MAKLUMAN

Blog ini dibina pada 1/1/2010 dan diaktifkan pada 1/2/2010.

Sekian terima kasih.

09 April, 2010

CANTIKNYA KALAU DATIN PADUKA CHEW MEI FUN SEORANG ISLAM

Ketua Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun telah meletak jawatan sebagai ketua sayap partinya. Bukan setakat itu sahaja, malah sebagai timbalan menteri dan juga senator. Bukan senang untuk meletakkan jawatan apatah lagi jawatan yang berimbuhan seperti jawatan Senator dan Timbalan Menteri. Ianya hampir sama dengan tindakan Dato’ Zaid Ibrahim yang melepaskan jawatan Menteri dan Senator sebelum ini.

Sebelum daripada itu, MCA telah mengadakan EGMnya pada 28.3.2010. Sebelum EGM, pimpinan mereka pakat letak jawatan untuk membolehkan EGM diadakan.

Kes di atas amat menarik bagi saya. Ianya menggambarkan kelebihan Orang Cina. Politik mereka amat bermaruah. Kerja mereka amat rajin dan berkualiti. Berniaga mereka amat menjadi. Perangai orang Cina macam juga orang Jepun. Muka pun hampir sama. Orang Jepun kuat bekerja dan amat menghargai masa. Sehinggakan kerajaan buat dasar pandang ke timur lalu ramai pegawai kerajaan dihantar ke sana untuk berkursus. Lalu dalam ceramah pegawai kerajaan hatta dalam ceramah jamaah Islam termasuk PAS, menceritakan kehebatan orang Jepun menjaga masa. Maknanya kita hanya mampu membawa balik cerita orang Jepun yang amat menjaga masa. Kita tidak mampu membawa balik perangai orang Jepun yang amat menepati masa walaupun kita mengakhiri mesyuarat kita yang sentiasa lewat itu, dengan Surah Al Asr.

Seandainya orang Cina dan Jepun itu Islam, nescaya Islam akan cepat berkembang. Banyak sifat dan tingkah laku yang baik, ada pada mereka termasuk hormat tetamu. Patutlah Nabi saw suruh belajar walaupun hingga ke Negeri Cina. (Pertama : Hadis ini tak kuat. Tak kuat maknanya Dhaif. Tapi apa salahnya kita ambil kata-katanya yang dilihat ada betulnya. Kedua : Nabi saw tak sebut Jepun dan Korea sebab mereka dari kelompok yang sama. Jadi, tak perlulah sebut satu persatu)

Rakyat Melaka bahkan orang Melayu pada asalnya beragama Hindu. Laksamana Cheng Ho adalah antara orang yang datang membawa Islam ke Melaka. Laksmana Cheng Ho tu Islam, orangnya. Maknanya orang Melayu diislamkan oleh Orang Cina rupanya. Tapi UMNO telah menjauhkan orang Cina dari Islam. Inilah antara dosa UMNO.

Walaupun UMNO berkawan dengan Cina MCA berdekad lamanya namun Cina MCA tak faham-faham Islam. Berbeza dengan PAS yang baru 2 tahun berkawan rapat dengan Cina DAP dan PKR, mereka dah mula nak baca ayat al quran. Paling lekeh, mereka bagi salam bila berucap di hadapan orang Islam. Tapi Islam UMNO dan ulama’nya pula marah bila Cina DAP & PKR baca al quran. Hal yang sama berlaku kepada orang India yang berubah sehingga lidahnya menjadi lembut bila berkawan dengan PAS. Boleh baca ayat al quran, bagi salam dan baca muqaddimah dalam Bahasa Arab ketika berucap, macam Balasubramanium dan Gobala. Khabarnya dah ramai orang India dari Kelab Penyokong PAS yang berhenti minum arak.

