MAKLUMAN

Blog ini dibina pada 1/1/2010 dan diaktifkan pada 1/2/2010.

Sekian terima kasih.

12 April, 2010

KITA KENA TOLONG BN KALI INI DI HULU SELANGOR

Kesian melihat kepada kedhaifan hidup rakyat yang sepatutnya hidup senang di bumi Malaysia ini. Malaysia kaya dengan minyak. Hasil minyak melebihi RM50 bilion. Hasil balak juga agak besar. Kita boleh tengok hasil balak di Kelantan dari Tahun 1985 – 1989 yang telah ditebang iaitu sebanyak 158,200 hektar. Hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Kelantan pada masa itu ialah RM167.6 juta. Ini bermakna Kerajaan Kelantan memperolehi hasil sebanyak RM1060 sehektar pada tahun tersebut.

Kalau diikut pula hasil balak yang diperolehi pada tahun seterusnya sewaktu pemerintahan Islam maka kita dapati hasil balak sehektar ialah sekitar RM11,880. Ini bermakna sekiranya balak diurus dengan penuh tanggungjawab maka penebangan balak seluas 158,200 hektar selama 5 tahun itu akan menghasilkan sebanyak lebih RM1.8 bilion (di mana perginya wang lebih RM1.7 bilion semasa BN memerintah Kelantan). Itu hasil dari negeri Kelantan. Tak termasuk dari negeri lain terutamanya Pahang, Sabah dan Sarawak yang terkenal dengan hasil balaknya.

Kalaulah hasil minyak yang diperolehi oleh Kerajaan Malaysia sebanyak itu maka saya yakin pelajar sekolah dari sekolah tadika, rendah, menengah, Kolej dan universiti akan mendapat pendidikan percuma. Itu tak termasuk hasil balak.

Kalau begitu keadaannya kenapa rakyat harus hidup menderita dengan tekanan ekonominya. Manakala pemimpin politik pula hidup menderita dengan tekanan politiknya sehingga sesiapa sahaja yang bercakap dan mendedahkan penyelewengan kerajaan akan difitnah dan diaibkan lalu dicari jalan supaya dapat disumbat ke penjara?

Semuanya ini berpunca dari kejahatan dan kezaliman berpanjangan dari UMNO/BN yang telah beraksi lebih 50 tahun menindas,memperbodohkan dan menipu rakyat. Saya tidak memperincikan kezaliman UMNO/BN terhadap rakyatnya kerana terlalu banyak kezaliman, penipuan dan kejahatannya sehingga tak tertulis.Pembaca boleh fikir sendiri antaranya penyelewengan PKFZ, pembelian jet dan kapal selam, stadium runtuh, bangunan universiti belum siap tapi dah runtuh, dan macam-macam lagi.

Dalam Islam, orang yang zalim kita kena tolong. Caranya dalam konteks keazaliman UMNO/BN ialah dengan mempastikan kekalahannya dalam pilihanraya khususnya PRK Hulu Selangor pada 25.4.2010 nanti. Itulah yang diajarkan oleh Nabi saw, bagaimana cara untuk menolong orang yang zalim. Untuk menolong orang yang kena zalim, tak perlulah dihurai panjang kerana semua orang dah tahu. Wallahu’alam.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum W.B.T.,

-Maaf kalau lari dari topik sedikit.

-Ustaz kata sejak PAS memerintah Kelantan (bermula 1990), hasil balak yang diperolehi ialah RM11,880 sehektar. Adakah nilai tersebut berubah (berkurang/meningkat) selepas itu sehingga kini? Sepatutnya kerajaan negeri Kelantan ada pendapatan berbilion ringgit Malaysia (sebelum ditolak perbelanjaan) sehingga ke hari ini (sudah 20 tahun). Jadi kenapa saya lihat keadaan keseluruhan negeri Kelantan masih kurang memuaskan (kebanyakan melalui media massa/elektronik/internet; kali terakhir ke Kelantan hujung 90-an dulu).

-Harap dapat penjelasan supaya tidak timbul persepsi kurang baik terhadap PAS, terima kasih.


Wassalam.

13/4/10 8:00 PG
drrita sandakan berkata...

Salam 1Malaysia...

sejak BN memerintah selama 50 thn..negara aman..cari makan senang..
kalau kata negara miskin..rakyat daif..mana mungkin orang2 pendatang Indon/ Bangla/ Burma beramai-ramai datang ke 1Malaysia ini..jumlah mereka hampir 4 juta..

bersyukurlah dengan apa yang ada..
orang yang tidak bersyukur..adalah orang yang kufur..

13/4/10 9:29 PTG
hadirahman berkata...

salam satu islam bro sandakan!
kalau macam tu bro sandakan xkesah kalau bn makan rasuah asal negara aman .. cari makan senang ... dan ramai pendatang asing dtg cari makan kat negara kita... saya sarankan bro sandakan banyakan membaca alquran terutamanye lepas sembahyang subuh dan insyak..supaya allah swt membuka pintu minda bro sandakan agar dapat menilai dengan nilaian yng sebenar...saya doakan

19/4/10 1:41 PTG
drrita sandakan berkata...

aku juga berdoa untuk mu wahai sahabat Islam ku..

aku berdoa supaya kau tidak kufur..aku berdoa supaya kau tidak mensyukuri nikmat hidup di 1Malaysia..

aku berdoa supaya kau dapat mencari nafkah di 1malaysia bersama-sama yang lain..

aku juga berdoa supaya Allah bukakan hatimu dan nampak yang pemimpin PAS juga amalkan rasuah....ehh salah hadiah..

19/4/10 8:06 PTG
insan berkata...

jangan layan orang umngok.. nanti jadi ngok..
dah lama sangat makan duit haram.. cakap apa pun tak jadi dah.. hati umngok ni semua dah karat hitam hasil wang haram diaorang

29/4/10 9:20 PTG

Catat Ulasan