MAKLUMAN

Blog ini dibina pada 1/1/2010 dan diaktifkan pada 1/2/2010.

Sekian terima kasih.

AIR PERCUMA YANG TIDAK DIKEHENDAKI

Tanggal 5 Disember 2010, boleh dianggap satu tanggal yang bersejarah. Sejarahnya ialah bila seorang ketua kerajaan negeri yang bergelar Menteri Besar telah mengetuai perarakan yang diklasifikasikan sebagai demonstrasi aman.

Biasanya demonstrasi seolah-olah hak milik pembangkang tetapi kini kerajaan pun nak berdemonstrasi juga. Begitulah indahnya bila UMNO lemah. Demonstrasi adalah sebahagian daripada gambaran adanya demokrasi walaupun Negara kita masih bertaraf kuku besi kecil-kecilan.

Menteri Besar Selangor telah mengetuai demonstrasi aman untuk menuntut ‘kemudahan air’ yang menjadi keperluan asas makhluk yang bernyawa. Binatang pun mahukan air. Orang yang menyediakan kemudahan air, dikiranya dapat pahala amal jariah. Seorang hamba yang tidaklah soleh sangat tetapi telah membantu seekor anjing yang dahagakan air. Nabi kata orang itu ahli syurga.

UMNO dan pemimpinnya tidak tak berapa nak fikir tentang amal jariah. Mungkin juga tak fikir pun tentang syurga neraka. Kalau mereka fikir, rasanya Menteri Besar Selangor takkan berdemonstrasi. Isu air Selangor tentunya dah lama selesai. Tapi oleh kerana mereka tak fikirlah maka Menteri Besar Selangor pun habis fikir lalu terpaksa ajak rakyat bersama berdemonstrasi menunutut agar selesaikan segera isu air.

Apabila segerombolan manusia samada pemimpin atau rakyatnya berdemonstrasi maka pusingan pertama peserta demonstrasi telah mendapat air percuma. Tapi air percuma itu, tidak dikehendaki sangat oleh rakyat jelata. Air apa itu? Itulah air semburan yang mengikut kata petugas yang mungkin satu-satunya makhluk yang tak minum,mereka kata terpaksa lepaskan air semburan kepada peserta demonstrasi.
Alhamdulillah nampaknya mungkin tak lama lagi rakyat akan dapati masalah  air di Selangor akan dapat diatasi. Kalau tak banyak, dapat atasi sikitpun jadilah. Asalkan jangan samapai Pengerusi SYABAS dapat elaun yang teramat pelik lumayannya sehingga mencecah RM500K.Hampi setengah juta sebulan. Wallahu ‘Alam
Baca Selanjutnya...

BAHAGIAN AKHIR : PEMIKIRAN SALURAN 1 SEORANG BEKAS KETUA PENGARAH

5. .... PR itu laksana rumah yang dibina tanpa tiang dan landasan kukuh, kecuali bumbung dan dinding untuk berteduh..

Jawapan :
Kalaulah PR dirasakan begitu maka rakyat yang cerdik pula memandang BN bagaikan sebuah rumah yang sudah usang dek umurnya, tiang dan landasannya sudah berkecamuk dan reput dek pemimpin yang kaki rasuah, penindas dan perompak harta rakyat serta negara berkolar putih, gila dan mabuk kuasa dan sudah tentu rumah yang usang atap bumbungnya juga sering menyusahkan kerana kebocoran terutama bila hujan. Pendekata membaiki rumah yang sebegitu memerlukan kos yang tinggi. Jadi buat rumah baru lebih baik dari baiki rumah yang buruk.

6. Penulis membayangkan betapa murninya masjid yang tidak dicampuri dengan unsur-unsur politik sebagaimana murninya masjidil Haram dan Masjid Nabawi yang dipenuhi oleh orang yang sedang beribadat, iktikaf dan membaca al quran.

Jawapan :
Kalau begitu, jelaslah penulis masih tak faham apa itu politik dalam konteks Islam dan apa itu parti. Yang tak sesuai disebut dalam masjid ialah ‘parti’ manakala politik harus dibincang. Apabila masjid tidak membincangkan perkara yang berkaitan dengan kehidupan manusia maka ‘alligment’ kehidupan manusia akan terpesong. Tentu tayar rosak dan boleh membahayakan keselamatan pemamdu dan penumpang.