Berbalik kepada perletakan jawatan pimpinan MCA menunjukkan pemimpin Cina ada maruah. Alangkah bahagianya hidup di dunia ini khususnya di dunia Malaysia andaikata pemimpin UMNO mengambil sikap yang sama macam pemimpin MCA. Ini menunjukkan mereka bukan jenis ‘hubbur riyasah’ atau suka nak jadi pemimpin. Sayang, mereka memilki sifat yang mulia dalam Islam iaitu tidak suka jadi pemimpin tapi sayang juga mereka tidak Islam. Cantiknya kalau mereka tu seorang muslim.

Berbeza dengan orang Melayu, yang kebanyakannya sukakan jawatan atau menjadi pemimpin. Dalam UMNO, ada pemimpin yang ada asas untuk dikaitkannya dengan altantuya kerana bom C4 adalah berada di bawah kawalan kementeriannya. Ada pemimpin yang ada asas untuk dikaitkan dirinya dengan kehilangan enjin jet sehingga kapal terbang yang sepatutnya terbang tetapi akhirnya tidak boleh terbang. Begitu juga nasib kapal selam yang sepatutnya boleh menyelam tetapi tidak boleh menyelam. Kaitannya samada dari sudut ia memang terlibat dalam kes jenayah tersebut atau mungkin jenayah tersebut berlaku dek kerana ia seorang menteri yang lemah. Semuanya ini mungkin menyebabkan beliau akan letak jawatan sekiranya beliau itu adalah orang Cina.

Tapi sayangnya beliau adalah seorang Melayu. Orang Melayu dalam bab begini, tiada maruah dan harga diri. Orang Melayu suka pegang jawatan. Beliau orang Melayu dan yang mengundi dan menyukai beliaupun orang Melayu.

Kalau beliau tiada maruah kerana isu-isu tersebut, tetapi masih mahu memegang jawatan atau terus ingin menjadi pemimpin, tidak mengapa. Kerana, mungkin beliau akan gugur juga dari jawatannya yang disandang sekarang dengan cara orang Melayu tidak mengundi beliau dalam PRU12 dan juga dalam perhimpunan agung UMNO.

Namun namanya telah dicalonkan oleh orang Melayu UMNO, dan beliau pula sebagai seorang Melayu UMNO terus menerima pencalonan lalu namannya terus diundi pula oleh orang-orang Melayu UMNO sehinggalah beliau berkuasa sebagai orang yang paling berkuasa.

Beginilah sikap Melayu. Itu sebagai satu contoh sahaja. Kita boleh fikir banyak lagi contoh-contohnya yang menunjukkan Orang Islam Melayu yang sukakan jawatan atau nak terus jadi pemimpin.

Oleh kerana perangai ‘tak suka jadi pemimpin’ ini merupakan perangai yang mulia dalam Islam maka pendokong jamaah Islam amatlah wajar memilki sifat mulia ini. Jangan fikir ahli jamaah tidak terkena dengan penyakit ini.

Kadang-kadang kita lihat ada pemimpin jamaah yang sememangnya sudah tidak mampu memimpin jamaah namun ia masih mahu menjadi pemimpin. Ia dianggap tidak mampu mungkin disebabkan faktur umurnya atau masalah kesihatannya atau tidak ada idea walaupun ia masih belum berusia atau ia cerdik lagi berpelajaran tinggi malah masih di usia muda tetapi ia takut kerana ia seorang yang ‘makan gaji’ atau mungkin juga faktur kewangan.

Mereka yang mempunyai masalah yang menghalang ia bekerja dengan baik untuk jamaah seharusnya merasa takut pada Allah swt kerana yang pastinya Allah swt akan tanya di akhirat nanti mengenai tugasnya. Tak kiralah apa faktur dan sebabnya kenbapa beliau tidak mampu untuk memimpin jamaah Islam.

Pemimpin yang dianggap tidak mampu memimpin ini kerana ia sendiri tiada kemapuan untuk memajukan jamaah kerana tiada idea atau tidak mampu menjalankan tugas kerana faktur-faktur yang disebutkan tadi. Yang menyedihkan lagi ialah apabila ada cadangan yang baik dari orang yang ada idea untuk dilaksanakan demi pembangunan jamaah, tiba-tiba ditolak mentah-mentah oleh pemimpin yang sudah tidak berupaya untuk memimpin dengan alasan yang amat lemah. Akhirnya jamaah menjadi sentiasa lemah kerana ianya dipimpin oleh orang yang berfikiran lemah.

