MAKLUMAN

Blog ini dibina pada 1/1/2010 dan diaktifkan pada 1/2/2010.

Sekian terima kasih.

13 April, 2010

BANDINGKAN BALAK PAS DENGAN BALAK UMNO/BN

Ada seorang pengunjung tanpa nama meminta saya memperincikan tentang kemana perginya wang yang dianggarkan RM1.7 bilion, yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat atau digunakan untuk pembangunan. Beliau meminta saya menjelaskannya kerana dibimbangi boleh menimbulkan persepsi buruk kepada Kerajaan PAS di Kelantan. Ini bermakna mungkin ramai yang menyangka bahawa wang sebanyak lebih kurang RM1.8 bilion itu diurus oleh Kerajaan PAS di Kelantan. Baca di sini.

Teks dalam posting saya yang memerlukan penjelasan semula oleh ‘tanpa nama’ adalah seperti di bawah :

Kesian melihat kepada kedhaifan hidup rakyat yang sepatutnya hidup senang di bumi Malaysia ini. Malaysia kaya dengan minyak. Hasil minyak melebihi RM50 bilion. Hasil balak juga agak besar. Kita boleh tengok hasil balak di Kelantan dari Tahun 1985 – 1989 yang telah ditebang iaitu sebanyak 158,200 hektar. Hasil yang diperolehi oleh Kerajaan Kelantan pada masa itu ialah RM167.6 juta. Ini bermakna Kerajaan Kelantan memperolehi hasil sebanyak RM1060 sehektar pada tahun tersebut.

Kalau diikut pula hasil balak yang diperolehi pada tahun seterusnya sewaktu pemerintahan Islam maka kita dapati hasil balak sehektar ialah sekitar RM11,880. Ini bermakna sekiranya balak diurus dengan penuh tanggungjawab maka penebangan balak seluas 158,200 hektar selama 5 tahun itu akan menghasilkan sebanyak lebih RM1.8 bilion (di mana perginya wang lebih RM1.6 bilion semasa BN memerintah Kelantan). Itu hasil dari negeri Kelantan. Tak termasuk dari negeri lain terutamanya Pahang, Sabah dan Sarawak yang terkenal dengan hasil balaknya.

Untuk lebih jelas maka saya rumuskan seperti berikut :

1. Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai pembalakan di Kelantan, perkara asas yang perlu diketahui ialah Majlis Perhutanan Negara hanya membenarkan Kerajaan Kelantan menebang balak sebanyak 6890 hektar setahun atau sebanyak 34,450 hektar untuk 5 tahun.

2. Pada Tahun 1985 – 1989 sewaktu BN memerintah Kelantan, kawasan balak yang telah ditebang dalam tempoh 5 tahun tersebut ialah sebanyak 158,200 hektar dengan pendapatan untuk kerajaan negerinya sebanyak RM167.6 juta. Ini bermakna Kerajaan BN Kelantan pada masa itu memperolehi hasil secara puratanya sebanyak RM1060 bagi setiap hektar kawasan balak.

3. Manakala pada Tahun 1994 – 1998 iaitu sewaktu PAS memerintah Kelantan, kawasan balak yang telah ditebang dalam tempoh 5 tahun tersebut ialah sebanyak 30,451 hektar dengan pendapatan untuk kerajaan negerinya sebanyak RM361,77 juta. Ini bermakna Kerajaan PAS Kelantan pada masa itu memperolehi hasil secara puratanya sebanyak RM11,880 bagi setiap hektar kawasan balak.

