tokoh yang mempunyai kelebihan masing-masing. YB. Khalid sudah teruji dengan mehnah tetapi terus jua berjuang dalam parti walaupun terpaksa pula berhadapan dengan ‘kerenah’ dalaman. Begitu juga YB. Dato’ Hasan Ali tak kurang juga pengorbanannya sebagai seorang pakar motivasi walaupun kehadirannya di tengah-tengah perjalanan perjuangan.

Seandainya 2 tokoh ini bersatu hati, melangkah ke hadapan membawa panji Islam yang bernama PAS nescaya UMNO/BN akan terus lemas. Islam yang dibawa oleh PAS akan terus mara menuju puncak khususnya di Negeri Selangor. Andai 2 tokoh ini bersatu nescaya akan menangislah syaitan-syaitan kerana gagal memecahbelahkan jamaah Islam sebagaimana menangisnya syaitan apabila melihat sepasang lelaki dan wanita bersatu secara sah mengikut kehendak Allah swt dan petunjuk Rasulullah saw.

Tetapi alangkah ruginya Islam sekiranya 2 tokoh ini terus menerus berada dalam keadaan seperti sekarang ini. Betapa sedihnya Rasulullah saw kerana 2 tokoh yang baik ini sepatutnya menumpukan perhatian kepada musuh sebenar iaitu UMNO/BN. Pastinya Rasulullah saw menangis sekiranya baginda menyaksikan situasi ini sebagaimana telah menangisnya hati-hati sahabat yang mencintai persaudaraan dan ukhuwah Islamiah.

Sesungguhnya di belakang YB. Khalid ada penyokong, begitu juga di belakang YB. Dato’ Dr. Hasan Ali juga ada penyokong maka bersatunya YB. Khalid dengan YB Dato’ Dr. Hasan Ali bererti 2 gerombolan Islam akan bersatu, menghadapkan wajah pada Allah swt memohon kekuatan untuk berhadapan dengan musuh yang bencikan kebaikan dan makruf. Apakah ada di sana sahabat-sahabat yang tidak suka kepada penyatuan ini? Pastinya semua mengharapkan sesuatu yang ajaib akan berlaku kepada 2 tokoh yang kita sayangi ini.

Ya Allah ! Saksikanlah bahawa aku telah menyampaikan isihatiku ini yang juga isi hati pencinta perjuangan Islam, yang mahu melihat kekuatan Islam di dalam kekuatan ukhuwah. Ya Allah, satukanlah kembali hati pendokong-pendokong jamaah Islam PAS. Ya Allah, janganlah hina kami dengan perpecahan hati. Ya Allah, limpahi hati kami dengan nikmat Iman dan kasih sayang. Amin…!!!

11 ulasan:

ahli pas juga berkata...

maaf tuan dr,

mungkin YB khalid boleh meminta maaf dgn dr hassan,itu masalah mereka tapi tuan dr pendapat saya dr hassan perlu meminta maaf kepada 90% ahli pas selangor dan semua penyokong pakatan kerana di sebabkan beliau kami terpaksa berhadapan dengan pelbagai pesepsi buruk dari rakan dan lawan di selangor ini,sehingga banyak kerja2 dakwah kami di pandang rendah oleh masyarakat dan punca utama adalh dr hassan.
mungkin jk displin dan pemimpin lain cuma mendapat lapuran dari pemimpin kawasan atau negeri,cuba turun di cawangan(yg skr byk tidak aktif) buat kajian.

jangan lari dr fakta,jika ada yg pandang sinis dengan hujah saya,ana cabar supaya turun ke cawangan tanpa kehadiran YDP dan buatla kajian.

untuk pengetahuan DR,di selangor dr hassan dan ust nasa sudah megelilingi ke seluruh kawasan dan berjumpa dengan pimpinan kawasan dan asas nya wala,wala dan wala tanpa mereka berhujah salah atau benar

maaf sekali lagi dr

12/2/10 8:48 PTG
pemuda temerloh berkata...

Kesian mereka yg sampai skrg dok masih salahkan Hasan Ali... sdanglan JK Disiplin dah buktikan siapa yg salah??? dua2 salah tapi salah hasan ali berkaitan selcet dan pkns manakan khalid samad bersalah kerana khinati parti... kesalahan yg serius, sepatutnya khalid samad dipancung @ dikeluarkan dari PAS kerana dialah punca segala masalah dalam PAS... dia tuduh hasan ali nak bawa PAS ke dalam umno... tup2 dia yg bersalah dedahkan rahsia parti... SIAPA YG KHINATI PARTI??? puak2 ni tuduh macam2 kat Presiden, Timb. Presiden, SU, Hasan ali dll dengan tuduhan tanpa bukti!!! kalau tak puas hati, buat laporan kat JK Disiplin... jangan tuduh macam2, kalau hanya tuduhan tanpa dikemukan bukti ini FITNAH... WAHAI PUAK2 YG MENUDUH, BUKTIKAN KESALAHAN MEREKA, SUPAYA KESALAHAN MEREKA BOLEH DIBICARAKAN... Jangan buat cerita kat kedai kopi, lepastu melalak satu dunia buat tuduhan macam2... macam inikah pemimpin yg perlu dihormati??? puak2 ni tuduh macam2, hasan ali jawab ke??? Dia PJ, boleh bagi penjelasan kepada anak buahnye, ini saluran Parti, bukan melalak kat BLOG dll... yg penting, BUKTIKAN TUDUHAN!!! kalau tak dapat buktikan JELAS, NYATA LAGI TERANG BAHAWA SELAMA INI KHALID SAMAD & THE GENG ADALAH KAKI FITNAH... Takkan tak boleh bawa bukti kat JK Disiplin kot???