Kehidupan manusia memerlukan kepada hidup beragama secara resminya maka wujudlah aktiviti ibadah kepada tuhan.Kehidupan manusia juga berkait dengan ekonomi, politik, hiburan dan seumpamanya. Maka semua yang berkaitan dengan kehidupan hendaklah diurus secara Islam.

Justeru itu, untuk mengajar manusia bagaimana hendak mengurus dan melaksanakan kegiatan ibadah, ekonomi, politik, sosial dan seumpamanya maka manusia perlu kepada ‘belajar’. Untuk belajar, manusia perlu ada tempat sebagaimana untuk tidur perlu ada bilik tidur yang ada tilam, katil dan lain-lain. Untuk ‘buang air’ ada tempatnya iaitu tandas. Begitu juga untuk belajar, tempat yang paling sesuai ialah di masjid agar ruh masjid itu di bawa keluar oleh manusia untuk mengurus tadbir dan mempraktikkan ibadah, ekonomi, politik dan sosial yang mereka pelajari itu.

Dalam masjid orang tidak di ajar menipu maka ruh ini kalau di bawa keluar maka kita akan dapati orang tidak akan menipu dalam mengurus ekonomi dan politik. Pendekata kalau politik dan ekonomi dibincangkan di masjid maka kehidupan manusia akan lebih selamat dan sejahtera.

Maka UMNO dan mereka yang berfikiran ‘saluran 1’ yang tidak mahu membincangkan persoalan ekonomi dan politik serta sosial di masjid telah menyebabkan halal dan baiklah bagi mereka sekiranya wang petronas hangus entah ke mana, manusia di bunuh sewenangnya seperti di Memali, Tanah Melayu di gadaikan dan banyak lagi penyelewengan ekonomi dan politik.

Mudah-mudahan rakyat Malaysia cepat-cepat jadi cerdik kerana selagi mana rakyat tidak cerdik atau cerdik sehingga berjawatan tinggi tetapi berfikiran ‘saluran 1’ maka selagi itulah UMNO/BN akan terus memerintah.

Sekian.
Baca Selanjutnya...

BAHAGIAN 2 : PEMIKIRAN SALURAN 1 SEORANG BEKAS KETUA PENGARAH

Sambunga dari PEMIKIRAN SALURAN 1 SEORANG BEKAS KETUA PENGARAH, menjawab beberapa persoalan yang dibangkitkan dalam tulisannya>

2. Bolehkah cerdik pandai Melayu kita luangkan sedikit masa untuk bincangkan isu sokongan PAS kepada DAP dalam menghadapi pilihanraya akan datang ?

Jawapan :

Insya allah andai benar itu kehendak penghantar SMS yang mendapat perhatian penulis maka saya bersedia untuk berdiskus dengan penulis yang merupakan bekas Ketua Pengarah, bagi mewakili penghantar SMS itu. Walau pun saya bukan hebat dan bukan seorang tokoh PAS namun untuk berdepan dengan orang yang mempunyai Pemikiran Saluran 1, cukuplah berdiskus dengan saya. Tetapi ingat !!! saya hanya bukan tokoh PAS sahaja tetapi saya bukan seorang yang mempunyai Pemikiran Saluran 1.

3. Masa depan Orang Melayu di Sarawak berada di hujung tanduk. Bila-bila masa mereka dapat ditenggelamkan oleh kaum Cina dan Iban Sarawak.

Jawapan :

Kalau benar dakwaan di atas, ternyatalah bahawa kerana Kerajaan pimpinan UMNO/BN lah maka jadinya begitu. PAS dan DAP tak pernah perintah Sarawak. Dan saya mengajak rakyat Sarawak supaya buatlah keputusan yang nekad dan muktamad untuk berubah dengan mengundi PAS, PKR dan DAP dalam pilihanraya akan datang agar Kerajaan Pakatan Rakyat dapat meletak kembali orang Melayu Sarawak atas bumi nyata bukan lagi atas hujung tanduk.

4. ....... tetapi masa biasa DAP dok susun strategi hapuskan hak-hak Melayu.