Kadang-kadang ada orang yang tidak mampu memimpin, terus menjadi pemimpin dengan memberi alasan ‘dah tak de orang’ yang nak memimpin jamaah. Ini adalah alasan yang paling popular. Alasan inilah yang menyebabkan beliau terus memimpin jamaah sehingga melebihi 10 tahun ke atas.

Seandainya itulah alasannya maka jelaslah bahawa itulah bukti pemimpin itu seorang yang lemah dalam memimpin. Pemimpin yang terbaik ialah pemimpin yang mampu melahirkan pelapis untuk menerajui jamaah di masa akan datang. Kalau dah memimpin jamaah lebih 10 tahun ke atas tetapi masih tidak nampak siapa pelapis, itu menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena. Mungkin ia menunjukkan ia seorang yang lemah dan tidak berwawasan serta tiada perancangan atau ia memang merancang supaya tiada pelapis agar ia boleh menjadi pemimpin jamaah selama mungkin.

Sebenarnya faktur umur bukan menjadi masalah kepada jamaah. Ada orang yang berumur tapi kerja dan ideanya amat bagus. Kalau begitu beliau amat layak untuk terus memimpin. Kadang-kadang ia tidak mampu kerana faktur kesihatan lalu ia mengundur diri dari memegang jawatan namun idea baik beliau untuk jamaah terus dihulurkan. Yang paling penting di sini ialah kejujuran dan keikhlasan pada jamaah dan perjuangan. Ada orang yang ikhlas pada jamaah dan perjuangan, akan terus memberi sokongan kepada jamaahnya walaupun ia tidak memegang apa-apa jawatan. Semuga Allah swt memuliakan dan merahmati orang yang jujur dalam jamaah dan perjuangan Islam.

3 ulasan:

drrita sandakan berkata...

PAS juga adalah melayu..

mereka semua MELAYU HAPRAK..

sanggup melacurkan agama mereka sendiri untuk tujuan politik duniawi..
mereka sanggup menggunakan dan memutar belitkan ayat AL- Quran semata-mata tujuan peribadi dan parti..

mereka sanggup berkawan dengan kafir harbi dari rakan melayu Islam mereka..

dan lebih teruk..mereka adalah kaum MUNAFIK!!!

contoh jelas..: Ulama mereka pernah mengeluarkan fatwa bekerjasama dengan orang kafir adalah haram..tetapi tengok sekarang..mereka berkerjasama dengan DAP yang suatu ketika dulu kata.."OVER MY DEAD BODY FIRST" kalau nak tubuhkan negara ISLAM.

ingatlah..wahai MELAYU PAS..kita semua akan MATI dan akan menemui ILAHI..

13/4/10 9:43 PTG
hadirahman berkata...

bro sandakan!
tebal sungguh melayu bro sandakan...melayu pas ... melayu umno xsama..
melayu pas ada TG. Aziz..melayu umno ada DS. Najib ... sama ka? berbeza! punca ISLAM..ISLAM tu bezanya...beza org islam dgn islam yang lain adalah taqwa seseorang itu...melayu itu lebih hebat dari cina,india,jepun asal dia bertaqwa...mcm melayu kelantan dgn melayu negeri lain..beza...kenapa?...org melayu kelantan suka dengan PAS....melayu melaka suka dgn umno ...XSAMAKAN...ITULAH yg memerlukan kita mengunakan otak yg waras untuk berfikir berpandukan alquran ...bukan nafsu...

19/4/10 1:56 PTG
Tanpa Nama berkata...

Apabila seseorang kafir yg ternyata kafir memberi salam kepada orang muslim....apakah salam tersebut perlu dijawab? Tolong beri jawapan wahai DR. Hamzah... DR membanggakan sikap orang cina...adakah DR mengikut cara mereka...

28/4/10 10:00 PTG

Catat Ulasan