14/2/10 2:18 PG
Tanpa Nama berkata...

salam. tahniah dr hamzah. anta telah memperlihatkan uslub dakwah yang sepatutnya ada pada semua pejuang Islam masakini. inilah nasihat yang ingin kita dengar dan amalkan bagi meneruskan risalah dan misi dakwah kita kepada semua samada yang telah mengaku muslim atau kepada non muslim. teruskan berdakwah .

14/2/10 6:36 PTG
syahnabil berkata...

Assalamualaikum.....

Cadangan Abe Mezoh ni amat baik sekali dan pendapat ahli pas hok di atas tu pun betul jugok.....bilo sayo baco apo hok abe mezoh tulih,sayo faham sebenarnya abe mezoh bukannya semata-mata mitak YB Khalid saja yang mintak maaf tetapi Dr. Hasan juga...tp pasal Dr.Hasan ni kiro bos di Selangor jd mitok anak buah la yg mengalah...sebenarnya kalau Dr.Hasan yang mula dulu tu lagi baik...tok gitu abe mezoh....sebenarnya abe mezoh nok royat gitu tp beliau tak gamak nk cakap....apa-apahal tu memang perlu ada salah satu pihak yang menghulurkan kemaafan terlebih dahulu dan binalah kekuatan PAS yang baru....sekian.

15/2/10 5:30 PTG
Tanpa Nama berkata...

salam ikhlas penuh ukhuwwah

tahniah abe mezoh atas tazkirah anta, ana sokong anta.sbb tu sebagai ahli pas sudah tentu usrah cukup penting. perjuangan pas bukan sekadar semangat dn fakta tetapi yg lebih penting ukhuwwah dn ilmu.sbb tu awal-awal lg as-syahid hasan albanna menyatakan 3 rukun usrah yg perlu kite hayati dn fahami. bagi graduan universiti yg biasa berusrah dan berjemaah ketika dikampus dahulu hendaklah lagi aktif berusrah tika ini. jgn kerana naqib usrah tiada maka kite pun tiada usrah.

"kalau sahabat mencari masa lapang untuk berusrah nescaya sahabat tidak akan berjumpa dengan masa lapang, kerana shabat sentiasa sibuk dengan urusan kerja. justeru itu, lapang-lapangkan masa sahabat utk berusrah, nescaya disana allah akan bukakan seluas-luas waktu utk sahabat menyempurnakan urusan kerja lain" .

16/2/10 2:41 PG
Tanpa Nama berkata...

apabila sudah lama tidak berusrah, bererti sudah semakin hilang sifat sahabat dn ukhuwwah dlm saf perjuangan islam. ana menyeru kepada ahli-ahli pas supaya sentiasa berusrah setiap masa dn ketika. perlu hayati adab-adab dlm berusrah.

buat usrah memang penting. dlm usrah banyak masalah berkaitan dengan isu-isu semasa dpt diselesaikan. mmg kalau ikutkan hati kiter, sudah tentu terbit disana org ni slah, org ni betul. kenape di kalangan ahli pas hari ni mudah melenting? kerana anda sudah lama tidak berusrah disebabkan anda kater naqib usrah sibuk dgn urusan kerja. tidak smestinya naqib usrah tiada anda tok leh usrah........yg PENTING IALAH GERAKKAN USRAH....

16/2/10 3:08 PG
ahli pas Phg juga. berkata...

salam,
satu usaha yang baik kearah kebaikan. Semangat perjuangan dan uslub dakwah perlu berjalan seiring.

kepada pemuda temerloh,
Ternyata anda tidak membuat 'homework' dengan sungguh2 sebelum membuat komentar. Semangat anda di hargai tp hujjah anda amat dangkal dan penuh emosi. Nampak sangat takat mana ilmu anda. Baca betul2 semua tulisan Dr Hamzah. Baca berulangkali. Dia tidak berhujah dengan emosi, dia berhujah dengan ilmu. jangan buat malu pemuda2 temerloh yang lain dan org pahang amnya.