4. Ini bermakna pengurusan balak oleh PAS (1994 – 1998) lebih baik jika dibandingkan dengan BN (1985 – 1989) di mana Kerajaan PAS Kelantan hanya menebang balak sebanyak 30,451 hektar sahaja dalam tempoh 5 tahun iaitu kurang sebanyak 3,999 hektar daripada keluasan yang dibenarkan oleh Majlis Perhutanan Negara (Jumlah yang dibenarkan untuk tempoh 5 tahun ialah 34,450 hektar)

5. Berbanding dengan pengurusan balak oleh BN (1985 – 1989 ) di mana Kerajaan BN Kelantan telah menebang balak sebanyak 158,200 hektar dalam tempoh 5 tahun iaitu melebihi had sebanyak 123,750 hektar daripada had yang dibenarkan oleh Majlis Perhutanan Negara (Jumlah yang dibenarkan untuk tempoh 5 tahun ialah 34,450 hektar)

6. Anihnya lagi ialah bilamana pendapatan hasil balak oleh Kerajaan BN sepanjang tempoh 5 tahun tersebut terlalu kecil (RM167.6 juta) sedangkan kawasan balak yang ditebangnya pula teramat luas (158,200 hektar).

7. Berbanding dengan pendapatan yang diperolehi oleh Kerajaan PAS untuk tempoh 5 tahun, didapati teramat besar (RM361,77 juta) sedangkan kawasan balak yang ditebang oleh Kerajaan PAS pula teramat kecil (30,451 hektar)

8. Lihat pula purata hasil balak bagi setiap hektar di mana semasa BN memerintah Kelantan, puratanya untuk tempoh 5 tahun ialah RM1060 sehektar manakala semasa PAS memerintah Kelantan pula untuk tempoh yang sama ialah RM11,880 sehektar.

9. Seandainya PAS mengurus kawasan pembalakan seluas 158,200 hektar mengikut harga purata semasa PAS memerintah sepanjang 1994 – 1998 iaitu RM11,880 maka Kerajaan Negeri Kelantan akan memperolehi pendapatan sebanyak lebih kurang RM1.8 bilion (RM11,880 X 158,200 hektar = RM1,879,416,000).

10. Persoalannya kemana ghaibnya wang sebanyak lebih kurang RM1.7 bilion (RM1,879,416,000 – RM167,600,000 = RM1,711,916,000) yang sepatutnya diperolehi oleh Kerajaan Negeri pada masa itu (1985 -1989).

11. Hal yang sama berlaku di Kedah di mana semasa BN memerintah, hasil balak hanya RM7-8 juta sahaja. Namun apabila PAS memerintah, hasil balak meningkat kepada lebih kurang RM30 juta.

Kesimpulan :

Sekiranya Kerajaan UMNO/BN terus memerintah negeri dan negara maka mereka akan terus meratah hasil negeri dan negara untuk kepentingan dan kemewahan hidup pemimpin-pemimpin mereka.

Bukan itu sahaja malah mereka akan terus melakukan penyelewengan dana negara atas nama pembangunan dan juga projek untuk kemudahan rakyat dan ini boleh dilihat kepada tender pembelian komputer riba yang bernilai hanya sekitar RM4500 sahaja tetapi Kerajaan UMNO/BN menerima tender bagi barang tersebut dengan harga RM42,000 sehingga ditegur oleh Audit Negara. Dan banyak lagi penyelewengan yang pembaca boleh ingat kembali.

Untuk itu, saya menyeru semua petugas PAS, PKR dan DAP serta semua yang merasa bertanggungjawab agar memberi sumbangan tenaga dan wang ringgit bagi membantu BN di Hulu Selangor iaitu dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk mempasti kekalahan BN dalam PRK tersebut. demi menyelamatkan pemimpin UMNO/BN dari terus melakukan kezaliman, kejahatan dan penyelewengan dalam pemerintahan. Wallahu’alam.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum W.B.T.,

-Terima kasih atas penjelasan ustaz. :)

Wassalam.

16/4/10 3:18 PTG
aiemaan assyubainy berkata...

Allahu akbar.. indahnya alam bila islam memerintah.. amanah jadi peganyak... penyangak tak kacau pentadbiran

22/4/10 12:20 PTG

Catat Ulasan