Jawapan :

Apakah dakwaan itu benar atau sebaliknya, saya tak pasti tetapi kalau dilihat kepada jawapan saya terhadap persoalan pertama maka ternyata P. Pinang yang ditadbir oleh DAP sekarang ini sedang menjaga hak-hak orang Melayu termasuk meneliti semula kedudukan tanah-tanah wakaf yang dikatakan banyak disalahurus dan berlaku penyelewengan oleh Kerajaan UMNO/BN dulu. Lagi satu, kalau benar DAP sedang susun nak hapus hak-hak orang Melayu maka sebenarnya DAP terpaksa menghabiskan masa yang banyak untuk mencari mana satukah hak orang Melayu yang hendak dihapuskan kerana telah banyak hak orang Melayu telah dihapuskan sendiri oleh UMNO yang didakwa pejuang Melayu.

Apakah DAP yang menghapuskan keistiumewaan raja-raja Melayu? Apakah DAP yang serahkan tanah Singapura kepada orang-orang Cina? Apakah DAP yang mengurangkan tanah rizab Melayu atau UMNO/BN? Sila baca di sini   Apakah DAP yang tidak memberi biasiswa kepada pelajar Melayu, sebaliknya ditukar kepada pinjaman sehingga pelajar terpaksa berhutang semasa belajar lagi? Apakah DAP yang serahkan 2 kawasan bertelaga minyak kepada Brunei yang dianggarkan mempunyai nilai RM320 bilion dan yang tebaru penyerahan Tanah Melayu milik KTMB secara resmi kepada Singapura? Apakah DAP yang menukar cuti Hari Jumaat kepada Ahad di Johor? Dan banyak lagi hak-hak Melayu yang dihapuskan oleh UMNO sendiri.

bersambung ..

Baca Selanjutnya...

PEMIKIRAN SALURAN 1 SEORANG BEKAS KETUA PENGARAH (BAHAGIAN 1)

Saya telah membaca satu cetusan seorang bekas Ketua Pengarah salah sebuah agensi kerajaan Malaysia. Agensi itu pula adalah lubuk ilmu. Bila membaca rencana tulisannya maka saya dapati ianya seolah-olah rencana terhasil terhasil dari seorang Ketua Cawangan UMNO. Tak menggambarkan ia seorang bekas Ketua Pengarah sebuah agensi yang terdapat banyak buku-buku untuk menjadikannya sebagai seorang ilmuan hakiki.

Beliau juga menceritakan bahawa beliau baru pulang dari Mekah kerana menunaikan Ibadah Umrah. Sepatutnya pemikirannya telah menjadi suci sesuci jiwanya yang baru pulang dari Umrah. Tetapi malangnya, apabila membaca tulisannya dalam sebuah akhbar harian dalam ruangan cetusan pada hari ini 26.5.2010 maka ternyata pemikirannya masih berserabut dan cemar dengan ketaksuban melulunya kepada UMNO. Maka jadilah pemikirannya bagaikan ‘Pemikiran Saluran 1’ iaitu satu pemikiran yang amat susah untuk berubah kecuali tetap pendiriannya dengan UMNO. Alasannya ialah kerana UMNO lah kami yang dulunya makan ubi kayu tapi kini akhirnya kami makan nasi. Tulisannya boleh dibaca setiap minggu. Saya rasa terpanggil untuk turut menulis menjawab isi kandungan tulisannya terutamanya yang berkaitan dengan politik tanahair.

Antara tulisan beliau yang diutarakannya bersandarkan SMS dari rakan-rakannya setelah kembali dari UMRAH ialah :

1. Kekecewaan dengan trend kepimpinan Melayu dan Islam dengan mengenengahkan satu persoalan, apakah YAB Menteri Besar Kelantan sedar atau arif tentang ancaman kepada umat dan Islam sekarang dengan kebangkitan DAP, terutama muda mudi Cina yang telah diasuh dan dididik secara halus dan terancang supaya bencikan Kerajaan (sama ada Kerajaan pula sedar atau tidak) di sekolah-sekolah SJKC sejak lebih 20 tahun?

