KALAULAH PAS/PR PERINTAH PAHANG ...
Kalaulah PAS/PR memerintah Pahang maka antara perkara pertama yang akan saya uruskan sebagai YDP PAS Kawasan Jerantut ialah menyelesaikan masalah perhubungan bagi penduduk di Ulu Tembeling. Hidup mereka terseksa lebih 50 tahun dan sering menjadi mangsa penipuan dan kerakusan pemimpin UMNO. Mereka ditipu kerana setiap kali pilihanraya maka pemimpin UMNO berjanji akan memulakan pembinaan jalanraya. Namun sehingga kini, tidak berlaku. Kenapa? Sebabnya mereka rakus dengan khazanah negeri yang ada di situ iaitu balak. Kerana balaklah mereka tak mungkin membina jalaraya. Jalanraya menghalang mereka untuk mengeluarkan balak. Jalanraya akan rosak teruk bila balak dikeluarkan.
(Gambar atas : Jeti di Kuala Tahan digunakan untuk pergi ke Ulu Tembeling menerusi jalan air. Tetapi kini airnya cetek maka terasa kesukarannya apabila menggunakan jalan air ini kerana perahu atau bot akan terkena pasir)
Tahukah anda sekiranya jalanraya dibina maka ia akan menyenangkan kehidupan penduduk Ulu Tembeling dan juga mereka yang ingin ke Terengganu. Kerana jalanraya tersebut akan terus menghubungkan Jerantut ke Dungun melalui Ulu Tembeling. Taraf hidup penduduk akan meningkat kerana hasil pertanian akan dapat dipasarkan dan dihantar dengan mudah seperti sayur-sayuran dan juga getah. Tetapi pembinaan jalanraya itu juga akan menyusahkan pemimpin UMNO untuk menggondol kayu balak yang terdapat begitu banyak di kawasan sekitar.
(Gambar kanan : Sebahagian bukit yang telah diratah balaknya)
(Gambar kanan : Sebahagian bukit yang telah diratah balaknya)
Saya yakin seandainya Pakatan Rakyat (PR) memerintah Pahang, kita mampu membina jalanraya tersebut. Mungkin kita tiada wang kerana Kerajaan Pahang terpaksa menanggung hutang lebih kurang RM2b yang diwarisi dari Kerajaan BN nanti sama seperti yang dihadapi oleh Kerajaan PR di Kedah yang terpaksa menanggung hutang peninggalan Kerajaan BN namun saya rasa yakin jalanraya tetap akan dibina jua. Kalau tiada wang, apa salahnya kita wujudkan satu syarikat yang menguruskan pembalakan dengan memperuntukkan sejumlah hektar yang mencukupi untuk membiayai pembinaan jalanraya yang diimpikan oleh penduduk Ulu Tembeling.
Sesungguhnya rakyat di Ulu Tembeling telah berjaya di ‘hulu’kan oleh Kerajaan BN manakala pencapaian pemimpin UMNO menghabiskan balak di Ulu Tembeling diutamakan. Siapa saja yang mempunyai perasaan akan terasa hiba bila melihat bukit telah gondol lalu menjadi dogol kerana disondol oleh pemimpin UMNO sedang penduduk sekitarnya terus menerus menderita hidup dalam kesusahan yang berpanjangan. Masih adakah lagi insan yang sayangkan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang korup?
Sesungguhnya rakyat di Ulu Tembeling telah berjaya di ‘hulu’kan oleh Kerajaan BN manakala pencapaian pemimpin UMNO menghabiskan balak di Ulu Tembeling diutamakan. Siapa saja yang mempunyai perasaan akan terasa hiba bila melihat bukit telah gondol lalu menjadi dogol kerana disondol oleh pemimpin UMNO sedang penduduk sekitarnya terus menerus menderita hidup dalam kesusahan yang berpanjangan. Masih adakah lagi insan yang sayangkan UMNO dan pemimpin-pemimpinnya yang korup?
Gambar-gambar dan cerita selanjutnya di http://paskawasanjerantut.blogspot.com/
1 ulasan:
Salam... Ustaz, saya pernah tengok program NTV7 tentang Ulu Tembeling... susah penduduk kat sana... jalan yg ada cuma sungai tu... bila musim buah, hasil tanaman mereka, banyak tk dpt jual... busuk, sebab tak da pengangkutan nak bwk keluar... Kat situ, UPU kita menang tak ustaz? Kalau dpt PAS PAHANG buat Outreach XPDC Dakwah, kan bagus... Sambil kita buat enggagement dgn masyarakat setempat... bole kita berdakwah sama..
2/4/10 4:40 PTGCatat Ulasan