16/2/10 9:59 PG
pemuda cawangan berkata...

kalau betulla komentar itu betul2 datang dr "pemuda temerloh" amat malang buat pas pahang.

generasi pemuda perlu banyak membaca dan buat kajian supaya selalu up to date.

saya pemuda cawangan pingiran batu caves(dun gombak setia dr hassan)
saya seuju apa yg di katankan oleh komen pertama dr "ahli pas juga"

16/2/10 2:52 PTG
pemuda temerloh berkata...

Saya tidak membela hasan ali... malah saya juga bengang dengan sikap dan feel dia... dia memang tak jaga parti... malah??? macam2 saya dengar pasal dia... tapi, saya amat tak puas hati kepada mereka yang membuat tuduhan tanpa bukti... khalid samad menuduh hasan ali nak bawa pas ke dalam umno, tuduh Presiden, Timb. Presiden SU dll nak bawa pas ke dalam umno... BUKTIKANLAH??? mengapa tuduhan tersebut tidak dijatuhkan kepada hasan ali??? dalam blog, tulis dan kata macam2 tapi mengapa tiada tuduhan??? Hasan ali berjaya membuktikan bahawa khalid samad telah membocorkan rahsia parti kepada umum... inilah keadilan... yg menuduh kena buktikan tuduhannya dan yg dituduh berhak untuk membela diri... yg saya mahukan, mengapa tuduhan khalid samad tidak dibuktikan??? itu sahaja. Bila tuduhan tanpa bukti, itulah dinamakan FITNAH... cadangan dr hamzah memang baik... tapi pls jangan gunakan blog... sebelum keputusan JK Disiplin, takde kedengaran tulisannya, mengapa selepas keputusan dibuat, seolah2 keputusan tersebut tidak betul dan adil... jumpalah macam perjumpaan adik beradik. TG Presiden dah nasihat banyak kali supaya jangan gunakan blog untuk cerita hal2 dalaman parti... media memang suka cari mereka2 yg tidak sealiran dengan keputusan parti untuk lariskan media mereka seperti malaysiakini dll... jangan pulak dr hamzah salah seorang yg menjadi punca parti semakin masalah... yg saya tengok, khalid samad jadi macam ni sebab malaysiakini dok beri perhatian kepad dia... mengapa malaysiakini tak dahului kenyatan presiden dll... sebabnya isu tersebut tidak akan sensasi dan menyebabkan media mereka tidak laris... perkara ini perlu disedari oleh dr hamzah... siapa yg keluarkan kenyataan dr hamzah ini??? tak lain adalah malaysiakini... bagi nasihat juga kena melalui ruang yg disediakn oleh parti bukan dlm blog... saya amat tak puas hati kepada mereka2 yg gunakan saluran blog untuk bagi nasihatlah, pandanganlah, komentarlah dll... gunakan saluran parti, walau susah, walau tak layan, walau apa2pun... itulah silabus usrah yg selalu dibentangkan kepada saya... taati pimpinan selagi ianya tidak melanggari syariat... taati keputusan jemaah, jangan pula tak puas hati, buat kenyataan kat blog dll... fahamilah pula pandangan golongan pemuda...

17/2/10 3:07 PTG
Tanpa Nama berkata...

Bukti da ada wahai pemuda temerloh. Rakaman mp3 Dr. Hassan Ali mendedahkan rahsia bai'ah taklid Pas pun dah terbongkar. Bukan ke itu mendedahkan rahsia jamaah? Hairannya benda ni macam sengaja dibuat tak nampak.

22/2/10 12:58 PG
pemuda temerloh berkata...

Habis tu... yg dok pi dedah kat blog buat apa??? pergilah kat JK Disiplin, utk buktikan kesalahannya... MENGAPA JK DISIPLIN TAK JATUHKAN HUKUM ATAS TUDUHAN ITU??? maknanya Khalid Samad tidak berjaya membuktikan tuduhan yg dilemparkannya... cakap macam2, ada buktilah, ada rakaman mp3lah, ada rakaman videolah... JK Disiplin tak boleh buat keputusan ke??? selagi tanpa nama dll cakap macam2 ada bukti, tapi JK Dispilin tak jatuhkan hukuman kpd Hasan Ali, maknanya korang suka sangat buat kerja2 FITNAH??? selagi pihak berwajib (Mahkamah ke, JK Disiplin ke, dll) tidak menjatuhkan hukuman terhadap orang yg dituduh ianya dianggap sebagai FITNAH!!! Hei... JK Disiplin bukan calang2 orang, ada hakim, ada Ulama', ada Profesional dll... mereka ni tak tau proses undang2 ke??? Yg menuduh perlu kemukakan BUKTI, yg dituduh perlu menjawab tuduhan... ini proses undang2 biasa... inipun tanpa nam atak reti ke??? kalau macam tu, aku nak tuduh tanpa nama kaki liwat...

23/2/10 2:27 PG

Catat Ulasan