JAWAPAN
1. Kenapakah kita harus merasa kecewa dan terancam dengan kebangkitan DAP yang mana kebangkitannya sama dengan kebangkitan PAS & PKR bahkan PAS telah mendahului kebangkitan itu dengan menolak UMNO/BN sejak Tahun 1959 dengan menawan Kelantan dan Terengganu. Kemudian bangkit semula pada Tahun 1990 dengan menawan kembali Kelantan dari UMNO/BN sehingga sekarang. Pada Tahun 1999, PAS sekali lagi berjaya menawan kembali Terengganu dan kekal hingga Tahun 2004. Diikuti pula dengan Kedah pada Tahun 2008 hingga sekarang. Manakala DAP pula baru saja bangkit dengan berjaya menawan Pulau Pinang dan PKR pula berjaya mengurus tadbir Kerajaan Selangor hingga sekarang. Yang jelas dan perlu diketahui dan disedari ialah kebangkitan ini adalah kebangkitan rakyat bukan kebangkitan PAS, PKR dan DAP.

2. Umat Islam dan Bangsa Melayu tidak terancam sama sekali dengan kebangkitan DAP itu. Yang jelas, pemimpin UMNO/BN yang terancam kerana susah untuk hidup tanpa rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan harta rakyat dan tidak berpeluang memunggah hasil negara. Sejak Pakatan Rakyat memerintah termasuk DAP di P. Pinang, projek-projek dibuat secara terbuka tetapi ianya tetap memihak kepada Kaum Bumiputera seperti mana tender yang telah berjaya diraih oleh lebih kurang 67% kaum Bumiputera di P. Pinang. Termasuk 1 tender Program Perlindungan Insurans Komprehensif untuk Bangunan & Harta Tetap Perbadanan Pembangunan P. Pinang yang dimenangi oleh Syarikat Melayu iaitu STMB yang menawarkan harganya RM777351.40 sedangkan Starling Insurans Broker Sdn Bhd pula menawarkan harga tendernya sebanyak RM777351.48. Ini menjadikan STMB (yang dimiliki oleh bumiputera) memenangi tender tersebut dengan perbezaan 8 sen.

Lain pula dengan tender yang dibuat oleh Kerajaan UMNO/BN yang mana harga komputer riba bagi satu set bernilai lebih kurang RM5000.00 tetapi agensi kerajaan di bawah Kerajaan UMNO/BN pula memilih untuk membayar sehingga RM84,640 untuk dua set komputer riba bagi kegunaan makmal Kolej Kemahiran Tinggi Balik Pulau. Ini adalah teguran oleh odit Negara bukannya PAS atau PKR atau DAP.

Jadinya, Melayu dan Islam tidakpun terancam bila berlaku kebangkitan DAP. Yang terancam ialah pemimpin UMNO/BN.Buat makmal, makmal runtuh. Buat stadium, stadium runtuh. Buat univesiti pun runtuh juga. Itulah nasib bila projek dibuat berasaskan rasuah.

Di P.Pinang , DAP telah memperuntukkan kepada Hal Ehwal Agama Islam sebanyak RM24.3 juta pada Tahun 2010 dan RM20.5 juta pada Tahun 2009 manakala UMNO pula hanya memperuntukkan sebanyak RM12.5 juta sahaja. Pada Tahun 2008 seramai 102 penghafaz al quran telah menerima RM300 manakala pada Tahun 2009 pula seramai 137 orang penghafaz al quran menerima RM500.

Kutipan zakat di P. Pinang pada Tahun 2008 ialah sebanyak RM41.76 juta manakala pada Tahun 2009 pula sebanyak RM47.95 juta. Kerajaan DAP P. Pinang juga telah menubuhkan Majlis Syura yang dianggotai oleh seramai 29 orang anggota sedangkan Kerajaan UMNO/BN pula memecat mufti yang menentang perbuatan mungkar mereka.

Yang terbaru Kerajaan UMNO/ BN telah meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia tetapi pemimpin DAP seperti YB Anthony Lok, YB Lim Kit Siang dan lain-lainnya telah menentang dan meminta kerajaan membatalkan hasrat tersebut.

Yang terbaru lagi ialah lenyapnya 2 lubuk minyak Malaysia yang dibuat oleh UMNO/BN tetapi DAP pula yang meminta supaya disiasat isu ini. Persoalannya kenapa penulis dan orang seumpamanya tidak berzikir k eseluruh negara atau paling tidakpun berzikir dalam tulisannya dengan menyatakan ini adalah satu pengkhianatan terhadap negara?! Dan banyak lagi bukti bahawa kekuasaan UMNO/BN adalah ancaman kepada rakyat, negara, bangsa dan negara.

