MAKLUMAN

Blog ini dibina pada 1/1/2010 dan diaktifkan pada 1/2/2010.

Sekian terima kasih.

22 April, 2010

MEMANG DATO' ZAID BERNAFSU BESAR !!

Sewaktu Konvensyen Pakatan Rakyat pada 19.12.2009 tempohari saya melihat betapa terujanya ketiga-tiga pemimpin parti samada dari PAS, PKR atau DAP. Lebih terserlah lagi apabila YB. Karpal Singh dan YB. Lim Kit Siang berada sepentas bersama 2 Tok Guru PAS iaitu YAB Tok Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan YB. Tok Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Sempat juga YB. Karpal Singh menzahirkan keterujaannya dengan menyatakan bahawa pada hari tersebut beliau telah diapit oleh 2 Tok Guru. Sememangnya konvensyen PR tempohari mencatatkan titik tolak pergerakan secara resmi PR untuk mara menumbangkan BN dalam PRU akan datang.

Apa yang menarik bagi saya yang turut serta dalam konvensyen tersebut ialah apabila tiba giliran Dato' Zaid berucap di mana ucapannya berjaya menarik perhatian hadirin sehingga berkali-kali mendapat tepukan walaupun ucapannya tidaklah sehebat Haji Hadi dan Anwar Ibrahim.

Cukuplah saya katakan bahawa semasa beliau berucaplah, air mata saya bercucuran kegembiraan kerana seorang yang pernah mempamirkan kehebatan menentang hukum hudud semasa dalam UMNO/BN, tiba-tiba pada hari tersebut telah mempamirkan 'nafsu besar'nya yang ingin melihat Pakatan Rakyat menjadi sebuah garuda, untuk merempuh dan memusnahkan UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti. Beliau benar-benar bernafsu untuk melihat PAS dapat memnbantu PKR & DAP, PKR dapat membantu PAS & DAP dan DAP membantu PAS & PKR dalam mana-mana tempat kawasan parlimen atau DUN bagi mempastikan UMNO/BN tewas dan tersungkur dalam PRU akan datang. Beliau cuba menyedarkan ketiga-tiga pemimpin parti dan penyokong masing-masing bahawa semua parti berada pada tahap yang 'lemah' yang memerlukan bantuan dari parti lain. Semua parti akan menjadi kuat sekiranya mengakui betapa perlunya ketiga-tiga parti itu bergabung dalam satu wadah iaitulah Pakatan Rakyat. Selagi mana ketiga-tiga parti tidak bersatu, selagi itulah UMNO/BN akan terus memerintah dan meratah negara.

Maka tidak hairanlah kalau DS Anwar serta PAS dan DAP memberi mandat kepadanya bersama dengan beberapa pimpinan yang lain, untuk menggubal satu dasar dan garis panduan bagi perjalanan PR agar ianya benar-benar berkesan dan berupaya menjadi satu gagasan yang kuat bagi menghadapi BN.

0 ulasan:

Catat Ulasan