3. Penulis yang mewakili penghantar SMS telah tahu samada secara sedar atau tidak tentang wujudnya gerakan bencikan kerajaan sejak 20 Tahun yang lalu maka penulis dan penghantar SMS itu hendaklah bertanggungjawab melapurkan kepada polis. PAS, PKR dan DAP telah banyak membuat lapuran polis tentang penyelewengan pemimpin UMNO/BN serta apa jua ucapan dan tingkah laku yang boleh menimbulkan huru hara dalam negara tetapi tidak mendapat aksi yang sewajarnya dari pihak keselamatan bahkan orang yang membuat lapuran pula yang disiasat bukannya orang yang kena lapur. Jadi eloklah penulis buat lapuran polis sesegera mungkin atas gerakan anti kerajaan itu.

Bersambung ...
Baca Selanjutnya...

BERITA BARU : RAKYAT BOLEH TERUS JUMPA NAJIB JIKA ADA MASALAH..!!!??

Berdasarkan perkhabaran, ternyata Saiful telah berjumpa Dato’ Seri Najib. Sebelum ini beliau jumpa Najib kerana nak mohon biasiswa. Lepas tu ‘ubah sebab’ kepada jumpa Najib kerana nak buat aduan. Aduannya ialah, Dato’ Seri Anwar meliwat beliau. Cara liwatnya pula, kadang-kadang ‘sukarela’ dan kadang-kadang ‘dipaksa’.

Apa yang menarik ialah layanan istimewa Najib pada rakyatnya yang bernama Saiful. Layanannya itu sesuai dengan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Selepas Saiful mengadu, ACP Rodwan Yusof terus telefon Saiful. Jalan ceritanya menarik tetapi orang boleh ‘baca’ bahawa ini adalah satu perancangan.

Kalau itulah cara Najib layan rakyat maka saya mengesyorkan agar mana-mana rakyat yang ada masalah, terus jumpa Najib. Ceritalah apa masalahnya. Insya Allah Najib akan selesaikan secepat mungkin.

Kalau rakyat ada masalah tanah, Najib akan beri No. HP pengadu kepada Menteri Besarnya supaya Menteri Besarnya boleh terus buat panggilan kepada pengadu.

Kalau masalah biasiswa atau pinjaman untuk menyambung pelajaran, Najib akan terus bagi No. HP pengadu kepada Pengerusi atau pengarah yang berkaitan dengan PTPTN supaya pihak PTPTN menghubungi pengadu.

Seandainya ada rakyat yang membuat aduan tetapi Najib tidak melayan aduan itu sebagaimana beliau melayan Saiful maka sahlah kes Saiful vs Anwar ni ada udang disebalik batu.

Kebiasaannya kalau ada apa-apa aduan pun kepada mana-mana ‘orang besar’, habis tinggi ‘orang besar’ akan bagi memo. Tak la sampai bagi nombor HP pengadu kepada ‘orang kecil’ di bawah.

Biasanya ‘orang besar akan bagi No. HP kepada pengadu supaya hubungi atau jumpa ‘orang kecil’ yang boleh menyelesaikan masalah pengadu. Tak La samapai ‘orang kecil’ kena telefon pengadu.

Ohhh..., hebat sungguh lakunan tetapi lakunannya dapat dihidu oleh orang lain.
Baca Selanjutnya...

KENAPALAH YB. LIM KIT SIANG MELARANG PENDEDAHAN ....

YB. Lim Kit Siang telah menggemparkan rakyat Malaysia khususnya yang muslim apabila melarang ahli DAP khususnya penceramah-penceramah DAP yang berkempen di Hulu Selangor agar jangan mendedahkan salah laku seks bekas Menteri Kesihatan Dato’ Seri Chua Soi Lek. Mungkin ada pemimpin UMNO yang akan berkata, Lim Kit Siang dan DAP adalah pemimpin dan parti yang tidak bermoral kerana tidak mendedahkan keburukan perangai bekas menteri kesihatan itu.

Ya....!! Berita larangan ini dianggap pelik dan menggemparkan kerana YB. Lim Kit Siang bukanlah seoraang muslim. Tapi... tindakannya itu bertepatan dengan kehndak Islam yang tidak membenarkan seseorang membuka keaiban diri orang lain apatah jika orang itu telah bertaubat. Tetapi pemimpin UMNO/BN dengan ghairah dan pelahapnya telah menjaja keaiban Dato’ Zaid. Namun Allah swt yang Maha Kuasa telah memperlihatkan kuasanya.

Allah swt telah membuka aib pemimpin-pemimpin UMNO yang minum arak, lengkap dengan gambar yang asli. Benarlah sabda Nabi saw yang menyatakan sesiapa yang menutup keaiban orang lain maka Allah akan tutup keaiban dirinya. Dan sesiapa yang mebuka keaiban orang lain maka Allah akan membuka keaiban dirinya. Inilah yang dikatakan kuasa Allah. Sekarang pemimpin UMNO kelihatan mengelabah dengan pendedahan ini. Tambahan pula YB. Lim Kit Siang telah mencabar menteri-menteri UMNO/BN yang tidak minum arak. Kalau dizahirkan cerita pemimpin UMNO yang minum arak nescaya menteri-menteri UMNO hanya tinggal separuh sahaja dari yang ada.

Dalam bab arahan berupa larangan oleh YB. Lim Kit Siang ini, saya ada keyakinan yang cukup tinggi bahawa seandainya pemimpin-pemimpin DAP mendapat gambaran yang jelas tentang hukum hudud dari pimnpinan PAS tentang kebaikannya dan tidak dikaburkan pula oleh pemimpin UMNO nescaya kita akan menyaksikan satu lagi berita anih iaitu DAP mendesak supaya dilaksanakan hukum hudud di negara ini. Baca di sini

Jelas lagi terang bahawa UMNO/BN memang tidak berakhlak dan bermoral bahkan tidak mengerti apa itu akhlak dan apa itu moral serta apa itu maruah.
Baca Selanjutnya...

MEMANG DATO' ZAID BERNAFSU BESAR !!

Sewaktu Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19.12.2009 tempohari saya melihat betapa terujanya ketiga-tiga pemimpin parti samada dari PAS, PKR atau DAP. Lebih terserlah lagi apabila YB. Karpal Singh dan YB. Lim Kit Siang berada sepentas bersama 2 Tok Guru PAS iaitu YAB Tok Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan YB. Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Sempat juga YB. Karpal Singh menzahirkan keterujaannya dengan menyatakan bahawa pada hari tersebut beliau telah diapit oleh 2 Tok Guru. Sememangnya konvensyen PR tempohari mencatatkan titik tolak pergerakan secara resmi PR untuk mara menumbangkan BN dalam PRU akan datang.

Apa yang menarik bagi saya yang turut serta dalam konvensyen tersebut ialah apabila tiba giliran Dato' Zaid berucap di mana ucapannya berjaya menarik perhatian hadirin sehingga berkali-kali mendapat tepukan walaupun ucapannya tidaklah sehebat Haji Hadi dan Anwar Ibrahim.

Cukuplah saya katakan bahawa semasa beliau berucaplah, air mata saya bercucuran kegembiraan kerana seorang yang pernah mempamirkan kehebatan menentang hukum hudud semasa dalam UMNO/BN, tiba-tiba pada hari tersebut telah mempamirkan 'nafsu besar'nya yang ingin melihat Pakatan Rakyat menjadi sebuah garuda, untuk merempuh dan memusnahkan UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti. Beliau benar-benar bernafsu untuk melihat PAS dapat memnbantu PKR & DAP, PKR dapat membantu PAS & DAP dan DAP membantu PAS & PKR dalam mana-mana tempat kawasan parlimen atau DUN bagi mempastikan UMNO/BN tewas dan tersungkur dalam PRU akan datang. Beliau cuba menyedarkan ketiga-tiga pemimpin parti dan penyokong masing-masing bahawa semua parti berada pada tahap yang 'lemah' yang memerlukan bantuan dari parti lain. Semua parti akan menjadi kuat sekiranya mengakui betapa perlunya ketiga-tiga parti itu bergabung dalam satu wadah iaitulah Pakatan Rakyat. Selagi mana ketiga-tiga parti tidak bersatu, selagi itulah UMNO/BN akan terus memerintah dan meratah negara.

Maka tidak hairanlah kalau DS Anwar serta PAS dan DAP memberi mandat kepadanya bersama dengan beberapa pimpinan yang lain, untuk menggubal satu dasar dan garis panduan bagi perjalanan PR agar ianya benar-benar berkesan dan berupaya menjadi satu gagasan yang kuat bagi menghadapi BN.
Baca Selanjutnya...